backup og meta

Artikel Ditaja Oleh Hello Wellness

Kerap Alami Lutut Berbunyi Ketika Berjalan & Bergerak? Ini Apa Anda Perlu Tahu!

Apa maksud lutut berbunyi?Apa simptom lutut berbunyi?Apa punca lutut berbunyi?Apa pula faktor risikonya?

Mungkin ramai yang akan menyalahkan usia tua sebagai dalang masalah lutut berbunyi ketika berjalan dan bergerak sedangkan ia turut boleh berlaku kepada individu di semua peringkat umur tidak kira kanak-kanak, belia atau dewasa! Apa yang anda perlu tahu tentangnya?

Kerap Alami Lutut Berbunyi Ketika Berjalan & Bergerak? Ini Apa Anda Perlu Tahu!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Tulang & Otot, anda boleh klik di sini.

Apa maksud lutut berbunyi?

Untuk pengetahuan anda semua, lutut merupakan sendi yang menghubungkan paha dengan betis serta mempunyai 3 tulang utama iaitu paha (femur), betis (tibia) dan tempurung (patella).

Sendi ini juga dilindungi oleh 4 ligamen yakni anterior cruciate ligament (ACL), posterior cruciate ligament (PCL), medial collateral ligament (MCL) serta lateral collateral ligament (LCL).

Kebiasaannya, setiap aktiviti yang berlangsung pada sendi ini tidak akan menyebabkan ia berbunyi namun ia masih boleh berlaku dan bunyi itu dikenali dengan nama crepitus atau joint noise.

Dalam kebanyakan kes dan masa, bunyi yang terhasil pada lutut tersebut adalah normal dan tiada apa yang perlu anda risaukan bahkan individu itu masih boleh menjalani hidup seperti biasa.

Pun begitu, jika ini berlaku dan berulang dengan sangat kerap, anda mungkin perlu jumpa doktor!

lutut berbunyi

Apa simptom lutut berbunyi?

Seperti mana yang kita semua sudah dapat agak, simptom kondisi ini tentu sahaja ditandai dengan bunyi ‘pop’ dari dalam lutut terutama ketika anda berjalan atau bergerak dan ini masih normal.

Pun begitu, anda mungkin perlu jumpa doktor segera kalau ia disertai dengan gejala yang berikut:

  • Kesakitan pada lutut
  • Kekebasan pada lutut
  • Kebengkakan pada lutut
  • Tidak boleh membengkokkan lutut
  • Tidak mampu meluruskan lutut
  • Tidak larat untuk berdiri lama

Ini kerana ada risiko di mana lutut anda mengalami masalah ligamen putus atau tulang patah yang memerlukan rawatan lanjutan. Dalam kes paling teruk, prosedur pembedahan mungkin perlu.

Dalam erti kata lebih mudah, masalah lutut berbunyi ketika berjalan dan bergerak itu hanya wujud satu simptom yang utama. Jika ada gejala lain yang turut hadir, ia mungkin tanda masalah lain.

Apa punca lutut berbunyi?

Sebenarnya, bunyi pada lutut itu adalah fenomena yang normal dan boleh terjadi pada mana-mana sendi termasuk siku, bahu, jari dan lain-lain. Ia boleh mengeluarkan bunyi sama ada secara sengaja atau tidak dan kesemuanya tidak akan mendatangkan sebarang mudarat.

lutut berbunyi

Mungkin ada punca biasa atau luar biasa yang jadi dalang perkara ini, di bawah adalah huraiannya:

  1. Geseran di antara tulang: Sendi ini ada 3 tulang utama iaitu femur, tibia dan patella yang boleh bergeser dan berbunyi apabila bersentuhan di antara satu sama lain.
  2. Gelembung udara: Di dalam lutut ada jaringan dan cairan berupa gelembung udara yang boleh pecah apabila sendi ini digerakkan. Ia adalah antara punca bunyi itu muncul.
  3. Meniskus koyak: Tisu meniskus itu berfungsi untuk menyerap tekanan dan hentakan pada lutut. Apabila ia koyak akibat kecederaan, maka ia mungkin akan mengeluarkan bunyi.
  4. Kartilaj cedera: Tisu kartilaj juga bertindak untuk menyerap tekanan dan hentakan pada lutut. Apabila ia cedera akibat kecederaan, maka ia mungkin akan menghasilkan bunyi.
  5. Ligamen putus: 4 jenis ligamen utama yakni ACL, PCL, MCL dan LCL boleh putus angkara kecederaan. Ia juga adalah antara punca yang bahaya muncul bunyi pada sendi ini.
  6. Tulang patah: Punca paling bahaya, bunyi pada lutut mungkin disebabkan kepatahan pada salah satu daripada 3 tulang utama. Segera jumpa doktor untuk rawatan lanjutan.

lutut berbunyi

Apa pula faktor risikonya?

Dalam pada itu, kejadian yang berlaku dan berulang banyak kali itu mungkin tanda individu ada kondisi osteoartritis iaitu kemerosotan tahap kekuatan sendi. Biasa terjadi pada orang lanjut usia, ia adalah masalah yang tidak boleh dicegah namun mungkin boleh dikawal.

Sekiranya lutut berbunyi ketika berjalan atau bergerak diiringi gejala serupa seperti simptom yang di atas tadi, maka ini mungkin petanda awal jika individu itu mengalami penyakit osteoartritis.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. What Causes Knee to Pop?, https://www.sutterhealth.org/ask-an-expert/answers/what-causes-knee-to-pop, Accessed Jul 28 2022.
  2. Snapping Knee – Causes & Management, https://www.cortho.org/knee/snapping-knee-causes-management/, Accessed Jul 28 2022.
  3. Knee, shoulder & elbow cracking or popping (crepitus), https://www.aurorahealthcare.org/services/orthopedics/conditions/crepitus, Accessed Jul 28 2022.
  4. Knee Pop and Pain Behind Knee, https://infinitewellness.org/knee-pop-and-pain-behind-knee/, Accessed Jul 28 2022.
  5. Knee popping: No knee pain, no medical worry, https://shine365.marshfieldclinic.org/bone-joint/knee-popping-no-pain-no-worry/, Accessed Jul 28 2022.

Versi Terbaru

23/09/2026

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

5 Cara Hilangkan Sakit Lutut. Ketahui Bagaimana Anda Boleh Cegahnya!

Jangan Biar Sakit Lutut Kronik Terlalu Lama, Ini Puncanya & Cara Untuk Merawat


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 5 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan