Tanda-tanda dan simptom abses dubur dalam termasuklah rasa sejuk, demam, atau rasa lesu. Kadang-kadang, pesakit yang mengalami abses dubur dalam hanya mengalami demam, kerana ia adalah satu-satunya petunjuk yang menandakan berlakunya jangkitan tersebut.
Punca-punca Abses Dubur
Abses dubur boleh disebabkan oleh pelbagai punca seperti kelenjar dubur yang tersumbat, jangkitan fistula dubur dan jangkitan seksual.
Walau bagaimanapun, abses dubur ini dapat dicegah sekira menggunakan kondom yang selamat semasa bersetubuh, sama ada melakukan persetubuhan secara oral, dubur atau faraj. Oleh itu, belajarlah menggunakan kondom dengan betul untuk melindungi diri anda serta pasangan seks anda dari pelbagai jangkitan dan penyakit berbahaya.
Sementara itu, ibu, ayah, atau penjaga bayi perlu menukar lampin bayi atau anak kecil, kemudian membersihkannya dengan betul dan kerap supaya fistula dubur dan abses perianal dapat dicegah.
Abses dubur memang boleh mengganggu anda semasa melakukan aktiviti harian anda. Oleh itu, perlu diingat bahawa kebersihan diri adalah sangat penting dan mandatori. Selain itu, memakai kondom apabila anda melakukan hubungan seks juga merupakan cara yang berkesan untuk mencegah keadaan ini dan komplikasinya.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen