backup og meta

4 Punca Utama & 6 Faktor Risiko Sering Sakit Tengkuk, Bukan Salah Tidur Sahaja?

Apa itu sakit tengkuk?Punca kenapa tengkuk sakit?Bagaimana mendiagnosis dan merawatnya?

Sakit tengkuk sampai sukar untuk menggerakkan kepala, leher dan bahu itu merupakan kondisi yang tidak menyelesakan. Kesan daripada masalah ini, ia akan menyukarkan aktiviti seharian kita semua.

4 Punca Utama & 6 Faktor Risiko Sering Sakit Tengkuk, Bukan Salah Tidur Sahaja?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Otot Dan Tulang, anda boleh klik di sini.

Apa itu sakit tengkuk?

Tengkuk merupakan bahagian di belakang leher yang menghubungkan tengkorak dengan tulang belakang. Ia adalah antara penyambung atau penggerak sistem rangka manusia yang mustahak.

Apabila terjadi sebarang masalah pada bahagian ini, maka individu mungkin akan rasa sakit, lenguh, berat dan tidak selesa pada tengkuk sekali gus menjejaskan aktiviti seharian masing-masing.

Kesakitan pada tengkuk itu boleh jadi tanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan tulang, sendi, otot atau tisu yang wujud di sekitar kawasan ini.

Meskipun ramai yang rasa ia normal, namun kekejangan pada tengkuk itu tidak wajar diremehkan dan dibiarkan begitu sahaja!

Apa keberangkalian anda mengalami kesakitan tengkuk?

sakit tengkuk

Untuk pengetahuan anda semua, hampir semua orang pasti pernah atau sering mengalami masalah ini dalam hidup.

Pun begitu, ia mungkin lebih berisiko untuk berlaku kepada orang dewasa serta warga emas atau individu yang mempunyai masalah pada sistem muskuloskeletal mereka.

Punca kenapa tengkuk sakit?

Ramai yang mungkin tidak tahu dan kurang peduli dengan punca kenapa tengkuk sakit. Seperti mana yang telah kami kata di atas tadi, ia terjadi akibat keadaan kesihatan termasuk:

#1. Kemerosotan disk tengkuk

Akibat daripada proses penuaan semula jadi, disk pada tengkuk anda akan mula mengalami kemerosotan gara-gara sudah mula kekurangan lendiran dan sokongan.

Kesannya, tulang tersebut akan tergesel di antara satu sama lain sekali gus mengakibatkan kerengsaan dan kesakitan.

#2. Spondylosis

Disebut juga dengan nama osteoartritis tengkuk, Spondylosis adalah kondisi di mana tulang rawan dalam sendi facet telah haus lalu menyebabkan pergeseran di antara satu sama lain.

Kondisi ini seterusnya akan mengakibatkan keradangan pada sendi dan saraf lalu menyebabkan tengkuk tidak selesa.

#3. Hernia pada tengkuk

Ketika bahagian dalam yang lembut dari tulang tengkuk muncul ke luar akibat bukaan abnormal, ia akan memberikan tekanan pada saraf di sekelilingnya.

Lanjutan daripada itu, sistem saraf bakal terhimpit dengan hernia tersebut lantas menjejaskan bahagian tengkuk anda.

#4. Stenosis pada tengkuk

Stenosis pada tengkuk akan berlaku apabila kanal tulang menyempit. Ia berpunca daripada kondisi seperti hernia atau bone spur lalu memicu keradangan.

Akibatnya, saraf di kawasan itu akan terkesan sekali gus terjadi ketidakselesaan pada sekitar tengkuk dan leher pesakit.

Faktor risiko yang ada

sakit tengkuk

Tidak cukup dengan kondisi di atas, beberapa faktor risiko berikut turut boleh menyebabkan masalah pada tengkuk:

Dalam pada itu, wujud juga risiko penyakit lain seperti obesiti, diabetes, meningitis dan lain-lain yang turut menjadi punca pemicu kepada kekejangan pada leher dan tengkuk individu.

Bagaimana mendiagnosis dan merawatnya?

Sekiranya masalah ini berlaku dan berulang banyak kali kepada anda, jangan biarkan ia melarat. Anda perlu mengambil banyak langkah pencegahan dan perubatan sebelum ia menjadi lebih parah.

Bagaimana pesakit didiagnosis?

Perkara paling penting yang anda perlu buat adalah berjumpa dengan doktor pakar tulang dan otot. Ini amat penting supaya anda tahu apa punca sebenar di sebalik kesakitan pada tengkuk itu.

Pengesanan CT, MRI dan sinar X mungkin akan diperlukan bersama dengan pelbagai lagi jenis ujian klinikal yang lain.

Bagaimana pesakit dirawat?

sakit tengkuk

Setelah tahu apa puncanya, tibalah masa untuk mendapatkan ubatan atau rawatan sesuai kondisi anda. Jika ia hanya disebabkan oleh punca yang ringan atau sederhana, ia tidak sukar dirawat!

Pertama, anda mungkin akan dibekalkan dengan preskripsi ubat tahan sakit seperti paracetamol, ibuprofen, naproxen atau lain-lain untuk membantu mengurangkan ketidakselesaan itu.

Terdapat juga terapi fizikal termasuk fisioterapi untuk mengembalikan kesejajaran tulang dan otot pada tengkuk agar kesakitan di kawasan sekitar itu dapat dikurangkan pada kadar optimum.

Akhir sekali, anda mungkin perlu menjalani prosedur pembedahan (minor atau major) pada tengkuk yang bermasalah.

Konklusinya, ada banyak punca dan faktor risiko yang boleh mengakibatkan kekejangan pada tengkuk. Segera cari dan amal cara hilangkan sakit belakang tengkuk yang bersesuaian dan berkesan untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Neck Pain, https://www.aans.org/en/Patients/Neurosurgical-Conditions-and-Treatments/Neck-Pain, Accessed Aug 3 2023.
  2. Neck Pain, https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/21179-neck-pain, Accessed Aug 3 2023.
  3. Neck Pain and Problems, https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/neck-pain-and-problems, Accessed Aug 3 2023.
  4. Neck Pain: Initial Evaluation and Management, https://www.aafp.org/pubs/afp/issues/2020/0801/p150.html, Accessed Aug 3 2023.
  5. Neck Pain or Stiffness, https://www.seattlechildrens.org/conditions/a-z/neck-pain-or-stiffness/, Accessed Aug 3 2023.

Versi Terbaru

22/09/2026

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Duduk Lama Sangat Punca Anda Boleh Sakit Pinggang? Cuba 4 Tip Ini Cegah Kesakitan

Sakit Belakang Ketika Bekerja? Tiba Masanya Anda Betulkan Postur Tubuh Badan!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada tadi

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan