backup og meta

Orang Muda Lebih Ramai Dapat Sakit Kelamin Chlamydia, Ada 10 Lagi Fakta MENGEJUTKAN

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 23/09/2021

    Orang Muda Lebih Ramai Dapat Sakit Kelamin Chlamydia, Ada 10 Lagi Fakta MENGEJUTKAN

    Seperti cendawan tumbuh selepas hujan, penyakit kelamin sudah banyak dilaporkan di seluruh dunia. Rakyat negara kita tidak terkecuali dalam perkara ini. Salah satu sakit kelamin yang sering diperkatakan ialah chlamydia.

    Artikel ini membincangkan tentang 10 fakta mengejutkan mengenai chlamydia yang harus anda ambil tahu.

    Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Seksual di sini.

    Apakah itu Chlamydia?

    sakit kelamin

    Chlamydia merupakan sejenis jangkitan kelamin yang biasa disebabkan oleh bakteria. Bakteria yang menyebabkan jangkitan ini ialah Chlamydia trachomatis.

    10 fakta mengejutkan mengenai sakit kelamin chlamydia!

    #1 Pembunuh dalam diam

    Sakit kelamin ini dinamakan sebagai pembunuh dalam diam kerana individu yang mendapat jangkitan ini jarang sekali mempunyai tanda dan gejala.

    Kajian mendedahkan kira-kira 10% lelaki dan 5 hingga 30% wanita dengan jangkitan chlamydia yang disahkan oleh makmal akan mempunyai tanda dan gejala.

    Tempoh inkubasi chlamydia belum dapat ditentukan dengan baik.

    Namun, memandangkan kitaran replikasi bakteria yang agak lambat, gejala mungkin tidak muncul sehingga beberapa minggu setelah terdedah kepada orang yang mengalami jangkitan ini.

    #2 Kekerapan dalam kalangan orang muda

    Penyakit kelamin chlamydia telah mencecah sebanyak 2.86 juta kes setiap tahun. Dalam jumlah tersebut, wanita lebih banyak terjejas berbanding lelaki.

    Selain itu, sakit kelamin ini biasa dijumpai dalam kalangan orang muda, iaitu sebanyak dua pertiga daripada jumlah kes dalam lingkungan umur 15 hingga 24 tahun.

    Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit Sedunia (CDC) melaporkan 1 dalam 20 wanita berumur 14 hingga 24 tahun yang aktif secara seksual pernah mendapat chlamydia.

    #3 Perbezaan antara kaum yang ketara

    Etnik Afrika-Amerika berkemungkinan 5 kali ganda lebih banyak menghidap chlamydia daripada kaum lain.

    Lelaki yang mempunyai minat terhadap jantina yang sama juga, kadar jangkitannya lebih tinggi, iaitu sebanyak 10%, khusus untuk suku etnik ini mengalami jangkitan aktif pada waktu tertentu.

    #4 Gejala sakit kelamin bukan hanya di kemaluan sahaja?

    penyakit kelamin

    Ya, anda membacanya dengan betul. Jangkitan chlamydia bukan sahaja membabitkan kemaluan anda, malah boleh terdapat di bahagian dubur dan tekak anda.

    Jenis jangkitan bergantung kepada cara anda bersenggama dengan pasangan anda.

    Selain membabitkan sistem genitourinari, sistem badan lain yang boleh terlibat termasuklah sistem pernafasan dan mata.

    #5 Risiko kemandulan

    sakit kelamin

    Dalam kalangan wanita, chlamydia yang tidak dirawat boleh merebak ke bahagian rahim atau saluran tiub fallopio dan menyebabkan penyakit radang pelvis (PID).

    PID simptomatik berlaku hanya dalam 10% hingga 15% wanita dengan chlamydia yang tidak dirawat.

    Ia boleh menyebabkan kerosakan kekal pada saluran tiub fallopio, rahim dan tisu sekitarnya. Kerosakan tersebut boleh menyebabkan sakit pelvis kronik, kemandulan dan kehamilan luar rahim yang berpotensi membawa maut.

    Kajian membuktikan jangkitan chlamydia pertama berisiko untuk mandul sebanyak 25%.

    Risiko meningkat sebanyak 50% untuk jangkitan kedua dan lebih tinggi untuk seterusnya.

    #6 Risiko pada bayi

    pramatang

    Untuk wanita hamil, sakit kelamin ini jika tidak dirawat, boleh menular dari ibu ke bayi semasa kelahiran biasa.

    Ia dikaitkan dengan kelahiran pramatang, serta jangkitan kuman pada mata bayi (konjunktivitis) dan radang paru-paru pada bayi baru lahir.

    Dalam kajian prospektif yang diterbitkan, konjunktivitis chlamydia telah dikenal pasti (18-44%), dan pneumonia chlamydia (3-16%) dari jumlah bayi yang dilahirkan oleh wanita penghidap chlamydia di pangkal rahim yang tidak dirawat.

    #7 Berisiko untuk mendapat HIV

    Kajian mendedahkan penyakit kelamin chlamydia yang tidak dirawat boleh meningkatkan risiko seseorang mendapat atau menyebarkan HIV, iaitu virus yang menyebabkan AIDS.

    #8 Kerosakan organ kekal tidak dapat diubati

    Walaupun ubat antibiotik yang diberikan boleh menyembuhkan jangkitan, tapi ia tidak akan memperbaiki kerosakan kekal yang disebabkan oleh penyakit ini.

    Sekiranya simptom berlanjutan selepas beberapa hari setelah menerima rawatan, individu yang terlibat harus kembali berunding dengan doktor untuk dinilai semula.

    #9 Opss, wajib ke laporkan semua kepada pasangan anda?

    Sudah tentu wajib! Sekiranya seseorang telah didiagnosis dan menerima rawatan untuk chlamydia, dia seharusnya melaporkan semua hal kepada pasangan seksual termasuk seks oral, dubur atau faraj dalam tempoh 60 hari bermulanya gejala atau diagnosis.

    Hal ini kerana supaya jangkitan itu tidak tersebar kepada orang lain dan supaya mereka dapat menerima rawatan selanjutnya untuk mengelakkan komplikasi sakit kelamin ini.

    #10 Chlamydia hanya berjangkit sesama manusia

    Anda hanya boleh mendapat jangkitan ini melalui hubungan intim dengan orang yang dijangkiti.

    Ia tidak akan merebak melalui perhubungan biasa, menyentuh pakaian orang lain atau mengambil makanan dan air yang tercemar.

    Bakteria sakit kelamin ini hanya mampu hidup dalam sel badan manusia dan tidak dapat ditularkan melalui sentuhan luaran seperti tuala atau tandas.

    Konklusi

    Jika anda aktif secara seksual dan mempunyai lebih daripada seorang pasangan, penggunaan kondom dengan berterusan boleh membantu menghindari sakit kelamin.

    Selain itu, sila berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan ujian penyakit kelamin dan rawatan selanjutnya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 23/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan