backup og meta

Anak Muda, Jangan Main 'Game' Di Telefon Terlalu Lama, Ada Risiko Terkena Sindrom Ini!

Anak Muda, Jangan Main 'Game' Di Telefon Terlalu Lama, Ada Risiko Terkena Sindrom Ini!

Jika waktu dahulu kita perlu memiliki satu set konsol permainan video, kini ia boleh dimainkan melalui peranti telefon pintar sahaja. Pernahkah anda terfikir apakah kesan permainan video pada tubuh badan?

Jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih lanjut.

Lambakan permainan video pada masa kini

Lagi-lagi dengan kewujudan gajet, trend bermain video games di telefon pintar sekarang sangat popular terutamanya dalam kalangan golongan remaja.

Namun, tahukah anda bahawa terdapat beberapa kesan permainan video yang negatif? Bukan sahaja mental akan terganggu, fizikal juga terjejas!

Permainan video kini sudah tidak perlu dibeli dengan harga yang mahal sebaliknya hanya boleh dimuat turun menggunakan internet sahaja.

Inilah punca aplikasi seperti Mobile Legends (ML), Call Of Duty (LOL) dan Player Unknown Battleground (PUBG) kian bermaharajalela.

Dalam erti kata yang lebih mudah, bermain video games menggunakan telefon pintar sekarang sudah menjadi trend kehidupan masa kini.

Sebenarnya, penciptaan aplikasi sebegini bukanlah satu kesalahan atau kesilapan kerana ia direka khas untuk menjadi hobi mengisi masa lapang.

Pun begitu, ketagihannya akan mendatangkan pelbagai kesan negatif terhadap mental dan fizikal jika tidak dibendung dengan kadar segera.

Kesan permainan video terhadap mental

Di Rusia, ada satu kes yang melibatkan seorang remaja lelaki bertindak membunuh seorang wanita semata-mata kerana mahu merasai sendiri pengalaman membunuh di dunia nyata.

Ini semua ekoran pengaruh daripada permainan video yang mempunyai unsur ganas.

Remaja yang berusia 15 tahun itu bertindak menikam mangsa yang berusia 21 tahun, sebaik sahaja mangsa mengeluarkan wang daripada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Moscow.

Akibatnya, wanita yang tidak bersalah itu telah disahkan maut di tempat kejadian.

Pun begitu, adalah tidak adil untuk mengatakan bahawa video games ini adalah puncanya!

Ya, ia memang permainan yang ganas dan mungkin akan mendorong seseorang itu menjadi agresif namun perlakuan jenayah kejam seperti ini adalah pilihan individu itu sendiri.

Kesan permainan video terhadap fizikal

Selain mendorong kesihatan mental menjadi terjejas, kesan permainan video yang lain adalah turut melibatkan tubuh badan pemainnya.

Sebagai contoh, jika terlalu lama menghadap skrin bermain video games ini, waktu tidur atau waktu rehat kalian sudah pasti akan terganggu.

Begitu juga dengan tahap kesihatan mata yang melihat dan telinga yang mendengar skrin yang boleh terjejas akibat bermain terlalu lama.

Selain mata dan telinga, tangan serta jari yang banyak bergerak tatkala bermain juga boleh mengalami kerosakan bersifat sementara.

Kerosakan yang dimaksudkan ini mungkin akan hadir melalui sejenis sindrom yang berbahaya!

Sindrom Carpal Tunnel

Permainan video boleh jadi punca Sindrom De Quervain?

Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, kesan permainan video jika dimainkan terlalu lama boleh mengakibatkan Sindrom De Quervain.

Untuk pengetahuan anda, sindrom ini akan menyebabkan rasa sakit dan tidak selesa pada kawasan pergelangan tangan dan bawah ibu jari.

Ya, ia adalah kondisi yang lebih kurang sama seperti sindrom carpal tunnel kerana kedua-duanya akan melibatkan kawasan yang sama.

Persoalannya, apa penjelasan di sebalik kepercayaan bermain video games boleh mengakibatkan kondisi ini?

Apa punca ia berlaku?

Ini kerana tangan dan jari kita akan bergerak dengan lama serta laju tatkala memegang dan memicit skrin sebuah telefon pintar.

Pergerakan ini sebenarnya akan melibatkan tendon dan jika ia digunakan secara berlebihan maka kebengkakan tendon akan berlaku.

Kebengkakan yang ditandai oleh rasa sakit ketika memegang atau memicit sesuatu termasuk telefon pintar adalah gejala sindrom ini.

Lebih membimbangkan, kondisi ini boleh menjadi lebih teruk dan merebak ke seluruh kawasan tangan sekiranya tidak dirawat dengan kadar segera.

Apa cara untuk merawat?

Perkara paling utama perlu dilakukan penderita adalah dengan berjumpa doktor untuk melakukan diagnosis terlebih dahulu.

sindrom carpal tunnel semasa hamil

Selepas disahkan, anda mungkin akan diberikan ubat tahan sakit di samping disarankan untuk menekapkan ais pada kawasan yang terjejas.

Sekiranya kesakitan tersebut masih tidak kebah, doktor mungkin akan menyuntik steroid pada tangan untuk menyurutkan kebengkakan.

Kaedah pengurutan atau pembedahan juga boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini setelah mendapat nasihat pakar.

Dalam pada itu, adalah diingatkan kepada kalian yang belum, sedang atau telah mengalami sindrom ini untuk mengurangkan masa di hadapan skrin bermain permainan video.

Sebaik-baiknya, isilah masa lapang kalian dengan aktiviti lebih berfaedah bersama teman seperti bersenam atau bersukan bukan?

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. http://drzubaidi.com/blog/bermain-game-di-henfon-permainan-terlalu-lama-boleh-menyebabkan-sindrom-quervain/?fbclid=IwAR0Lg8-77VmhD4c0O1y506SEYt9QzLvvaozpSpwhW0Xz8OQbaIzB1ROr6Vs
  2. https://www.news-medical.net/health/Short-Term-and-Long-Term-Effects-of-Playing-Video-Games.aspx
  3. https://familydoctor.org/condition/de-quervains-tenosynovitis/
  4. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/de-quervains-tenosynovitis/symptoms-causes/syc-20371332
  5. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/de-quervains-tenosynovitis/diagnosis-treatment/drc-20371337

Versi Terbaru

17/05/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nisreen Nadiah


Artikel Berkaitan

Ketagihan Permainan Video Merupakan Masalah Mental Menurut WHO

Maut Diserang Strok Akibat Ketagihan Permainan Video


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/05/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan