backup og meta

Sakit Dada & Loya, Termasuk 14 Tanda GERD! Ikut Cara Ini Untuk Hilangkan Asid Refluks

Sakit Dada & Loya, Termasuk 14 Tanda GERD! Ikut Cara Ini Untuk Hilangkan Asid Refluks

Kenapa asid perut naik? Adakah penyakit GERD boleh sembuh? Kenapa kena gastrik? Penyakit refluks gastroesofageal atau GERD adalah keadaan jangka panjang apabila terdapatnya asid dalam perut yang naik ke esofagus. Jom kenal pasti tanda tanda gerd sebelum buat cara hilangkan asid dalam perut!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkan di sini.

Bagaimana asid dalam perut terjadi? 

Kenapa asid perut naik? Adakah penyakit GERD boleh sembuh? Kenapa kena gastrik?

Penyakit refluks gastroesofageal atau dipanggil asid refluks berlaku apabila asid dalam perut naik semula ke esofagus – tiub yang menghubungkan tekak dan bahagian perut anda. 

Keadaan ini boleh merengsakan lapisan esofagus dalam tubuh.

Kenapa asid perut naik?

Umumnya, dalam proses pencernaan normal, terdapat satu lingkaran otot dikenali sebagai sfinkter esofagus bawah (LES) – terbuka untuk membolehkan makanan masuk ke dalam perut.

Kemudiannya, ia akan tertutup untuk menghalang makanan dan jus perut berasid daripada mengalir kembali ke bahagian esofagus.

Namun, bagi individu dengan masalah GERD, LES menjadi lemah dan tidak dapat berfungsi sebaiknya.

Keadaan itu sekali gus membolehkan kandungan perut mengalir dan naik ke semula ke tekak.

Tetapi, adakah simptom penyakit refluks gastroesofageal hanya apabila asid dalam perut naik ke tekak atau terdapat tanda-tanda GERD yang lain? Sebelum tahu cara hilangkan asid dalam perut, kenal dulu petandanya. 

Risiko mengalami asid refluks

Sebelum kita mengetahui tanda tanda GERD yang lain dan cara hilangkan asid dalam perut, berikut merupakan keadaan yang boleh meningkatkan risiko asid refluks:

  • Kegemukan 
  • Kehamilan 
  • Hernia hiatal 
  • Gangguan tisu penghubung 

Amalan gaya hidup juga boleh menjadi faktor penyumbang kepada risiko GERD, seperti:

cara hilangkan asid dalam perut
Refluks boleh membuatkan tekak terasa pahit.

Tanda tanda GERD dan cara hilangkan asid dalam perut

Simptom utama bagi GERD adalah pedih ulu hati.

Apabila mengalami situasi di mana asid dalam perut naik ke tekak, anda akan berasa tidak selesa pada bahagian dada seperti sensasi terbakar.

Ia biasanya akan menjadi lebih teruk apabila seseorang itu berbaring, membongkok mahupun selepas pengambilan sebarang hidangan makanan.

Pun begitu, tidak semua individu dengan penyakit asid refluks mengalami pedih ulu hati.

Antara tanda-tanda GERD yang lain adalah:

  1. Sakit dada.
  2. Loya atau muntah.
  3. Nafas berbau.
  4. Waterbrashair liur berlebihan secara tiba-tiba.
  5. Masalah pernafasan.
  6. Kesukaran atau kesakitan ketika menelan.
  7. Pereputan gigi (gigi rosak).
  8. Memuntahkan (regurgitation) makanan atau cecair masam.
  9. Disfagia – Terasa seperti makanan terlekat di tengah dada atau tekak.
  10. Rasa terbakar di dada yang berlaku selepas makan.

Sekiranya anda mengalami serangan asid refluks pada waktu malam, gejala yang mungkin dialami:

  1. Batuk yang berpanjangan.
  2. Laringitis: Keradangan bahagian kerongkong di mana terletaknya pita suara.
  3. Asma baru atau semakin teruk.
  4. Tidur terganggu.
cara hilangkan asid dalam perut
Antara simptom GERD.

Asid refluks pada bayi

Dianggarkan 2/3 bayi berusia 4 bulan mempunyai tanda-tanda GERD. Manakala hampir 10% bayi berusia 1 tahun terjejas dengan keadaan ini.

Ia satu situasi normal untuk bayi terjeluak (memuntahkan) makanan tetapi jika berlaku terlalu kerap, ia mungkin tanda mereka menghidap asid refluks.

Simptom lain yang berisiko terjadi kepada bayi:

  1. Keengganan untuk makan.
  2. Kesukaran menelan.
  3. Tersedak.
  4. Sendawa atau tersedu.
  5. Ketidakselesaan semasa atau selepas menyusu.
  6. Membongkok badan semasa atau selepas menyusu.
  7. Penurunan berat badan atau kadar pertumbuhan yang rendah.
  8. Batuk berulang atau radang paru-paru.
  9. Kesukaran untuk tidur.

Kebanyakan gejala di atas turut berlaku kepada bayi dengan masalah tongue-tie – keadaan yang menyebabkan mereka sukar untuk makan.

Perhatian!

Sekiranya anda berasakan si kecil mungkin menghidap GERD atau sebarang masalah kesihatan lain, lakukan pemeriksaan doktor segera.

Komplikasi yang boleh dialami

Untuk kebanyakan individu, GERD mungkin tidak mengakibatkan komplikasi serius. 

Namun, bagi sesetengah keadaan yang jarang berlaku, ia boleh menyebabkan risiko masalah kesihatan mengancam nyawa, seperti:

  • Esofagitis – keradangan pada tekak
  • Esophageal stricture, berlaku apabila esofagus menjadi sempit atau ketat
  • Esofagus Barrett, melibatkan perubahan kekal pada lapisan esofagus
  • Barah esofagus, menjejaskan sebahagian kecil individu dengan esofagus Barret
  • Asma, batuk kronik, atau masalah pernafasan lain. Terjadi jika anda menyedut asid dalam perut ke paru-paru
  • Hakisan enamel gigi, penyakit gusi, atau masalah pergigian lain

Langkah pencegahan: Ini cara hilangkan asid dalam perut

Cara hilangkan asid dalam perut adalah dengan melakukan beberapa perubahan dalam gaya hidup anda:

cara hilangkan asid dalam perut
Bersenam untuk turunkan berat badan.

Mereka dengan masalah gangguan asid dalam perut juga digalakkan untuk menghindari pengambilan makanan seperti:

Kini anda telah tahu cara hilangkan asid dalam perut. 

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Overview: Symptoms of GERD. https://aboutgerd.org/signs-and-symptoms/signs-and-symptoms-overview/. Accessed on February 22, 2021.

Gastroesophageal reflux disease (GERD). https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/gerd/symptoms-causes/syc-20361940. Accessed on February 22, 2021.

Gastroesophageal Reflux Disease. https://www.aaaai.org/Conditions-Treatments/related-conditions/gastroesophageal-reflux-disease. Accessed on February 22, 2021.

GERD (Chronic Acid Reflux). https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17019-gerd-or-acid-reflux-or-heartburn-overview. Accessed on February 22, 2021.

Symptoms & Causes of GER & GERD. https://www.niddk.nih.gov/health-information/digestive-diseases/acid-reflux-ger-gerd-adults/symptoms-causes. Accessed on February 22, 2021.

Versi Terbaru

10/05/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Rasa Nak Muntah Lepas Makan? Ikut 11 Tip Mudah Ini Untuk Hilangkan Loya!

Jus Anggur Boleh Rawat Masalah Sakit Perut Flu, Berkesan Ke Kalau Minum?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 10/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan