backup og meta

Tak Perlu Makan Ubat? Legakan Gastrik Angin Dengan 6 Cara Ini Di Rumah!

Tak Perlu Makan Ubat? Legakan Gastrik Angin Dengan 6 Cara Ini Di Rumah!

Keadaan ini selalu berlaku apabila terlupa dan tertinggal waktu makan lantas membuat kita semua mencari apakah penawar gastrik angin yang betul.

Persoalannya, apakah definisi sebenar kondisi ini dan cara merawat gastrik angin tersebut?

Untuk mengetahui tentangnya dengan lebih lanjut, jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkan di sini.

Apa definisi sebenar gastrik angin?

Dalam kalangan masyarakat kita, masalah tidak selesa pada perut akibat tidak makan seringkali dikenali sebagai ‘gastrik’ atau ‘angin’.

Lama-kelamaan, kedua-dua istilah digabungkan menjadi ‘gastrik angin’ namun ia mungkin kurang tepat bagi menggambarkannya.

Dalam istilah perubatan, istilah yang lebih tepat untuk kondisi ini adalah gastritis.

Untuk pengetahuan anda, keadaan kesihatan ini berlaku akibat keradangan atau kecederaan yang terjadi pada lapisan dalam perut.

Ia adalah disebabkan oleh penurunan tahap perlindungan pada lapisan ini akibat ketidaktentuan asid dan mukus di dalam perut.

Sekiranya berlaku kepada anda, maka akan wujud beberapa simptom seperti berikut:

  • Pedih ulu hati
  • Ketidakhadaman
  • Perut kembung
  • Hilang selera makan
  • Loya
  • Muntah
  • Kerap sendawa
  • Kerap kentut
  • Tinja warna gelap

penawar gastrik angin

Persoalannya, apakah ia hanya disebabkan oleh tabiat gemar melengahkan waktu makan sahaja?

Apa punca kondisi gastrik angin?

Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, kondisi ini selalu terjadi apabila individu terlupa dan tertinggal waktu makan.

Pun begitu, bukan itu sahaja penyebab asid dan mukus dalam perut menjadi tidak menentu kerana terdapat lagi beberapa punca lain.

Jangkitan

Jangkitan bakteria Helicobacter pylori daripada makanan tercemar akan mengeluarkan bahan kimia yang menghakis lapisan perlindungan dalam perut.

Tekanan

Tekanan akibat kecederaan teruk atau pembedahan major pada perut berisiko merangsang penghasilan asid dalam perut yang lebih banyak.

Pengambilan ubatan tertentu

Ubat tahan sakit NSAID boleh menyebabkan penghasilan mukus dalam perut berkurang lantas menyebabkan asid perut menghakis kawasan sekitar.

Pengamalan tabiat buruk

Tabiat buruk seperti meminum alkohol dan menghisap rokok tentu sahaja tidak bagus untuk kesihatan perut dan tubuh badan secara umumnya.

Jika terkena kondisi ini, wujudkah sebarang cara untuk merawat gastrik angin ya?

penawar gastrik angin

Ada cara untuk rawat & jadi penawar gastrik angin!

Selain berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan serta ubatan sepatutnya, ada beberapa penawar gastrik angin yang anda boleh cuba di rumah termasuklah:

#1. Minum air kelapa

Air kelapa dipercayai mempunyai potensi antiseptik yang boleh membantu membunuh bakteria penyebab jangkitan pada perut.

Dalam masa yang sama, ia juga mampu membantu menguat sistem imun tubuh badan, sekali gus mempercepatkan penyembuhan.

#2. Makan sayur brokoli

Brokoli adalah sejenis sayuran yang sangat bagus dan mudah digunakan untuk menjadi penawar gastrik angin kerana ia sering ada dalam hidangan utama.

Ia dipercayai mempunyai pelbagai jenis nutrien yang mampu melegakan simptom-simptom yang berlaku akibat gastritis.

Namun, beberapa kajian menunjukkan bahawa brokoli juga boleh mencetuskan kembung perut atau dispepsia.

#3. Penawar gastrik angin –  Sapu minyak pati

Minyak pati yang diekstrak daripada bahan seperti lemon, pudina, halia, cengkih, kelapa, zaitun, jojoba dan sebagainya adalah bagus untuk melawan gastrik angin.

Meskipun masih kekurangan bukti saintifik, minyak-minyak ini juga tidak akan mendatangkan sebarang kesan negatif jika disapukan pada perut yang merana akibat gastrik.

penawar gastrik angin

Penawar gastrik angin #4. Probiotik

Umum mengetahui bahawa terdapat dua jenis bakteria dalam perut manusia iaitu bakteria baik dan bakteria jahat.

Probiotik ini adalah bakteria baik yang mampu membunuh bakteria jahat seperti H. pylori – antara punca utama gastritis.

#5. Gel lidah buaya

Selalu disapukan pada kulit kepala dan kulit muka sahaja, anda juga mungkin mahu menggunakannya pada perut pula selepas ini.

Ini kerana gel daripada daun lidah buaya bersifat anti radang dan ia sudah tentu sangat bagus untuk melawan keradangan atau kerengsaan pada perut.

#6. Amalkan diet sihat

Paling penting dan utama, kalian perlu mengamalkan diet sihat dengan mengambil makanan dan minuman yang bagus untuk perut.

Selain itu, jangan lagi menangguh atau terlepas waktu makan di atas urusan yang lain untuk mengelakkan gastrik perut terjadi.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Home remedies tips for reducing belching intestinal gas. https://newsnetwork.mayoclinic.org/discussion/home-remedies-tips-for-reducing-belching-intestinal-gas-and-bloating/Accessed 5 September 2021.
  2. Gas beat the bloat.https://www.brighamandwomens.org/patients-and-families/meals-and-nutrition/bwh-nutrition-and-wellness-hub/special-topics/gas-beat-the-bloat. Accessed 5 September 2021.
  3. Gastric problems.https://www.narayanahealth.org/abdominal-pain-and-gastric-problems/Accessed 5 September 2021.
  4. To cure gastric problem. https://www.sitarambhartia.org/blog/internal-medicine/how-to-cure-gastric-problem-permanently/Accessed 5 September 2021.
  5. Stomach disorder. https://medlineplus.gov/stomachdisorders.html. Accessed 5 September 2021.

Versi Terbaru

02/02/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Elak Sakit Perut Gastrik Dengan Patuhi 6 PANTANG LARANG Ini!

Sakit Perut Akibat Masalah Gastrik Angin? Ikut 8 Cara Mudah Ini Untuk Atasinya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/02/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan