backup og meta

Ketakcernaan (Indigestion)

Definisi

Apa itu Ketakcernaan?

Ketakcernaan adalah istilah umum yang menggambarkan ketidakselesaan di bahagian atas abdomen anda. Kadangkala, anda berasa kenyang, rasa tidak selesa di perut anda semasa atau selepas makan. Anda mungkin mengalami rasa seperti pedih atau sakit di bahagian atas perut anda juga. Ini adalah ketakcernaan, juga dikenali sebagai dispepsia atau sakit perut.

Ketakcernaan bukanlah sebuah penyakit, tetapi ia boleh menjadi simptom bagi penyakit pencernaan lain, seperti penyakit refluks gastroesofagus (GERD), penyakit ulser atau pundi hempedu. Walaupun ketakcernaan adalah perkara biasa, setiap orang mungkin mengalami masalah pencernaan dengan cara yang sedikit berbeza dan boleh dilegakan dengan perubahan gaya hidup dan ubat-ubatan.

Apakah kebarangkalian Ketakcernaan?

Keadaan kesihatan ini sangat biasa berlaku. Ia boleh menjejaskan pesakit pada tanpa mengira usia. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Ketakcernaan?

Simptom-simptom ketakcernaan yang biasa adalah:

  • Cepat kenyang semasa makan.
  • Tidak selesa selepas makan.
  • Sendawa dan angin
  • Ketidakselesaan di bahagian perut atas.
  • Rasa pedih pada bahagian atas abdomen.
  • Rasa kembung di bahagian atas abdomen.
  • Rasa mual dan muntah.

Mungkin terdapat beberapa gejala yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang sebarang gejala, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda harus menghubungi doktor anda jika anda mengalami mana-mana yang berikut:

  • Rasa tidak selesa selama lebih daripada dua minggu.
  • Kehilangan berat badan yang tidak dijangka atau kehilangan selera makan.
  • Muntah yang berulang-ulang atau muntah dengan darah.
  • Najis kehitaman seperti tar
  • Masalah menelan yang bertambah buruk secara berperingkat.
  • Keletihan atau rasa lemah, yang mungkin menandakan anemia.
  • Sesak nafas, berpeluh atau sakit dada yang menjalar ke rahang, leher atau lengan.
  • Kesakitan dada apabila menggunakan tenaga (upaya) atau apabila mengalami tekanan.

Punca

Apakah Punca Ketakcernaan?

Ketakcernaan disebabkan pelbagai punca. Penyebab utama ketakcernaan termasuk:

  • Makan secara berlebihan atau makan terlalu cepat;
  • Makan makanan berlemak, berminyak atau pedas;
  • Mengambil terlalu banyak kafein, alkohol, coklat atau minuman berkarbonat;
  • Merokok;
  • Tekanan;
  • Keresahan;
  • Keadaan pencernaan seperti gastritis, sembelit, ulser peptik, penyakit seliak;
  • Menggunakan Aspirin dan banyak ubat pelega kesakitan, pil perancang kelahiran, ubat-ubat steroid, antibiotik tertentu, ubat tiroid.

Ketakcernaan mungkin sering berlaku di kalangan wanita hamil semasa fasa pertengahan atau hujung kehamilan. Ini disebabkan berlakunya perubahan hormon, otot-otot saluran pencernaan mengendur, dan tekanan yang diletakkan oleh bayi yang membesar pada perut.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Ketakcernaan?

Terdapat banyak faktor risiko untuk Ketakcernaan, seperti:

  • Makan terlalu banyak, makan terlalu cepat, makan makanan tinggi lemak, atau makan semasa berada dalam keadaan tertekan.
  • Merokok dan minum terlalu banyak alkohol.
  • Tekanan dan keletihan.
  • Ubat-ubatan seperti antibiotik tertentu, ubat penahan sakit, dan makanan tambahan zat besi
  • Penyakit seperti kanser perut, GERD, pankreatitis kronik, penyakit tiroid

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>

Bagaimana pesakit Ketakcernaan didiagnosis?

Biasanya, sejarah kesihatan anda dan pemeriksaan fizikal mungkin mencukupi jika ketakcernaan anda ringan dan anda tidak mengalami simptom-simptom tertentu, seperti kehilangan berat badan dan muntah berulang-ulang

Tetapi jika simptom menjadi teruk atau anda berumur lebih dari 55 tahun, doktor anda mungkin mengesyorkan beberapa ujian untuk mengesahkan diagnosis:

  • Ujian makmal, untuk memeriksa masalah tiroid atau gangguan metabolik yang lain.
  • Ujian pernafasan dan najis, untuk memeriksa Helicobacter pylori (pylori), bakteria yang dikaitkan dengan ulser peptik, yang boleh menyebabkan ketakcernaan. Ujian H. pylori adalah ujian berkontroversi kerana kajian mencadangkan bahawa manfaat merawat bakteria ini adalah terhad.
  • Endoskopi, untuk memeriksa keabnormalan di saluran pencernaan atas anda. Sampel tisu (biopsi) mungkin diambil untuk analisis.
  • Ujian pengimejan (sinar-X atau imbasan CT), untuk memeriksa penyumbatan usus.

Sekiranya ujian awal gagal untuk mencari punca, doktor mungkin mendiagnosis dispepsia fungsional (functional dyspepsia).

Bagaimana pesakit Ketakcernaan dirawat?

Jika ketakcernaan berterusan, sesetengah antasid yang diperolehi tanpa preskripsi boleh membantu, seperti perencat pam proton (PPI) antagonis reseptor H-2 (H2RA), prokinetik.

  • Perencat pam proton (PPI), boleh mengurangkan asid perut. PPI mungkin disyorkan jika anda mengalami pedih ulu hati bersama-sama dengan ketakcernaan.
  • Antagonis reseptor H-2 (H2RA), yang juga boleh mengurangkan asid perut.
  • Prokinetik, boleh membantu jika perut dikosongkan perlahan-lahan
  • Antibiotik, jika bakteria pylori menyebabkan ketidak senaman anda.
  • Ubat antimurung atau ubat-ubatan anti-kecemasan, yang boleh mengurangkan ketidakselesaan yang disebabkan oleh ketakcernaan dengan mengurangkan rasa sakit anda.

Rawatan alternatif dan pelengkap boleh membantu mengurangkan ketakcernaan, walaupun mana-mana rawatan tersebut tidak dikaji dengan baik. Sentiasa semak dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang suplemen untuk memastikan anda mengambil dos yang selamat dan bahawa suplemen tidak akan bertindakbalas secara negatif dengan mana-mana ubat lain yang anda ambil.

Rawatan ini termasuk:

  • Terapi herba seperti pudina dan jintan.
  • Rawatan psikologi, termasuk pengubahsuaian tingkah laku, teknik relaksasi, terapi perilaku kognitif, dan hipnoterapi.
  • Akupunktur, yang mungkin berfungsi dengan menghalang laluan saraf yang membawa rasa sakit kepada otak.
  • Meditasi kesedaran (keprihatinan).
  • STW 5 (Iberogast), suplemen cecair yang mengandungi ekstrak herba termasuk candytuft pahit, daun peppermint, akar jintan dan akar manis. STW 5 boleh berfungsi dengan mengurangkan pengeluaran asid gastrik.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Ketakcernaan?

Gaya hidup dan remedi di rumah yang berikut mungkin membantu anda mengatasi ketakcernaan:

  • Ambil bahagian makanan yang lebih kecil dengan lebih kerap. Kunyah makanan anda dengan perlahan-lahan dan teliti.
  • Elakkan pencetus seperti makanan berlemak dan pedas, makanan yang diproses, minuman berkarbonat, kafein, alkohol, dan merokok boleh mencetuskan ketakcernaan.
  • Elakkan makan lewat malam.
  • Kekalkan berat badan yang sihat.
  • Kurangkan atau elakkan pengambilan alkohol dan kafein.
  • Jangan merokok.
  • Kendalikan tekanan dan keresahan
  • Tukar ubat-ubatan anda dan elakkan ubat pelega kesakitan tertentu, seperti aspirin, ibuprofen (Advil, Motrin IB, yang lain) dan natroxen natrium (Aleve).

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Indigestion. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/indigestion/diagnosis-treatment/treatment/txc-20209293. Accessed September 25, 2016.

Indigestion. http://www.webmd.com/heartburn-gerd/indigestion. Accessed September 25, 2016.

Versi Terbaru

19/05/2020

Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Ayu Idris


Artikel Berkaitan

Hati, Organ Yang Penting Untuk Tubuh Badan! Apa Fungsi Dan Cara Jaga?

Ini 5 Tip Berkesan Untuk Merawat Simptom Radang Hati!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 19/05/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan