Agak aneh tapi benar apabila kata kunci ‘kerusi orang buat anak’ kian popular di dalam laman web Google. Sebenarnya, mereka itu mungkin merujuk dan ingin mencari sofa sex yang sudah menjadi salah satu antara perabot penting untuk pasangan suami isteri!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.
Apa itu kerusi orang buat anak?
Untuk pengetahuan anda semua, hubungan intim itu boleh dilakukan pada bila-bila masa, di mana-mana tempat dan juga dengan bantuan alat mainan seks. Syaratnya, anda dan pasangan perlu lebih kreatif.
Antara langkah yang anda boleh cuba untuk menjadi lebih kreatif dalam hal aktiviti seksual adalah mengajak pasangan melakukan hubungan di atas sofa khas yakni kerusi orang buat anak.
Kerusi ini wujud dalam banyak bentuk, rupa serta jenis dan ia telah digunakan sejak zaman dahulu lagi tetapi baru popular kini – dibuktikan dengan tahap populariti kata kunci ini di Google.
Jika anda masih keliru, kerusi ini adalah sejenis sofa yang sedikit berbeza berbanding sofa biasa di mana wujud lekukan atau lengkungan khas di atas permukaan sofa untuk membantu melancarkan serta memudahkan aktiviti seksual dijalankan!
Apa yang lebih menarik, kerusi ini tidak sukar untuk ditemukan kerana ia telah dipasarkan dengan meluas terutama di platform jual beli atas talian terkemuka di negara kita.
Apa manfaat kerusi orang buat anak?
Persoalannya, apa kelebihan atau keuntungan yang dibawa oleh sofa sex? Adakah ia benar bagus?
Mungkin ramai yang akan fikir bahawa tidak perlu kerusi khusus untuk seks kerana katil itu sudah memadai dan anda benar. Perabot ini hanya suatu pilihan khas buat pasangan suami isteri.
Ada beberapa manfaat yang boleh anda dan pasangan dapat dengan penggunaan sofa sex di dalam kamar tidur. Antaranya adalah hubungan di ranjang kalian tidak terhad di atas katil sahaja.
Baca lagi artikel berkaitan:
- Hubungan Intim Suami Isteri Hambar Di Atas Katil? Ayuh Cuba Di 4 Tempat Ini!
- Hubungan Intim Yang Sedikit Ganas Akan Buat Pasangan Lebih Teruja, Betul Ke?
Hal tempat kelamin ini penting kerana seks di lokasi yang sama tentu sahaja membosankan. Apa kata sekali-sekala anda mengajak pasangan mencuba sesuatu di tempat baharu yang sudah pasti mengejutkan.
Dalam pada itu, anda dan pasangan juga boleh bereksperimen dengan pelbagai posisi seks berbeza yang selama ini hanya bermain di fantasi minda. Hasilnya, projek asmara akan lebih hangat!
Variasi posisi seks yang kalian boleh cuba!
Kalau selama ini anda berdua hanya tahu serta biasa dengan posisi umum seperti missionary atau doggy style di atas katil sahaja, kehadiran kerusi orang buat anak ini akan mengubah segalanya.
Ada pelbagai posisi hubungan seksual yang kalian boleh cuba di atas sofa sex, seperti yang berikut:
#1. Modified missionary
Hampir sama dengan posisi missionary yang biasa, ia mungkin agak berbeza dari segi kedudukan anda dan pasangan di mana isteri akan berbaring dengan bahagian belakang berada pada lekukan atau lengkungan sofa manakala suami pula di bahagian berbonggol.
Menariknya, ia akan memudahkan proses penetrasi zakar ke dalam faraj lantas melancarkan seks!
#2. Modified doggy style
Turut sama dengan posisi doggy style yang biasa, perbezaannya adalah suami perlu berdiri sambil isteri pula menunduk dan menonggeng di atas sofa. Tidak perlu perubahan yang drastik, dayungan masih mudah dilakukan dan hubungan bakal menjadi lebih seronok.
Seperti posisi pertama di atas, rupa bentuk sofa ini akan membuat aktiviti seksual lebih mudah dan lancar!
#3. Bergantung pada kreativiti anda
Kami tidak mahu anda membataskan fantasi kepada dua posisi yang biasa itu sahaja di atas kerusi orang buat anak ini. Ada banyak lagi posisi yang kalian boleh cuba, syaratnya perlu kreatif!
Mungkin ia turut tidak terbatas pada kemasukan zakar ke dalam faraj sahaja. Aktiviti seksual yang lebih ringan seperti seks oral – pada posisi tradisional atau 69 juga masih boleh dijalankan.
Dalam erti kata lebih mudah, anda mungkin perlu anggap bahawa sofa sex sebagai ‘katil’ alternatif dan cuba pelbagai posisi dan lokasi seks. Sesungguhnya, eksperimen seks itu amat penting.
Jadi, sofa sex kena ada satu di rumah!
Adakah ini bermakna kalian kena ada satu sofa sex di rumah? Seperti mana kami telah katakan di atas tadi, ia adalah satu pilihan buat anda dan pasangan dalam usaha menyemarakkan hubungan.
Peringatan dari kami jika anda berhasrat untuk beli, jangan letak perabot ini di ruang tamu rumah pula ya! Risau juga tetamu yang datang ke rumah itu bertanya kenapa kerusi anda agak aneh.
[embed-health-tool-ovulation]