backup og meta

Salah Dos Ubat Dan Ambil Berlebihan, Hati-Hati Ia Boleh Menyebabkan Hati Bermasalah

Salah Dos Ubat Dan Ambil Berlebihan, Hati-Hati Ia Boleh Menyebabkan Hati Bermasalah

Terdapat pelbagai ubat yang boleh menjejaskan dan merosakkan fungsi hati atau kedua-duanya. Sesetengah ubat yang merosakkan hati menyebabkan simptom seperti jaundis, sakit perut, gatal-gatal, dan kecenderungan untuk lebam dan berdarah.

Kecederaan hari akibat penggunaan ubat-ubatan atau suplemen berlebihan mungkin menjadi cabaran untuk mendiagnosis. Selalunya penyebab penyakit hati yang disebabkan oleh ubat-ubatan agak jelas tetapi dalam beberapa kes, sebab-sebab lain untuk penyakit hati seperti hepatitis, kanser, penyakit metabolik atau penyakit vaskular mungkin perlu diketepikan terlebih dahulu. Ubat atau suplemen yang disyaki menjadi punca kerosakan hati perlu dihentikan untuk mengesahkan diagnosis.

Doktor menggunakan istilah kecederaan hati disebabkan dadah (DILI) untuk merujuk kepada sebarang kerosakan hati yang disebabkan oleh ubat-ubatan, sama ada ia menyebabkan simptom atau tidak. Istilah ini juga merangkumi kerosakan yang disebabkan oleh ubat-ubatan herba, tumbuhan dan suplemen.

Ubat-ubatan menyebabkan kerosakan hati

Acetaminophen

Ubat melegakan kesakitan ini didapati dalam kebanyakan ubat oral yang berlainan serta krim dan salap untuk melegakan kesakitan otot. Hakikatnya, ia terkandung dalam begitu banyak produk yang berbeza meningkatkan risiko dos berlebihan yang tidak sengaja dan seterusnya menyebabkan kerosakan hati. Penggunaan yang berlebihan atau tanpa panduan doktor tidak disyorkan kerana risiko ketoksikan. Minum minuman beralkohol secara berkala semasa mengambil asetaminophen juga boleh meningkatkan risiko kerosakan hati.

Anticonvulsants

Ubat yang digunakan untuk merawat epilepsi atau sawan termasuklah phenytoin, valproate, carbamazepine juga telah dikaitkan dengan menyebabkan kecederaan hati yang disebabkan ubat. Walau bagaimanapun, kerana ubat-ubatan ini digunakan untuk mencegah sawan, risiko kerosakan hati biasanya dianggap kurang berbanding manfaatnya dalam mengawal simptom sawan.

Antibiotik

Antibiotik biasanya digunakan untuk mengubati jangkitan, yang mungkin mengapa ia menjadi punca utama kerosakan hati yang disebabkan oleh ubat. Dalam kebanyakan kes kerosakan adalah ringan, dan faktor risiko termasuk wanita, warga emas, mempunyai penyakit dan keadaan lain, dan mengalami kerosakan hati dari antibiotik yang lain.

Vitamin A

Walaupun suplemen diketahui menyebabkan kerosakan hati, termasuk vitamin A (acitretin, etretinate, isotretinoin). Apabila pengambilan vitamin A harian melebihi keperluan tubuh, ia menyebabkan kecederaan hati. Ubat-ubatan ini kadang-kadang digunakan untuk merawat psoriasis atau jerawat yang teruk.

Niacin

Jenis vitamin B ini digunakan untuk merawat kolesterol tinggi. Ia boleh menyebabkan tahap enzim hati atau kerosakan pada hati dalam dos yang tinggi (banyak kali dos harian yang disyorkan) pada sesetengah orang. Ubat ini sering bermula pada dos yang lebih rendah dan kemudian meningkat dari semasa ke semasa supaya hati dapat dipantau.

Tip mengelakkan kerosakan hati akibat ubat-ubatan

Dalam sesetengah kes, kerosakan hati daripada ubat-ubatan dan suplemen boleh dielakkan. Ambil perhatian untuk memahami potensi risiko ubat yang anda ambil, walaupun ia disyorkan oleh doktor.

Antara tip mengelakkan kerosakan hati akibat ubat adalah:

  • Hanya ambil ubat-ubatan dan suplemen apabila benar-benar diperlukan walaupun ianya ‘semulajadi’.
  • Jangan ambil lebih daripada jumlah yang disyorkan.
  • Pastikan semua doktor anda tahu tentang semua ubat yang anda ambil, terutamanya yang ditetapkan oleh doktor lain, atau suplemen dan vitamin yang anda ambil sendiri.
  • Berhati-hati membaca label untuk memastikan anda tidak mengambil lebih daripada satu ubat, krim atau salap yang mengandungi acetaminophen pada satu masa.
  • Beritahu semua doktor anda jika anda mempunyai atau pernah mempunyai penyakit atau kerosakan hati. Orang yang mempunyai sirosis perlu dirawat oleh pakar hati.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Liver Injury Caused by Drugs https://www.msdmanuals.com/home/liver-and-gallbladder-disorders/drugs-and-the-liver/liver-injury-caused-by-drugs Accessed on Oct 5, 2018.

Drug Induced Liver Disease https://www.verywellhealth.com/drug-induced-liver-disease-1943023 Accessed on Oct 5, 2018.

 

Versi Terbaru

15/10/2020

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Perut Sakit Sebab Banyak Angin? Ada 6 Sebab Perut Memulas Tapi Tak Nak Berak!

Rasa Sakit Dada Dan Badan Seperti Penuh Angin, Apa Sebenarnya Punca Masalah Ini?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 15/10/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan