Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Serbuan Pusat Kesihatan Lelaki di Chow Kit & Risiko HPV: Lelaki Jangan Ambil Mudah!
Simptom HPV pada lelaki sering tidak disedari kerana ramai pesakit tidak menunjukkan tanda awal yang jelas. HPV (Human Papillomavirus) adalah jangkitan seksual paling biasa di dunia dan boleh menjangkiti lelaki serta wanita. Baru-baru ini, tumpuan masyarakat meningkat selepas laporan media mendedahkan serbuan terhadap sebuah pusat kesihatan lelaki tidak berlesen di Kuala Lumpur yang didakwa menawarkan perkhidmatan berunsur seksual secara tersembunyi.
Situasi seperti ini mengingatkan kita bahawa risiko jangkitan STI, termasuk HPV, boleh berlaku apabila wujudnya aktiviti seksual tidak selamat dan fasiliti rawatan yang tidak berdaftar. Kami sediakan penjelasan terperinci tentang HPV dan langkah perlindungan di bawah ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klikdi sini.
Apa kaitan HPV dengan isu pusat kesihatan lelaki yang diserbu?
Merujuk laporan akhbar, serbuan dilakukan ke atas sebuah pusat kesihatan lelaki tidak berlesen di Chow Kit, Kuala Lumpur kerana disyaki menjalankan aktiviti tidak bermoral secara tersembunyi.
Situasi seperti ini dikaitkan dengan risiko kesihatan kerana:
Pusat tidak berdaftar tidak mematuhi norma kawalan jangkitan
Pelanggan mungkin terdedah kepada aktiviti seksual berisiko
Penting diingat: HPV bukan penyakit tertentu untuk golongan tertentu. Mana-mana individu yang mengamalkan seks tidak selamat boleh mendapat jangkitan HPV.
Simptom HPV pada lelaki
Suntikan HPV bertindak sebagai langkah pencegahan.
Walaupun ramai lelaki tidak menunjukkan tanda awal, simptom HPV pada lelaki boleh muncul dalam beberapa bentuk, terutama jika jangkitan melibatkan HPV risiko rendah atau berlaku komplikasi.
Antara simptom yang perlu diberi perhatian termasuk:
Ketuat kemaluan (benjolan kecil, keras atau bertekstur di zakar, skrotum atau sekitar anus
Luka atau ruam yang tidak sembuh di bahagian kemaluan
Pendarahan ringan pada kawasan ketuat jika tergesel
Sakit ketika hubungan seksual
Ketulan atau bengkak pada tekak (jika melibatkan HPV oral)
Perubahan suara atau sakit tekak berpanjangan (jarang tetapi berkaitan HPV orofarinks)
Jika mana-mana simptom HPV pada lelaki ini muncul, lelaki digalakkan mendapatkan pemeriksaan segera kerana rawatan awal boleh mengelakkan komplikasi jangka panjang.
Adakah HPV boleh sembuh?
HPV mempunyai lebih daripada 100 jenis, dan status “sembuh” bergantung kepada jenisnya.
Kebanyakan jangkitan HPV rendah risiko akan hilang sendiri dalam 1-2 tahun apabila sistem imun kuat.
Namun, HPV yang berisiko tinggi (contohnya HPV16 & HPV18) tidak dapat dihapuskan sepenuhnya, tetapi komplikasinya boleh dicegah dengan rawatan awal.
HPV boleh menyebabkan ketuat kemaluan, kanser zakar, kanser dubur dan kanser orofarinks pada lelaki.
Oleh itu perlu difahami bahawa, HPV tidak mempunyai ubat khusus, tetapi komplikasinya boleh dicegah melalui vaksin dan rawatan awal.
Ujian HPV untuk lelaki
Lakukan ujian HPV seawal mungkin.
Tidak seperti wanita yang mempunyai ujian Pap smear, tiada ujian saringan HPV rutin untuk lelaki. Namun anda ada beberapa pilihan:
Anal swab test: untuk lelaki yang mempunyai risiko tinggi, dilakukan oleh profesional kesihatan
Visual inspection: doktor memeriksa kawasan kemaluan untuk mengenal pasti ketuat kemaluan
Biopsi: jika terdapat ketulan atau lepuh yang mencurigakan
Vaksin HPV boleh diambil di klinik kesihatan kerajaan dan swasta
Dos 3 kali untuk individu berumur 15 tahun ke atas
Sangat digalakkan untuk lelaki yang aktif secara seksual
Vaksin HPV untuk lelaki adalah cara paling efektif mencegah komplikasi jangkitan.
HPV termasuk antara senarai vaksin yang disarankan untuk orang dewasa.
Kesimpulan
Simptom HPV pada lelaki biasanya tidak ketara, menjadikan ramai pesakit tidak sedar mereka dijangkiti. Ujian HPV untuk lelaki, rawatan komplikasi dan vaksin HPV adalah langkah penting untuk kesihatan jangka panjang.
Dalam masa yang sama, serbuan pusat kesihatan tidak berlesen di KL mengingatkan masyarakat bahawa keselamatan kesihatan seksual perlu diberi perhatian, tanpa stigma atau diskriminasi.
HPV boleh dicegah, HPV boleh dikawal, yang penting ialah mendapatkan maklumat yang betul dan bertindak awal.
Kalkulator BMI
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
HPV (Human Papillomavirus). https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/11901-hpv-human-papilloma-virus. Diakses Disember 3, 2025.
HPV infection. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/hpv-infection/symptoms-causes/syc-20351596. Diakses Disember 3, 2025.
One in three men worldwide are infected with genital human papillomavirus. https://www.who.int/news/item/01-09-2023-one-in-three-men-worldwide-are-infected-with-genital-human-papillomavirus. Diakses Disember 3, 2025.
What does HPV in males look like?. https://www.hpv.org.nz/Human-Papillomavirus-hpv-symptoms/hpv-symptoms-men. Diakses Disember 3, 2025.
HPV in men: What you need to know. https://healthymale.org.au/health-article/what-you-need-to-know-about-hpv-in-men. Diakses Disember 3, 2025.
Versi Terbaru
04/12/2025
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor