backup og meta

5 Sebab Kenapa Wanita Keluar Banyak Air Ketika Bersama, Adakah Ia Normal?

Di saat hubungan seksual berlangsung, pelbagai perkara yang menghangatkan suasana dan mengghairahkan syahwat kalian akan berlaku. Persoalannya, kenapa perempuan banyak air ketika bersama?

5 Sebab Kenapa Wanita Keluar Banyak Air Ketika Bersama, Adakah Ia Normal?

Adakah ia normal dan perlu di saat anda berdua bersenggama? Jom baca artikel ini untuk tahu lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

Kenapa perlu banyak air untuk berasmaradana?

Seperti ramai sudah sedia maklum, aktiviti seksual terdiri daripada macam-macam variasi termasuk handjob, titsjob, blowjob dan lain-lain. Namun, penetrasi di antara dua alat kelamin adalah ‘main course‘.

Dalam usaha untuk memudahkan dan menjayakan dayungan zakar ke dalam faraj, caranya mesti tepat. Antara aspek yang paling penting untuk tujuan ini ada dua iaitu kelancaran dan kelicinan.

Jadi, anda dan pasangan harus cuba mengeluarkan lebih banyak air ketika hubungan seks secara semula jadi!

kenapa perempuan banyak air ketika bersama

Atau jika tidak, kalian mungkin akan mengalami kekeringan lantas merasai kesakitan tatkala penetrasi ini. Sekiranya masalah ini berterusan, tidak mustahil untuk suami isteri mula hilang minat.

Pun begitu, bagaimana pula jika air daripada wanita itu terlebih atau terlalu banyak? Adakah ia normal dan perlu?

Kenapa perempuan banyak air ketika bersama?

Sebenarnya, air yang keluar daripada faraj perempuan ketika seks itu bukanlah setakat air mani seperti mana orang lelaki. Ia juga bercampur dengan air mazi dan mungkin air kencing di saat ‘squirting‘.

Maka, mungkin tidak hairanlah kenapa perempuan banyak air ketika bersama pasangan mereka. Dalam pada itu, ia merupakan sesuatu yang normal dan perlu agar hubungan seks berjalan dengan baik.

Namun, beberapa perkara di bawah ini juga adalah antara punca kenapa perempuan banyak air ketika bersama:

#1. Adegan foreplay yang mungkin berlebihan

Foreplay atau ringan-ringan setiap kali sebelum seks itu sangat penting untuk menyediakan tubuh badan anda!

Seumpama senaman atau regangan sebelum bersukan, ini bakal memudahkan aktiviti penetrasi. Namun, jika terlalu banyak air yang keluar akan membuat lokasi anda terlebih basah lantas kurang selesa.

kenapa perempuan banyak air ketika bersama

#2. Tahap hidrasi tubuh yang bagus

Keberadaan cecair yang banyak di dalam tubuh akan mempengaruhi kadar air yang keluar dari badan. Ia boleh terlihat ketika wanita membuang air kecil atau di saat menjalani hubungan seks dengan pasangan.

#3. Tahap aktiviti individu yang cergas

Wanita yang kerap bersenam, bersukan atau beraktiviti fizikal cenderung untuk mengeluarkan air yang lebih banyak di saat hubungan seks. Usah khuatir, ia juga boleh membantu untuk mudah mencapai klimaks.

#4. Frekuensi seks yang kerap dan banyak

Kadangkala, tubuh badan akan terkendali secara sendiri apabila individu itu sudah terbiasa dengan sesuatu perkara.

Apabila anda dan pasangan kerap melakukan hubungan seks, rangsangan serta dorongan yang minimum sahaja sudah mampu mengeluarkan air daripada faraj dalam jumlah yang agak banyak.

Kenapa perempuan banyak air ketika bersama #5. Usia

Ada sebab kenapa berkahwin di usia muda itu sangat digalakkan. Ini kerana apabila wanita sudah tua atau mencapai menopaus, kekeringan pada faraj itu adalah antara masalah yang paling umum.

kenapa perempuan banyak air ketika bersama

Ini bermakna, wanita yang baru berusia 20-an ke 30-an cenderung air keluar dari faraj ketika bersama dengan lebih banyak. Tetapi, keadaan ini mungkin berbeza bergantung kepada individu.

Masalah lebih besar jika wanita itu kurang air!

Untuk pengetahuan anda semua, terlebih air ketika seks bukan satu masalah besar. Sebaliknya, kekurangan air akan menyebabkan kekeringan alat kelamin sekali gus mengakibatkan kesakitan dan ketidakselesaan.

Terdapat beberapa faktor wanita itu kurang air ketika aktiviti seks berlangsung, perhatikan jika anda juga terlibat:

  • Penurunan hormon estrogen dalam badan
  • Pengambilan ubatan dan rawatan tertentu
  • Wanita baru sahaja mula atau amat haid

Sekiranya masalah di atas terjadi, usah risau kerana anda boleh gunakan cecair pelincir untuk membantu melicinkan serta melancarkan hubungan. Jika masih belum berjaya, dapatkan maklumat dan nasihat doktor.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. ASK THE DOC: IS SQUIRTING DURING ORGASM NORMAL?, https://nafc.org/bhealth-blog/ask-the-doc-is-squirting-during-orgasm-normal/, Accessed Sep 8 2023.
  2. For Women Who Can’t Orgasm: You’re Not Alone (and There Is Hope), https://health.clevelandclinic.org/theres-help-for-women-who-cant-achieve-orgasm/, Accessed Sep 8 2023.
  3. What happens when a vagina gets wet?, https://www.plannedparenthood.org/blog/what-happens-when-a-girl-gets-wet, Accessed Sep 8 2023.
  4. You Asked It: Dry Down There, https://www.teenhealthcare.org/blog/you-asked-it-dry-down-there/, Accessed Sep 8 2023.
  5. Experiencing Vaginal Dryness? Here’s What You Need to Know, https://www.acog.org/womens-health/experts-and-stories/the-latest/experiencing-vaginal-dryness-heres-what-you-need-to-know, Accessed Sep 8 2023.

Versi Terbaru

22/09/2026

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Pasangan Suka 'Main Belakang'? AWAS Ia Boleh Menyebabkan Banyak Risiko Buruk!

'Main' Guna Lidah & Mulut? Hati-Hati Ada Bahaya Seks Oral Yang Anda Tidak Tahu!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 7 jam lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan