Setiap pasangan suami isteri wajib menjalani kehidupan seksual yang sihat lagi hangat agar tidak mengalami kehambaran di kamar tidur. Buat kalian yang mungkin sudah letih atau bosan dengan aktiviti seksual, ini dia cara menaikkan nafsu lelaki dan wanita kembali!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.
Kenapa nafsu syahwat individu kian menurun?
Nafsu syahwat atau libido membawa maksud kemahuan dan kemampuan individu itu melakukan hubungan seksual. Tanpanya, mustahil untuk anda dan pasangan menjayakan aktiviti ini.
Apa yang begitu membimbangkan di sini adalah libido individu mungkin boleh menurun secara mendadak dari hari ke hari akibat punca dan faktor risiko yang tidak dapat dicegah.
Antara dalang sebenar di sebalik penurunan libido ini adalah akibat peningkatan usia, pemakanan diet yang tidak seimbang, pengamalan gaya hidup tidak sesuai serta banyak lagi sebab lain.
Akibat daripada perkara di atas, individu mungkin akan menjadi lebih ‘malas’ sekali gus memicu penurunan nafsu syahwat masing-masing. Kesannya, aktiviti seksual tentu sahaja lebih ‘hambar’.
Selain mengambil inisiatif rawatan dan ubatan, mungkin wujud satu cara menaikkan nafsu lelaki dan wanita yang lebih mudah yakni hanya dengan senaman. Tetapi, adakah ia fakta atau auta?
Senaman, cara menaikkan nafsu lelaki dan wanita?
Senaman adalah perkara penting bagi setiap individu di dalam segenap aspek kehidupan termasuk di ranjang. Ia juga mungkin adalah kunci kepada masalah lemah libido.
Menurut kajian terbitan jurnal Sexual Medicine Reviews, aktiviti fizikal sama ada senaman ringan atau berat mampu memberikan kesan jangka masa pendek dan panjang pada nafsu syahwat.
Alasannya, senaman mampu meningkatkan kadar denyutan jantung dan aliran darah yang penting untuk tahap sensitiviti, fungsi dan sistem organ seksual sebagai kesan jangka masa pendek.
Bagi kesan jangka masa panjang pula, senaman akan meningkatkan mood, kebolehan tubuh badan untuk melakukan aktiviti fizikal serta kemampuan dan kemahuan individu untuk seksualiti.
Baca lagi artikel berkaitan:
Persoalannya, senaman apa boleh jadi cara menaikkan nafsu lelaki dan wanita? Ini idea daripada kami!
Senaman sebagai cara menaikan nafsu wanita!
Ada beberapa jenis senaman khas yang termasuk antara cara menaikan nafsu wanita seperti berikut:
Senaman kegel
- Ketahui di mana terletaknya otot yang menahan air kencing ketika kencing
- Anda boleh duduk atau baring selepas membuang air kecil sebelum itu
- Cuba kembangkan otot itu selama 3 ke 5 saat
- Cuba kecutkan otot itu selama 3 ke 5 saat
- Ulang beberapa kali sehingga otot mula rasa relaks
Senaman squat
- Berdiri tegak dengan jarak kaki kiri dan kanan sama lebar dengan bahu
- Bengkokkan pinggang dan lutut seperti posisi anda hendak duduk
- Gunakan tumit untuk menampung berat dan mengimbang badan
- Gerakkan tubuh anda turun dan naik sebanyak beberapa kali dalam satu sesi
Senaman cobra
- Berbaring meniarap dengan kaki melurus dan tangan menekap lantai
- Berikan tekanan pada bahagian punggung, pinggang dan paha
- Angkatkan perlahan dada anda ke atas sambil menarik dan menahan nafas
- Tahan posisi ini selama beberapa minit sambil bernafas dengan relaks
Senaman sebagai cara menaikkan nafsu lelaki!
Selain senaman kegel, squat dan cobra, lelaki boleh cuba beberapa alternatif seperti yang berikut:
Angkat berat
Senaman mengangkat besi di gimnasium boleh membantu tubuh badan lelaki bagi meningkatkan lagi penghasilan hormon testosteron yang sangat penting untuk memicu libido kaum Adam.
Dalam pada itu, senaman ringan seperti push up, sit up dan crunches juga membawa kesan sama!
Berjalan
Kajian melibatkan lelaki berusia lebih 50 tahun yang mengamalkan aktiviti berjalan kaki sekitar 1 jam dalam 1 hari membuktikan bahawa risiko mati pucuk akan menurun sebanyak 30 peratus.
Sama ada dengan berjalan perlahan atau laju, ini boleh membantu melancarkan degupan jantung dan aliran darah sekali gus mampu meningkatkan lagi prestasi lelaki ketika beraksi di ranjang.
Berenang
Kajian lain daripada Universiti Harvard juga telah menunjukkan lelaki yang selalu berenang akan meningkatkan ketahanan seksual. Dalam erti kata lain, mereka mampu ‘bertahan’ lebih lama.
Berenang juga boleh membantu individu mengurangkan berat badan di mana ia adalah antara isu lelaki mengalami masalah seksual. Kesannya, aktiviti di kamar tidur kalian akan lebih berjaya.
Konklusinya, memang benar jika senaman turut boleh jadi antara cara menaikkan nafsu lelaki dan wanita. Apa lagi yang kalian tunggu? Anda dan pasangan wajib mula hari ini juga!
[embed-health-tool-ovulation]