Dengan perkembangan berterusan di dunia yang kita diami kini, kebimbangani tidak dapat dielakkan. Reaksi fisiologikal segera badan kita kepada kebimbangan mengakibatkan kita mula tercari-cari kaitan antara kebimbangan dan darah tinggi. Adakah wujud sebarang kesan hubungkait antara kebimbangan dan tekanan darah tinggi?
1. Kaitan antara kebimbangan dan darah tinggi
Kebimbangan boleh meningkatkan tekanan darah, tapi cuma sementara dan tidak akan sampai kepada tahap darah tinggi yang kronik. Bila badan anda dalam keadaan stres, ia akan merembeskan hormon yang mengakibatkan peningkatan degupan jantung dan salur darah mula mengendur, mengakibatkan peningkatan tekanan darah. Kesan yang pendek dan mendadak pada tekanan darah ini sangatlah dramatik, tetapi cepat juga untuk reda bila hormon mula kembali ke tahap normal.
Menariknya, pesakit yang mengalami masalah kebimbangan kronik tidak mengalami asalah tekanan darah tinggi disebabkan oleh kebimbangan. Bagi pesakit ini, badan mereka telah mengadaptasi bila berhadapan dengan hormon stres secara berterusan. Sama seperti kita ketika berada di puncak stres, pesakit ini juga mengalami puncak disebabkan tekanan yang lebih tinggi berbanding jumlah biasa kebimbangan, dan badan akan bertindakbalas dengan cara yang sama pada waktu tersebut.
2. Bila keadaan menjadi serius
Belum ada lagi bukti yang kukuh bahawa kebimbangan mengakibatkan tekanan darah kronik. Bagaimanapun, episod serangan kebimbangan boleh mengakibatkan peningkatan mendadak dan dramatik pada tekanan darah, dan kerosakannya boleh dibandingkan dengan tekanan darah tinggi kronik. Bila serangan kebimbangan bertambah sering berlaku, salur darah, jantung dan buah pinggang boleh perlahan-lahan menjadi penat dan berkeadaan teruk. Tambahan pula, kebimbangan boleh mengakibatkan banyak tabiat yang merosakkan kesihatan seperti, rokok, pengambilan alkohol, dan makan dengan banyak. Ini adalah antara risiko besar yang berkemungkinan mengakibatkan tekanan darah tinggi. Ubatan semasa digunakan bagi kebimbangan dan lain-lain keadaan rawatan seperti serotonin dan perencat ambilan-semula norefinefrin (SNRIs), boleh meningkatkan lagi tekanan darah anda.
Orang yang mengalami kebimbangan tidak bermakna dia akan turut mengalami tekanan darah tinggi. Bagaimanapun, kebimbangan dapat meningkatkan risiko itu. Maka, pengurusan kadar stres menerusi latihan mental dan fizikal boleh membantu anda untuk terus kekal sihat dan mengekalkan tekanan darah dalam kawalan. Cari bantuan professional sekiranya anda mempunyai masalah kawalan kadar stres atau kebimbangan.
[embed-health-tool-heart-rate]