Diagnosis dan rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimanakah pneumocystis pneumonia didiagnosis?
Jika doktor anda mengesyaki anda mempunyai penyakit ini, pemeriksaan fizikal akan dijalankan dan ujian tertentu akan disyorkan oleh doktor anda. Biasanya, pembantu makmal akan melihat kepada cecair atau tisu daripada peparu menggunakan mikroskop untuk mencari tanda-tanda fungus. Doktor anda akan mendapatkan sampel dengan menyuruh anda batuk atau menggunakan alat khas bernama bronchoskop yang masuk ke dalam saluran pernafasan melalui mulut anda. Ataupun doktor anda boleh melakukan biopsi, jarum atau pisau akan digunakan untuk mendapatkan cebisan sel daripada peparu anda.
Sejenis ujian dikenali sebagai PCR (polymerase chain reaction) yang membuat salinan DNA yang tertentu, maka ia boleh mencari fungus di dalam sampel.
Anda mungkin menjalani X-Ray dada, atau ujian darah bagi paras oksigen di dalam darah.
Bagaimanakah pneumocystis pneumonia dirawat?
Masa kini, pihak doktor akan memberi preskripsi mengandungi gabungan ubat antibiotik, trimetophrim dan sulfamethoxazole, atau TMP/SMX atau SXT (Bactrim, Cotrim, atau Septra). Bergantung kepada tahap kesihatan anda, anda akan menerima pil atau suntikan IV melalui vena di hospital.
Di antara ubat lain yang boleh diberikan oleh doktor anda ialah:
- Dapsone (Aczone), kekadang bersama trimethoprim (Primsol) atay pyrimethamine (Daraprim)
- Pentamidine (NubuPent,Pentam) yand disedut menggunakan sebuah mesin dikenali sebagai nebulizer, mungkin di dalam klinik atau pejabat doktor anda (anda juga boleh mendapatkan suntikan sekiranya keadaan menjadi teruk)
- Atovaquone (Mepron) di dalam air yang boleh diambil ketika makan
- Corticosteroid boleh membantu apabila Pneumocystis jirovecii berada di peringkat sederhana atau serius dan sekiranya paras oksigen anda rendah.
Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh membantu saya menangani pneumocystis pneumonia?
Malangnya, masih belum terdapat vaksin untuk mencegah Pneumocystis pneumonia. Sesetengah golongan yang berisiko untuk mempunyai Pneumocystis pneumonia mungkin memerlukan ubat dipanggil TMP-SMX untuk menghalan penyakit ini daripada berlaku. Jika doktor anda berpendapat anda berisiko untuk mempunyai Pneumocystis pneumonia, dia mungkin akan memberi ubat ini kepada anda. Ubat pencegah TMP-SMX kini digunakan untuk:
- Semua pesakit HIV yang mempunyai kiraan CD4 < 350 sel/µL
- Bayi yang bersalin daripada ibu dijangkiti HIV
- Kanak-kanak yang pernah dijangkiti Pneumocystis pneumonia
- Pesakit transplan sel stem
Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila berhubung doktor anda untuk memahami penyelesaian terbaik bagi anda.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen