Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Gastrik Waktu Puasa? Jom Tengok Apa Sebenarnya Boleh Makan Masa Ramadan!
Ramai pesakit gastrik tercari-cari makanan untuk gastrik yang sesuai ketika Ramadan, kerana pemilihan makanan yang betul boleh membantu mengurangkan pedih ulu hati, kembung, dan rasa memulas. Makanan untuk gastrik mestilah lembut, mudah dicerna dan tidak merangsang penghasilan asid. Tanpa pemilihan yang betul, gejala boleh menjadi lebih teruk sewaktu berpuasa. Untuk itu, mari fahami asas gastrik terlebih dahulu sebelum masuk kepada tip sahur dan berbuka.
Ayuh kita teruskan dengan memahami waktu bila diserang gastrik?, supaya pesakit boleh mengambil langkah pencegahan awal.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sistem Penghadaman, klikdi sini.
Bila diserang gastrik?
Serangan gastrik berlaku apabila lapisan perut merengsa disebabkan penghasilan asid yang berlebihan atau kelewatan pengosongan makanan.
Ia sering muncul pada waktu perut kosong terlalu lama, terutama ketika berpuasa. Antara puncanya termasuk:
Pesakit juga perlu memilih makanan yang tidak merangsang keradangan secara langsung.
Makanan untuk gastrik: adakah madu bagus untuk gastrik?
Madu sering dianggap sebagai rawatan semula jadi, dan ada kajian menunjukkan sifat antioksidan dalam madu boleh membantu mengurangkan keradangan pada lapisan perut.
Namun, ia bukan rawatan utama. Perlu difahami bahawa madu:
Boleh membantu meredakan iritasi perut secara ringan
Sesuai diambil pada waktu sahur bersama roti atau oatmeal
Tidak digalakkan diambil ketika perut terlalu kosong bagi sesetengah individu
Jika anda mengambil makanan untuk gastrik, madu boleh dijadikan tambahan kecil tetapi bukan pengganti ubat.
Adakah air kelapa baik untuk gastrik?
Air kelapa terkenal dengan kandungan elektrolit semula jadi yang tinggi.
Air kelapa mempunyai elektrolit semula jadi dan pH yang lebih neutral, menjadikannya lebih selamat untuk pesakit gastrik. Ia:
Tetapi, elakkan minum terlalu banyak kerana boleh menyebabkan perut kembung bagi sesetengah orang.
Makanan untuk gastrik: adakah telur sesuai untuk gastrik?
Telur adalah salah satu jenis makanan yang paling selamat kerana ia kaya protein, mudah dihadam dan tidak merangsang asid. Cara penyediaan yang disarankan:
Dengan pemilihan makanan untuk gastrik yang betul, pesakit boleh berpuasa dengan lebih selesa tanpa pedih ulu hati atau serangan gastrik.
Kalkulator BMI
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Gastritis Diet Guide: What to Eat and Avoid for Relief. https://www.medanta.org/patient-education-blog/gastritis-diet-guide-what-to-eat-and-avoid-for-relief. Diakses Disember 3, 2025.
Gastritis. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/gastritis. Diakses Disember 3, 2025.
Gastritis. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/10349-gastritis. Diakses Disember 3, 2025.
Gastritis. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/gastritis/diagnosis-treatment/drc-20355813. Diakses Disember 3, 2025.
Gastritis. https://www.nhs.uk/conditions/gastritis/. Diakses Disember 3, 2025.
Versi Terbaru
27/01/2026
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim