Bagi wanita, kemungkinan untuk mengandung bermula dari ovari. Dua organ yang kecil dan berbentuk bujur ini melekat kepada kedua-dua belah rahim anda. Ovari dibalut dengan telur yang telah sedia ada apabila anda masih lagi berada di dalam rahim ibu anda. Setiap bayi perempuan dilahirkan dengan 1 ke 2 juta telur di dalam ovarinya. Kebanyakan telur mati dengan segera dan selebihnya berkurangan dengan kadar yang sekata apabila anda semakin tua. Anda juga mungkin akan mengeluarkan kira-kira 400 telur semasa tahun kesuburan anda, di antara haid pertama anda dan menopaus.
Sepanjang setiap kitaran haid, kadangkala selepas haid, satu ke tiga telur akan menjadi matang di dalam salah satu ovari anda. Telur yang paling matang akan dibebaskan melalui proses yang dinamakan ovulasi. Telur disedut melalui bukaan yang bebentuk tulip di tiub Fallopian terdekat. Terdapat dua tiub fallopian, setiap satunya kira-kira 10cm panjang, yang menghubungkan ovari ke rahim. Ovulasi biasanya berlaku sebelum haid anda (kira-kira 12 ke 14 hari). Masa ovulasi yang tepat bergantung kepada jangka masa kitaran haid anda. Beberapa jenis hormon berfungsi bersama-sama untuk mengawal jangka masa kitaran haid anda, bilakah telur akan matang dan masa ovulasi.
Purata jangka hayat telur adalah 24 jam selepas dibebaskan. Ia perlu disenyawakan dalam tempoh masa ini oleh sperma untuk menghasilkan janin. Sekiranya telur berjumpa dengan sperma yang sihat dalam perjalanannya ke rahim, proses permulaan kehidupan yang baru akan bermula. Jika proses ini tidak berlaku, perjalanan telur akan sampai ke penghujungnya di rahim dan akan dihancurkan.
Sekiranya anda tidak hamil, ovari akan berhenti menghasilkan estrogen dan progesterone. Ini merupakan dua hormon yang membantu proses kehamilan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen