backup og meta

Pelik Sendawa Tak Berhenti Walau Dah Berjam Berlalu? Ini 5 Pencetus Ia Terjadi!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 09/01/2023

    Pelik Sendawa Tak Berhenti Walau Dah Berjam Berlalu? Ini 5 Pencetus Ia Terjadi!

    Burp… Itulah semacam bunyian lunak dan merdu yang terkeluar dari mulut ketika sendawa.

    Hakikatnya, semua orang pernah mengalaminya dan ia adalah satu refleks yang normal bagi mengeluarkan angin dari tubuh badan.

    Pun begitu, pernahkah kalian sendawa tidak berhenti sehingga mengganggu aktiviti seharian anda?

    Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi untuk tahu punca dan rawatannya!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini. 

    Apa itu sendawa?

    Sebelum itu, wajarlah untuk kita semua tahu tentang definisi sebenar perkara ini terlebih dahulu.

    Untuk pengetahuan anda, sendawa adalah satu refleks normal bagi individu mengeluarkan lebihan angin dari saluran penghadaman melalui mulut.

    Lebihan angin ini sebenarnya akan masuk ke dalam sistem penghadaman individu juga melalui mulut ketika sedang makan atau minum.

    Baca juga:

    Di dalam sistem penghadaman kita, tubuh badan akan menggunakan asid, bakteria dan bahan kimia bernama enzim untuk menguraikan nutrien bagi mendapatkan tenaga.

    Sekiranya tiada lagi nutrien untuk diurai, maka ia akan dibuang melalui sistem perkumuhan (sama ada air kecil atau air besar).

    Selain itu, angin yang masuk ke dalam tubuh badan ketika makan dan minum ini juga akan dibuang kerana tidak diperlukan.

    Dalam pada itu, ia juga sangat bergantung kepada jenis makanan dan minuman yang anda ambil – sebagai contoh, makanan berlemak dan minuman bergas akan membuat kalian sendawa lebih kerap.

    sendawa tidak berhenti

    Namun bagaimana jika ia terlalu kerap dan tidak berhenti? Adakah ia normal?

    Mengapa sendawa tidak berhenti?

    Ya, sendawa adalah sesuatu yang sangat normal dan ia akan lebih mudah berlaku disebabkan oleh faktor-faktor seperti berikut:

    • Menghisap rokok
    • Mengunyah gula-gula getah
    • Menghisap gula-gula keras
    • Memakai gigi palsu
    • Makan dan minum dengan terlalu laju
    • Makanan dan minuman tertentu

    Kebiasaannya, sendawa yang normal adalah sekitar 4 kali sahaja selepas bersantapan dan ia adalah tidak normal jika melebihi jumlah itu.

    Sekiranya lebih daripada 4 kali, ia sudah boleh dianggap sebagai sendawa tidak berhenti yang mungkin didasari oleh beberapa kondisi kesihatan seperti:

    #1. Gastroesophageal reflux disease (GERD)

    Juga dikenali sebagai asid refluks, GERD akan berlaku apabila asid di dalam perut menujah kembali ke saluran esofagus lantas mengakibatkan pedih ulu hati.

    Jika ini berlaku secara tidak kerap, ia boleh dilegakan dengan hanya mengambil ubatan yang boleh dibeli dari farmasi sahaja.

    Namun jika ia berlaku dengan kerap, anda mungkin perlu berjumpa doktor segera untuk mendapatkan ubatan preskripsi doktor.

    #2. Pedih ulu hati

    Dalam bahasa saintifik, kondisi ini dikenali sebagai dyspepsia dan ia akan menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan pada bahagian atas perut.

    Akibatnya, anda mungkin akan mengalami kembung perut, mual-mual dan muntah gara-garanya.

    sendawa tidak berhenti

    #3. Gastrik

    Gastrik adalah satu kondisi biasa berlaku kepada sesetengah individu dan ia akan mengakibatkan dinding perut anda mengalami kerengsaan.

    Ia biasa berlaku kepada individu yang sedang berpuasa ekoran tidak makan atau minum buat sekian waktu.

    #4. Bakteria

    Helicobacter pylori adalah sejenis bakteria yang boleh mengakibatkan jangkitan dan ulser pada perut dan sistem penghadaman manusia.

    Sekiranya ia menjangkiti anda, sendawa tidak berhenti juga mungkin boleh terjadi kepada anda.

    #5. Irritable bowel syndrome (IBS)

    Irritable bowel syndrome (IBS) boleh menyebabkan kejang perut, kembung perut, sembelit dan cirit-birit.

    Sama seperti jangkitan bakteria, ia juga mungkin akan mengakibatkan kalian sendawa tidak berhenti.

    Apa yang perlu dilakukan?

    Baiklah, sekarang kita sudah tahu 5 pencetus sendawa tak berhenti seperti yang kami telah tuliskan di atas tadi.

    Persoalannya, bagaimana untuk melegakan kondisi ini? Jawapannya adalah semudah menjaga tatatertib ketika makan dan minum!

    Pertama sekali, apa yang kalian perlu lakukan adalah makan dengan perlahan agar angin tidak masuk dengan banyak ketika sedang bersantapan.

    Kedua, elakkan segala makanan atau minuman yang ‘berangin’ seperti makanan berlemak dan minuman bergas untuk mencegah kondisi ini.

    Selain itu, anda juga wajar menjalani hidup yang lebih sihat dan elakkan tabiat buruk seperti menghisap rokok serta bersenamlah agar tubuh badan lebih sihat.

    Dengan mengamalkan petua yang kami sediakan ini, kondisi sendawa tidak berhenti juga mungkin boleh hilang!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 09/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan