Jangan Biarkan! Jika Sering Sakit Belakang, Ini Mungkin Petanda Anda Perlukan Rawatan Fisioterapi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 07/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Ramai yang tersalah anggap tentang rawatan fisioterapi. Ia bukan hanya dikhususkan untuk atlet atau orang sakit sahaja.

Sebenarnya ia juga boleh digunakan untuk meningkatkan kesihatan anda dalam banyak cara.

Walaupun kebanyakannya bersifat sementara dan dapat disembuhkan dengan ubat penahan sakit, namun beberapa jenis kesakitan atau pergerakan terhad mungkin memerlukan penilaian dan rawatan oleh ahli fisioterapi.

Sempena sambutan Hari Terapi Fizikal Sedunia, 8 September ini, kami sediakan artikel berkenaan rawatan fisioterapi bagi membantu anda lebih memahami topik ini.

Kenali apa itu fisioterapi

fisioterapi

Fisioterapi adalah profesion penjagaan kesihatan yang membantu individu memerlukan dalam memulih, mengekal serta memaksimumkan kekuatan, fungsi, pergerakan, dan kesejahteraan pesakit secara keseluruhan.

Istilah ‘fisioterapi’ dan ‘terapi fizikal’ membawa maksud yang sama dan digunakan secara bergantian.

Ahli fisioterapi mempunyai pengetahuan mendalam tentang bagaimana tubuh berfungsi dan kemahiran klinikal khusus untuk menilai, mendiagnosis, dan merawat gejala-gejala penyakit, kecederaan dan kecacatan.

Ahli fisioterapi sering bekerjasama dalam pasukan dengan golongan profesional kesihatan yang lain untuk membantu memenuhi keperluan penjagaan kesihatan seseorang pesakit.

Selain itu, fisioterapi dapat membantu anda:

  • Menjadi lebih kuat dan fleksibel
  • Meningkatkan kebebasan bergerak
  • Mampu bernafas lebih mudah
  • Mengurangkan kesakitan
  • Kekal aktif
  • Mencegah potensi kecederaan

Semua yang di atas adalah supaya anda dapat meneruskan aktiviti harian pada tahap optimum.

Berikut adalah 5 petanda anda memerlukan rawatan fisioterapi

1. Fungsi pergerakan yang menurun

Tidak kira sama ada anda mempunyai gaya hidup dan rutin yang aktif atau tidak aktif, anda akan dapat menyedari sekiranya mengalami sebarang perubahan pada fungsi tubuh.

Contohnya, sesetengah individu mungkin boleh menyentuh jari kaki mereka manakala ada sebahagian yang tidak mampu melakukannya.

Justeru, sekiranya sebelum ini anda dapat menyentuh jari kaki dan kini gagal, rawatan fisioterapi dapat membantu!

Fisioterapi dapat menilai kondisi dan membimbing anda melalui latihan yang akan meningkatkan fleksibiliti dan pergerakan dengan mensasarkan otot dan tisu pada kawasan bermasalah.

2. Imbangan badan menjadi tidak stabil

keseimbangan badan

Orang ramai mungkin mengaitkan masalah keseimbangan dengan sesuatu yang berkaitan kaki atau punggung tetapi sebenarnya ia lebih kerap berkaitan dengan telinga.

Secara khusus, struktur di telinga dalam yang disebut sistem vestibular adalah sangat penting untuk menjaga keseimbangan badan.

Sekiranya ia terjejas, anda akan mula melihat gejala seperti ketidakseimbangan, pening dan mungkin juga vertigo (sensasi badan yang tidak seimbang) lalu menyukarkan anda menjalani rutin harian.

3. Berasa sakit apabila duduk lama

Bagi kebanyakan pekerjaan yang banyak menghabiskan masa di hadapan komputer secara khususnya, tubuh akan sering berasa kaku dan keras. Ini berlaku apabila duduk lama dalam posisi yang sama seharian.

Jika perkara ini digabungkan dengan postur tubuh yang buruk, malangnya ia mampu menyebabkan masalah ketegangan otot, sakit belakang dan sakit sendi yang berpanjangan.

Pengulangan rutin ini setiap hari dalam jangka masa yang panjang akan memberikan kesan negatif terhadap kesihatan.

Sebaiknya, anda harus memastikan untuk berehat daripada kerja anda secara berkala seperti berjalan-jalan atau meregangkan lengan dan kaki. Ini dapat membantu untuk mengatasi masalah yang dinyatakan tadi.

Kunjungi ahli fisioterapi anda untuk mendapatkan nasihat, rawatan dan pengurusan postur agar isu yang yang membelenggu anda dapat diuruskan.

4. Mengalami kesakitan yang berterusan

Apabila mengalami sebarang kecederaan, anda pasti akan merasakan sejumlah kesakitan yang biasanya hanya akan sembuh apabila tisu badan mulai pulih.

Sebagai contoh, sekiranya anda pernah terseliuh pergelangan kaki atau tangan, anda mungkin akan berasa sakit dan tersiksa selama beberapa minggu.

Apabila ligamen mulai sembuh, rasa sakit bakal berkurang sehingga kondisi menjadi normal. Tetapi kadang-kadang rasa sakit ini tidak akan berhenti seperti yang diharapkan dan menjadi lebih kronik.

Perkara ini biasanya berlaku dengan sakit belakang dan leher bawah yang boleh dikaitkan dengan banyak faktor.

Ahli fisioterapi boleh bekerjasama dengan anda untuk menilai punca masalahnya dan menyediakan program latihan dan pemulihan terbaik yang menyasarkan untuk meringankan penderitaan anda.

Rawatan untuk merawat kesakitan boleh merangkumi urutan, manipulasi dan senaman untuk membantu menyokong bahagian badan anda yang terjejas dan mencegah kecederaan berulang.

5. Anda sudah mula membuang air kecil dengan tidak terkawal

Inkontinensia kencing (membuang air kecil yang tidak terkawal) sering berlaku, dengan anggaran 3 sehingga 6 juta individu menderita masalah tersebut terutamanya di United Kingdom.

Ia lebih biasa terjadi pada wanita berbanding lelaki dan mampu menjadi lebih kronik apabila meningkat tua.

Terdapat dua jenis inkontinensia kencing iaitu stress incontinence dan urgent incontinence.

Bagi stress incontinence, ia berlaku ketika pundi kencing anda berada di bawah stres, misalnya ketika batuk atau bersin.

Urgent incontinence pula adalah ketika air kencing menjadi bocor dengan merasakan desakan mendadak dan kuat untuk membuang air kecil.

Justeru, latihan lantai pelvik dapat membantu dalam memperbaiki kondisi kesihatan ini, terutamanya bagi penghidap stress incontinence.

Sekiranya masalah melibatkan urin ini berlaku secara tiba-tiba dan terutamanya jika anda mengalami sakit tulang belakang atau saraf kaki, segera berjumpa doktor untuk mengelak kemungkinan berlakunya penyakit yang lebih serius.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

JANGAN Urut Kaki Jika Terseliuh, Tapi Cuba Guna Kaedah RICE Untuk Merawatnya!

Apabila kaki terseliuh, andatidak semestinya perlu melakukan urutan seperti yang sering disangkakan. Ada cara yang lebih mudah iaitu kaedah RICE!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 11/11/2019 . 2 minit bacaan

Bahayanya Minuman Panas! Jika Tertumpah, Kulit Anak Anda Boleh Melecur

Seramai 900 orang kanak-kanak di bawah usia 2 tahun telah ditimpa kecederaan kebakaran di dalam rumah disebabkan oleh minuman panas.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 03/11/2019 . 3 minit bacaan

Hati-Hati Kalau Kerap Sakit Belakang, Jangan Selalu Ambil Painkiller, Ambil Tahu Risiko Ini

Dengan sekadar mengambil ubat penahan sakit atau painkiller seperti paracetamol bagi melegakan kesakitan sakit belakang, ia tidak memberikan kesembuhan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 26/09/2019 . 3 minit bacaan

Selalu Lenguh di Bahagian Belakang Badan? Ini Mungkin Sebabnya

Sebanyak 10% daripada populasi dunia iaitu kira-kira 60 juta orang, mengalami kesakitan kronik. Adakah anda tahu apakah maksud sakit kronik?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 26/09/2019 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

regangan pagi

Rasa Lesu Ketika Bangun Tidur? Lakukan Senaman Regangan Ini Untuk Kekal Segar, 10 Minit Saja!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 14/07/2020 . 3 minit bacaan
trauma

Trauma Atau Kecederaan

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Diterbitkan pada 13/12/2019 . 3 minit bacaan
sakit bahu

Sakit Bahu? Ini Penyebab Dan Cara Atasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Diterbitkan pada 13/12/2019 . 4 minit bacaan
yoga

Tingkatkan Kualiti Tidur Dengan Yoga

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 05/12/2019 . 4 minit bacaan