backup og meta

Dada Sebelah Kiri Sakit Sangat? Jangan Biar, Atasinya Dengan 5 Penawar Mujarab Ini!

Dada Sebelah Kiri Sakit Sangat? Jangan Biar, Atasinya Dengan 5 Penawar Mujarab Ini!

Sedang mencari cara mengatasi sakit dada sebelah kiri yang boleh anda lakukan sendiri di rumah? Jangan risau, anda berada di tempat yang sangat betul.

Sebenarnya, ada banyak remedi untuk sakit dada sebelah kiri yang boleh didapati di dapur anda. Malah, cara hilangkan sakit dada ini juga boleh dilakukan dengan mudah.

Jika anda tidak pasti mengenai punca sakit dada sebelah kiri akibat angin atau angkara punca lain, jangan tunggu lama-lama! Sakit dada boleh menandakan sakit jantung atau masalah lain yang lebih serius.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan cara mengatasi sakit dada sebelah kiri. Jom baca artikel di bawah untuk ketahui lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

cara mengatasi sakit dada sebelah kiri
Ketidakselesaan dada di sebelah kiri.

5 cara mengatasi sakit dada sebelah kiri             

Di bawah, kami senaraikan beberapa cara mengatasi sakit dada sebelah kiri yang anda boleh lakukan sendiri di rumah:

1. Makan kacang badam

Siapa sangka, pengambilan kacang almond sangat bermanfaat untuk merawat sakit dada, terutamanya yang berlaku disebabkan pedih ulu hati. Walau bagaimanapun, masih belum ada bukti saintifik yang menyokong kenyataan ini.

Namun, pengambilan kacang almond atau susu almond didapati boleh mengelakkan penyakit jantung.

Lemak yang terkandung dalam kacang almond ialah lemak tidak tepu yang sangat sihat untuk badan.

Malah, lemak jenis ini juga baik untuk jantung kerana ia dapat mengurangkan kadar kolesterol jahat dan meningkatkan tahap kolesterol baik dalam badan.

Jadi, jika anda ingin mengawal kadar kolesterol dalam badan, jadikanlah kacang almond sebagai snek harian!

Cara mengatasi sakit dada sebelah kiri 2: Gunakan pek sejuk

Satu lagi punca sakit dada sebelah kiri ialah masalah ketegangan otot.

Malah, ada yang sering sakit dada kiri tapi bukan jantung selepas bersenam atau selepas mengalami kemalangan.

Jika anda mempunyai masalah ini, cuba letakkan pek sejuk di dada anda. Ia boleh mengurangkan bengkak dan sebarang kesakitan yang dialami.

3. Ambil minuman panas

cara mengatasi sakit dada sebelah kiri
Atasi sakit dada dengan minum air hangat.

Anda mempunyai masalah kembung perut? Jangan terkejut, ada kaitan antara masalah perut dan jantung!

Jika anda ada masalah perut, minuman panas adalah solusi paling mudah sebagai cara hilangkan sakit dada kiri tapi bukan jantung.

Malah, minuman panas seperti teh halia atau teh hijau dapat mengurangkan masalah perut kembung dan membantu pencernaan.

Satu lagi minuman yang boleh melegakan masalah pencernaan ialah teh bunga raya.

Teh ini bukan sahaja boleh membantu mereka yang mengalami masalah sembelit, ia juga dapat mengurangkan kolesterol badan.

Malah, semua khasiat yang terkandung dalam teh bunga raya sangat bagus untuk jantung kita!

4. Tambahkan soda penaik dalam air kosong

Satu lagi cara popular untuk melegakan masalah sakit dada ialah campuran soda penaik dan air kosong. Campuran ini dikatakan dapat mengurangkan asid dalam perut dan melegakan masalah pedih ulu hati.

Walau bagaimanapun, berhati-hatilah semasa menggunakan soda penaik.

Menurut sebuah kajian pada tahun 2013, soda penaik mungkin bermanfaat untuk merawat masalah pedih ulu hati. Namun, ia mungkin mendatangkan bahaya terhadap jantung.

Maka, ada 5 cara yang boleh membantu mengurangkan atau menghilangkan sakit dada kiri:

  • Makan kacang badam
  • Ambil minuman hangat
  • Guna tuaman panas
  • Tambah soda penaik dalam air kosong
  • Minum teh halia

5. Minum teh halia

teh halia
Manfaat teh halia yang anda kena tahu.

Penggunaan halia merupakan cara mengurangkan sakit dada sebelah kiri bawah payudara atau sakit dada sebelah kiri atas payudara yang paling popular, terutamanya bagi penghidap gastrik.

Malah, ia juga merupakan satu bentuk rawatan tradisional yang sering dilakukan untuk merawat perut kembung dan ketidakhadaman.

Halia mengandungi pelbagai komponen yang dapat melegakan iritiasi pada saluran penghadaman.

Malah, kajian menunjukkan, antioksidan yang terkandung dalam halia juga mungkin dapat mengurangkan masalah sakit perut dan dada.

Jadi, apa tunggu lagi, jom lah cuba teh halia!

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Almonds and Cardiovascular Health: A Review. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5946253/. Accessed on July 27, 2022.
  2. Chest Pain. https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/21209-chest-pain. Accessed on July 27, 2022.
  3. Chest pain. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/chest-pain/diagnosis-treatment/drc-20370842. Accessed on July 27, 2022.
  4. Chest pain: It’s not always a matter of the heart. https://www.uab.edu/news/health/item/11163-chest-pain-it-s-not-always-a-matter-of-the-heart. Accessed on July 27, 2022.
  5. How Almonds Can Improve Your Heart Health. https://health.clevelandclinic.org/how-almonds-can-improve-your-heart-health/. Accessed on July 27, 2022.

Versi Terbaru

03/09/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

5 Mitos Paling HOT Berkenaan Kesihatan Jantung, Mana Satu Yang Anda Percaya?

Ini 7 Minuman Baik Untuk Jantung, Kopi Dan Teh Pun Masuk Dalam Senarai!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 03/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan