home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Penyakit Jantung: Adakah Wanita Lebih Cenderung Menghadapinya?

Penyakit Jantung: Adakah Wanita Lebih Cenderung Menghadapinya?

Secara kasar, jantung wanita mungkin kelihatan seperti lelaki. Tetapi sebenarnya terdapat perbezaan yang penting.

Sebagai contoh, ia biasanya lebih kecil, seperti beberapa bahagian dalamannya. Dinding yang membahagikan beberapa bahagian ini lebih nipis.

Jantung wanita juga mengepam lebih cepat berbanding lelaki yang mana ia mengeluarkan sekitar lebih kurang 10 peratus (%) darah dengan setiap mengepam.

Apabila seorang wanita tertekan, kadar dengupan meningkat dan jantungnya mengepam lebih banyak darah. Manakala apabila seorang lelaki tertekan, arteri jantungnya mengecut dan meningkatkan tekanan darahnya.

Kenapa wanita lebih cenderung?

Penyelidik meninjau 2,990 wanita dan lelaki dari kajian antarabangsa pesakit kardiovaskular yang berumur antara 18 hingga 55 tahun.

Mereka menggunakan langkah-langkah kesihatan umum dan soal selidik khusus penyakit yang menilai kesakitan dada pesakit dan kualiti hidup sebelum serangan jantung mereka. Mereka mendapati:

  • Wanita mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang lebih rendah dengan batasan fizikal yang lebih sebelum serangan jantung berbanding lelaki sama umur.
  • Wanita juga lebih cenderung daripada lelaki mempunyai keadaan lain yang berkaitan dengan penyakit jantung:
    – Diabetes (40 peratus berbanding 27 peratus)
    – Obesiti (55 peratus berbanding 48 peratus)
    – Sejarah strok (6 peratus berbanding 3 peratus)
    – Kegagalan jantung (6 peratus berbanding 2 peratus)
    – Kegagalan buah pinggang (13 peratus berbanding 9 peratus)
    – Kemurungan (49 peratus berbanding 24 peratus)

jantung wanita

Data-data ini menunjukkan bahawa wanita muda lebih ramai menderita penyakit jantung berbanding lelaki muda sebelum serangan jantung mereka.

Faktor kecenderungan terhadap wanita

1. Wanita mempunyai faktor risiko

Penyakit tertentu yang hanya memberi kesan kepada wanita meningkatkan risiko penyakit arteri koronari, penyebab utama serangan jantung.

Ini termasuk endometriosis, penyakit ovari polikistik, kencing manis dan tekanan darah tinggi yang berlaku semasa kehamilan.

Endometriosis didapati menimbulkan risiko penyakit arteri koronari (CAD) sebanyak 400 peratus pada wanita di bawah umur 40 tahun.

2. Wanita umumnya lebih tua apabila mendapat episod serangan pertama

Lelaki berisiko untuk serangan jantung lebih awal daripada kehidupan berbanding wanita.

Estrogen menawarkan wanita beberapa perlindungan dari penyakit jantung sehingga selepas menopaus, apabila paras estrogen menurun.

Disebabkan itu, usia purata untuk serangan jantung adalah 70 tahun pada wanita, tetapi 66 tahun pada lelaki.

3. Simptom serangan jantung boleh berbeza

Sakit dada adalah simptom paling biasa serangan jantung pada lelaki. Sesetengah wanita juga mengalami sakit dada, tetapi mereka lebih cenderung mempunyai simptom yang berbeza.

Bukannya mengalami sakit dada mendadak yang sering digambarkan dalam filem. Wanita sering mengalami simptom yang lebih halus selama tiga atau empat minggu sebelum serangan jantung. Tanda amarannya termasuk:

  • Keletihan baru atau dramatik. Sebagai contoh, aktiviti mudah seperti mengemas katil membuatkan anda merasa sangat penat. Anda mungkin merasa sangat letih, tetapi tidak dapat tidur dengan baik. Atau anda tiba-tiba haus selepas rutin senaman biasa anda.
  • Sesak nafas atau berpeluh. Perhatikan keadaan ini sama ada disertai simptom seperti sakit dada atau keletihan. Tanda-tanda lain adalah sesak nafas yang semakin memburuk ketika berbaring dan lega apabila anda duduk dan rasa sejuk tanpa sebab.
  • Sakit di leher, belakang atau rahang. Ini terutamanya diperhatikan apabila tiada otot atau sendi tertentu yang sakit atau apabila ketidakselesaan itu menjadi lebih teruk ketika anda mengerahkan diri dan berhenti. Kesakitan ini boleh berada di kedua-dua lengan, sedangkan biasanya lengan kiri pada lelaki. Kesakitan ini juga bermula di dada dan merebak ke bahagian belakang, kesakitan yang berlaku secara tiba-tiba dan boleh mengejutkan anda pada waktu malam dan sakit di sebelah kiri bawah rahang.

4. CAD pada wanita kadang-kadang sukar untuk didiagnosis

jantung

Filem X-ray (angiogram) yang diambil semasa catheterization jantung adalah ujian standard penting untuk mencari penyempitan atau penyumbatan pada arteri besar jantung.

Tetapi CAD pada wanita sering menjejaskan arteri kecil, yang tidak boleh dilihat dengan jelas pada angiogram.

Disebabkan itu, wanita yang diberikan isyarat “all clear” selepas angiogram dan terus mengalami tanda-tanda yang harus berjumpa ahli kardiologi.

5. Wanita tidak semestinya mendapat ubat-ubatan yang sesuai selepas serangan jantung

Selepas serangan jantung, wanita berisiko tinggi untuk mengembangkan bekuan darah yang boleh menyebabkan serangan jantung.

Atas alasan yang tidak diketahui, wanita tidak semestinya diberikan ubat untuk mengelakkan pembekuan darah.

Oleh itu, ini dapat menjelaskan mengapa wanita lebih cenderung daripada lelaki untuk mengalami serangan jantung kedua dalam tempoh 12 bulan.

6. Serangan jantung lebih kuat pada wanita berbanding lelaki

Ini mungkin disebabkan oleh fakta bahawa wanita yang mengalami serangan jantung mempunyai faktor risiko yang lebih tidak diubati, seperti diabetes atau tekanan darah tinggi.

Kadang-kadang, ini kerana mereka meletakkan keluarga mereka terlebih dahulu dan tidak menjaga diri mereka sendiri.

Oleh yang demikian, sama ada anda lelaki atau wanita, tidak terlambat untuk anda mengurangkan risiko menderita serangan jantung.

Antara langkah yang anda boleh lakukan adalah berhenti merokok, lakukan senaman rutin, menjaga pemakanan dan mengekalkan berat badan normal, tekanan darah dan paras gula dalam darah.

health-tool-icon

Kalkulator BMI

Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Women or Men — Who Has a Higher Risk of Heart Attack? https://health.clevelandclinic.org/women-men-higher-risk-heart-attack/ Accessed on Sept 06, 2018.
  2. Heart Attack Risk Factors: Women vs. Men https://www.goredforwomen.org/about-heart-disease/heart_disease_research-subcategory/heart-attack-risk-factors-women-vs-men/ Accessed on Sept 06, 2018.

 

Gambar penulis
Ditulis oleh Farah Aziz pada 06/09/2018
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x