Sangatlah tidak selesa apabila mengalami sebu, kembung atau senak perut setiap kali selepas makan, bukan? Jadi, penting untuk kita semua tahu cara hilangkan senak perut itu dengan baca petua, trik dan tip dalam artikel ini!
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.
Apakah punca senak perut terjadi?
Masalah ini akan terjadi jika anda makan dengan terlalu banyak sehingga menyebabkan sistem penghadaman anda itu tidak dapat menjalankan tugas untuk memproses dan mencerna makanan yang telah masuk ke dalam perut selain gas sedia ada.
Kesannya, senak perut angin bakal berlaku. Dalam usaha untuk mengurangkan atau melegakan isu ini, kami ada beberapa cara hilangkan senak perut yang individu boleh cuba di rumah.
Ini cara hilangkan senak perut yang paling mudah!
Jangan susah hati kerana masalah ini mungkin tidak akan mengakibatkan komplikasi yang begitu teruk sehingga perlu dibawa ke doktor.
Ada beberapa trik dan tip berkesan sebagai cara hilangkan senak perut seperti berikut:
#1. Cuba untuk sendawa atau kentut
Pertama, anda kena tahu kesenakan tersebut mungkin terjadi akibat gas atau angin yang tertinggal di dalam perut selepas makan. Kemungkinan ini lebih tinggi jika anda makan terlalu lewat.
Maka, anda boleh cuba untuk sendawa atau kentut selepas makan kerana percubaan olok-olok itu akan buat ia terjadi akhirnya. Cuma, elakkan daripada berbuat demikian di meja makan ya.
Cara hilangkan senak perut #2. Bergerak
Pakar menyarankan agar anda tidak duduk diam lepas makan agar makanan yang masuk ke dalam perut akan dapat ‘turun’ lantas memudahkan atau melancarkan proses pencernaan tersebut.
Diingatkan, gerakan itu tidak perlu pada intensiti yang terlalu tinggi seperti sukan lasak.
Memadai jika anda buat aktiviti ringan seperti berjalan kaki mengelilingi kawasan rumah – pakar percaya 40 langkah sudah cukup dan baik untuk kesihatan perut.
Cara hilangkan senak perut #3. Berehat
Selepas anda penat berjalan membawa isi dalam perut yang terlalu banyak, maka tiba masa untuk berehat. Ketika ini, individu juga sudah boleh duduk atau baring tanpa ada ketidakselesaan.
Tiada salah juga jika anda tertidur selepas bergerak atau berjalan selepas makan. Ini kerana tidur itu adalah suatu proses yang akan memulihkan sebarang ketidaknormalan pada tubuh badan sekali gus menyamankan segala ketidakselesaan yang wujud.
Cara hilangkan senak perut #4. Urutan
Seperti mana yang kami telah nyatakan di atas tadi, dalang utama kejadian ini adalah angkara gas atau pergerakan usus yang tersekat gara-gara terlalu banyak makan.
Bagi menyelesaikan masalah ini, urutan lembut pada perut itu akan sangat membantu!
Caranya cukup mudah! Individu hanya perlu menggunakan ibu jari untuk menekan dan mengurut bermula dari tengah dada ke bawah pusat dengan lembut dan perlahan sehingga rasa lega.
Bagi memaksimumkan usaha ini, anda juga boleh menggunakan minyak angin yang bukan sahaja akan melicinkan malah memberikan sensasi dingin. Ini sudah pasti akan sangat melegakan.
Beberapa cara berikut boleh membantu merawat masalah senak perut:
- Cuba sendawa atau kentut
- Bergerak
- Berehat
- Berhenti merokok
- Urutan perut
- Minum air kosong
#5. Hentikan tabiat merokok lepas makan
Bagi seorang perokok, kami yakin tidak ada lagi waktu yang lebih sesuai untuk melaksanakan hajat ini melainkan selepas makan. Kenapa? Kononnya, ia demi ‘meneutralkan’ rasa dalam mulut.
Hakikatnya, ia cuma akan membuat anda menyedut asap dan angin daripada sekeliling lantas masuk ke dalam perut. Kesannya, kesenakan pada perut lepas makan itu tentu sahaja akan lebih teruk.
#6. Minum air kosong lebih banyak
Menurut Academy of Nutrition and Dietetics, ramai orang akan cuba elak daripada minum air kosong di saat perut mereka sedang penuh lepas makan walhal ini juga antara petua yang berkesan.
Pakar Diet, Torey Armul menjelaskan bahawa hidrasi tubuh badan yang cukup itu akan membantu perut melancarkan proses pembuangan gas atau sisa makanan lantas menyelesaikan isu ini.
Konklusinya, ada banyak cara hilangkan senak perut, cara hilangkan sakit perut masuk angin, cara hilangkan sakit perut salah makan atau akibat pelbagai punca yang lain.
Tetapi, apa kata anda cuba elak ia daripada awal lagi dengan cara makan pada kuantiti yang optimum? Ia sudah tentu akan buat perut anda lebih selesa, sihat dan gembira!
[embed-health-tool-bmr]