backup og meta

Jangkitan HPV: Bukan Sekadar Kanser Serviks, Kenali Simptom dan Risikonya Terhadap Lelaki & Wanita

Human papillomavirus atau jangkitan kelamin HPV adalah jangkitan yang sangat biasa dalam kalangan lelaki dan wanita dewasa. Walaupun sering dianggap sebagai ‘masalah wanita’, lelaki sebenarnya berisiko tinggi menjadi pembawa virus ini secara ‘senyap’ kerana ia selalunya tidak menunjukkan sebarang simptom jelas. Tanpa kesedaran, lelaki boleh memindahkan virus ini kepada pasangan atau berisiko mendapat komplikasi kanser sendiri pada masa hadapan.

Jangkitan HPV: Bukan Sekadar Kanser Serviks, Kenali Simptom dan Risikonya Terhadap Lelaki & Wanita

Jadi apakah simptom jangkitan kelamin HPV? Artikel di bawah akan memberikan maklumat lanjut.

Ketahui maklumat lanjut tentang Kesihatan Seksual di laman sesawang kami.

Mitos vs fakta HPV: apa yang anda perlu tahu?

Jangkitan kelamin HPV
Ilustrasi virus HPV.

Terdapat banyak mitos mengenai HPV yang perlu diperbetulkan. Pertama, ramai beranggapan ia hanya menjangkiti mereka yang tidak menjaga kebersihan, sedangkan ia sebenarnya boleh tersebar semudah melalui sentuhan kulit ke kulit.

Kedua, wujud kepercayaan bahawa jika anda merasa sihat, anda terselamat daripada jangkitan kelamin HPV ini. Hakikatnya, 80% individu akan dijangkiti sekurang-kurangnya sekali seumur hidup dan virus ini sering kali ‘bersembunyi’ tanpa gejala.

Bukan itu sahaja, HPV bukan sekadar menyebabkan kutil kelamin, tetapi merupakan punca utama pelbagai jenis kanser yang serius seperti kanser serviks dalam kalangan wanita!

Ramai juga yang beranggapan bahawa jangkitan ini hanya berlaku kepada wanita sahaja. Hakikatnya, ia juga boleh berlaku kepada orang lelaki tanpa disedari kerana kebiasaannya tidak menunjukkan simptom!

Simptom HPV yang mungkin anda tidak tahu

Jangkitan kelamin HPV
Jangan bimbang jika anda mempunyai ketuat kelamin, ia masih boleh dirawat.

Human papillomavirus muncul dalam membran mukus seperti di kawasan alat kelamin, atau pada kulit. Jika anda mengenal pasti kemunculan ketuat di alat kelamin, itu bermakna anda telah dijangkiti HPV.

Ketuat pada alat kelamin muncul dalam pelbagai bentuk dan warna.

Ia boleh menjadi warna merah jambu, warna seakan daging, boleh timbul dalam keadaan rata atau berketul. Ia juga boleh berbentuk seperti bunga kubis.

Ketuat yang timbul mungkin satu atau mungkin beberapa ketul dan ia boleh merebak ke serviks, pangkal paha, zakar, skrotum, anus atau paha.

Bagaimana jangkitan kelamin HPV menjejaskan tubuh?

Kewujudan ketuat pada alat kelamin adalah sukar untuk dijangka. Ia boleh muncul seminggu atau mungkin sebulan selepas melakukan hubungan intim dengan pasangan yang dijangkiti HPV.

Pasangan anda mungkin tidak mengetahui bahawa mereka dijangkiti HPV atau menjadi punca penyebaran jangkitan ini.

Bagi wanita, HPV adalah punca utama kanser serviks, faraj, dan vulva. Oleh itu, saringan berkala melalui ujian Pap smear atau ujian HPV adalah talian hayat untuk mengesan perubahan sel lebih awal.

Bagi lelaki pula, jangkitan selalunya bersifat ‘senyap’ tanpa menunjukkan simptom fizikal yang jelas. Namun, ia tetap membawa risiko tinggi kerana boleh berkembang menjadi kanser zakar, kanser dubur, atau kanser tekak.

Ketiadaan simptom inilah yang membuatkan lelaki sering menyebarkan virus kepada pasangan tanpa disedari.

Kaum wanita disarankan untuk mendapatkan suntikan HPV di klinik berdekatan anda sebagai salah satu langkah pencegahan.

Orang lelaki juga amat disarankan untuk mendapatkan vaksinasi HPV ini sebagai langkah perlindungan jangka panjang untuk mengelakkan jangkitan kepada pasangan.

jangkitan kelamin HPV
Ini bagaimana vaksin bertindak melindungi anda daripada risiko kanser serviks.

Risiko yang dikongsi: putuskan kitaran jangkitan kelamin HPV

Anda perlu tahu bahawa HPV mewujudkan satu ‘kitaran’ dalam perhubungan di mana jangkitan semula (reinfection) boleh berlaku berulang kali jika hanya satu pihak sahaja yang dilindungi.

Melindungi diri anda dengan vaksinasi bukan sekadar tindakan peribadi, tetapi satu tanggungjawab untuk melindungi pasangan anda juga.

Kesedaran bersama adalah kunci utama untuk memutuskan rantaian jangkitan ini secara keseluruhan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

HPV (Human Papillomavirus). https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/11901-hpv-human-papilloma-virus. Diakses Februari 16, 2026.

HPV and Cervical Cancer Myths vs. Facts. https://www.mountsinai.org/care/cancer/services/gynecologic/conditions/cervical/myths-facts#:~:text=For%20women%20age%2030%20and,This%20is%20not%20true!. Diakses Februari 16, 2026.

Cervical Cancer. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/cervical-cancer/symptoms-causes/syc-20352501. Diakses Februari 16, 2026.

About Genital HPV Infection. https://www.cdc.gov/sti/about/about-genital-hpv-infection.html. Diakses Februari 16, 2026.

HPV Vaccine. https://my.clevelandclinic.org/health/treatments/21613-hpv-vaccine. Diakses Februari 16, 2026.

Versi Terbaru

16/02/2026

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Lelaki Pun Boleh Jadi Pembawa HPV, Tapi Ramai Tak Sedar

Kaum Adam Berisiko 3 Kali Ganda Dijangkiti HPV Berbanding Wanita? Ini Dapatan Kajian


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan