Kadangkala, kondisi sembelit yang teruk boleh jadi punca perut rasa kembung seakan berangin. Jadi, apakah rawatan sembelit kronik yang boleh dicuba?
Antara cara yang selalu disarankan setiap kali mengalami situasi ini adalah dengan meletakkan minyak angin panas pada perut dan ia mungkin berkesan!
Selain itu, sebenarnya wujud banyak lagi rawatan sembelit kronik yang terbukti secara klinikal dan boleh dicuba tanpa rasa ragu lagi. Jom teruskan membaca.
Kaitan sembelit kronik & perut kembung
Sebenarnya, kedua-dua kondisi yang melibatkan sistem penghadaman ini adalah berkaitan serta ia boleh berlaku secara serentak dan menyebabkan ketidakselesaan.
Kondisi sembelit teruk atau kronik boleh menyebabkan beberapa simptom yang sangat ketara termasuklah:
- Pergerakan najis di dalam usus besar kurang atau tiada
- Terasa seperti sangat sukar untuk membuang air besar
- Terpaksa meneran dengan kuat untuk membuang air besar
- Najis yang mampu keluar sangat keras dan sedikit
Dalam pada itu, ada satu lagi simptom yang akan berlaku iaitu perut rasa kembung seakan berangin ekoran udara juga tidak mampu untuk keluar daripada perut.
Rasa perut kembung semasa alami sembelit kronik juga berpunca daripada najis yang berada terlalu lama di dalam usus yang dijangkiti bakteria dan menghasilkan gas.
Akibatnya, penderita akan rasa ketidakselesaan yang sangat teruk malah berganda pada perut angkara najis dan angin yang terperangkap dalam perut.
Rawatan sembelit kronik, bagaimana?
Dalam kalangan masyarakat kita, ada satu ‘ubat ajaib’ yang dipercayai mampu untuk melegakan sebarang rasa tidak selesa pada perut iaitu minyak angin panas.
Ya, ia mungkin salah satu ikhtiar yang bagus namun ketahuilah bahawa minyak angin panas hanya akan memberi kelegaan sementara tanpa menyelesaikannya.
Pun begitu, sebenarnya terdapat banyak lagi cara rawatan sembelit kronik dan perut kembung yang ternyata lebih baik daripada minyak angin panas termasuklah:
- Ambil julap lembut: Contohnya polyethylene glycol 3350 (Miralax)
- Ambil suplemen serat: Contohnya docusate sodium (Colace), psyllium (Metamucil), or methylcellulose (Citrucel)
- Ambil simethicone dari kaunter farmasi: Ia dijual sebagai Gas-X atau Mylanta Gas
- Ambil tablet laktosa jika alami intoleransi laktosa: Ia membantu menghadam gula dalam produk tenusu
- Lebihkan aktiviti fizikal: Dengan bergerak, gas yang terkumpul dalam salur penghadaman boleh berkurang
- Rawatan sembelit kronik, tukarkan diet anda: Sila elak makanan atau minuman yang boleh menyebabkan sembelit kronik dan perut kembung
Sekiranya cara-cara ini masih lagi tidak membuahkan hasil, sila segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan ubatan yang perlu untuk masalah anda itu.
Antara ubatan yang mungkin doktor akan preskripsikan adalah lubiprostone (Amitiza) and linaclotide (Linzess) selain rawatan berbentuk terapi iaitu regangan otot pelvik.
Bagaimana untuk mengelaknya?
Sesungguhnya, mencegah itu adalah jauh lebih baik daripada mengubat! Jadi, sebaik-baiknya sila elakkan kondisi ini agar ia tidak berlaku dan berulang.
Bagaimana? Anda mungkin perlu melihat semula kepada gaya hidup dan mengubah ia menjadi lebih baik. Berikut adalah apa yang anda perlu beri perhatian:
- Tingkatkan pengambilan serat: Serat membantu mencairkan dan memudahkan najis keluar
- Tingkatkan pengambilan air: Sama seperti serat, ia juga akan melancarkan sistem usus anda
- Berhenti menghisap rokok dan meminum alkohol: Kedua tabiat buruk ini meningkatkan risiko simptom gastrousus
- Libatkan diri di dalam aktiviti fizikal: Lebih banyak bergerak akan melancarkan pergerakan di dalam usus anda
Paling penting untuk memastikan masalah sembelit kronik dan perut kembung tidak terjadi lagi pada anda, sila tukarkan diet anda kepada diet yang lebih sihat.
Dapatkan nasihat doktor tentang makanan atau minuman yang boleh membawa kepada masalah ini dan jalanilah diet yang lebih sihat untuk perut lebih selesa.
Sila elak sembelit kronik untuk cegah perut kembung!
Konklusinya, kita kini sudah tahu bahawa kondisi sembelit teruk dan perut kembung itu adalah saling berkait antara satu sama lain dan boleh berlaku secara serentak.
Dalam usaha untuk mencari rawatan sembelit kronik dan perut kembung ini, anda perlu mengubah gaya hidup dari aspek pengambilan makanan, minuman dan tabiat seharian.
Meskipun ia sering kali dianggap sebagai kondisi yang boleh datang dan pergi begitu sahaja, namun jangan anggap remeh kerana ketidakselesaan ini boleh menjejaskan kehidupan anda.
Jadi, sila elak sembelit kronik untuk cegah perut kembung!
[embed-health-tool-bmr]