Asparagus Racemosus

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Asparagus Racemosus?

Asparagus racemosus adalah tumbuhan yang digunakan dalam ubatan tradisional orang India. Akarnya digunakan untuk membuat ubat. Ia biasanya digunakan untuk:

  • Sakit perut
  • Cirit birit
  • Keradangan
  • Sensasi terbakar
  • Peluh berlebihan
  • Lemah saraf
  • Batuk
  • Bronkitis
  • Penyakit kulit
  • Sembelit
  • Kanser hati
  • Ulser gaster
  • Merangsang rembesan kelenjar.      

Asparagus racemosus juga digunakan untuk meningkatkan nafsu seks.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian lengkap mengenai bagaimana herba tambahan ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan:

  • Aparagus racemosus terkenal dengan ciri-ciri phitoestrogenik. Herba ini membantu dalam rawatan gangguan neurodegeratif dan simptom sarak akibat menahan daripada mengambil alkohol.
  • Dalam Ayurveda, asparagus racemosus digambarkan sebagai herba rasayana dan telah digunakan secara menyeluruh sebagai adaptogen bagi meningkatkan rintangan organisma yang tidak spesifik untuk melawan pelbagai jenis stress.
  • Selain digunakan untuk rawatan cirit birit dan disenteri, tumbuhan ini juga mempunyai kesan antioksidan yang kuat, perangsang imun, anti-dispepsia dan antitusif.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Asparagus Racemosus?

Rujuk dengan doktor atau ahli farmasi atau pakar herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda hamil atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan dalam asparagus racemosus atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang jenis alahan lain, seperti pada makanan, pewarna, bahan pengawet, atau haiwan

Peraturan bagi herba tambahan kurang ketat berbanding peraturan bagi ubat. Lebih banyak kajian diperlukan bagi memastikan keselamatan. Kebaikan pengambilan herba tambahan ini haruslah melebihi risiko sebelum digunakan. Rujuk pada pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Asparagus Racemosus selamat digunakan?

Kehamilan dan menyusu badan:

Tiada maklumat lengkap mengenai kegunaan asparagus racemosus ketika hamil dan menyusu badan. Ambil langkah selamat dengan mengelakkan penggunaannya.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Asparagus Racemosus?

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa dengan pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Asparagus Racemosus?

Herba tambahan ini boleh bertindakbalas dengan ubat atau keadaan perubatan terkini anda. Rujuk pada pakar herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Asparagus racemosus boleh mempunyai kesan seperti pil air atau “diuretik.” Pengambilan asparagus racemosus boleh mengurangkan kebolehan badan untuk membuang lithium dengan baik. Bincang bersama pakar kesihatan anda sebelum menggunakan produk ini jika anda mengambil lithium. Dos lithium anda mungkin perlu diubah.

Asparagus Racemosus mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Asparagus Racemosus yang biasa digunakan?

Dos bagi herba tambahan ini berbeza bagi setiap orang. Ia berbeza bergantung kepada umur, kesihatan, dan beberapa keadaan anda yang lain. Herba tambahan tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor anda untuk dos yang sesuai untuk anda.

Apakah bentuk penyediaan Asparagus Racemosus?

Herba tambahan ini boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Kapsul

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: April 5, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 13, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut