backup og meta

Ada Banyak Punca Penyakit Asma, Salah Satunya Seks?

Ada Banyak Punca Penyakit Asma, Salah Satunya Seks?

Seks adalah satu aktiviti yang sangat menyamankan lagi menyeronokkan. Pun begitu, kadangkala ia sangat memenatkan lagi meresahkan terutamanya buat mereka yang mempunyai masalah berkaitan pernafasan! Ada satu kajian terbaharu yang kata aktiviti seks mungkin boleh jadi punca penyakit asma menjadi lebih teruk.

Marilah kita semua sama-sama ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenai punca penyakit asma ini dengan lebih lanjut.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.

Apa itu penyakit asma?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita semua mengetahui tentang definisi sebenar penyakit ini terlebih dahulu.

Buat anda yang mungkin belum tahu lagi, asma (lelah atau semput) adalah satu keadaan di mana aliran udara yang masuk dan keluar terhad.

Ia adalah satu keadaan yang kronik kerana boleh menyebabkan sistem pernafasan terganggu dan sehingga kini masih belum ada penawar untuknya.

Akan tetapi, ia boleh diurus dan dirawat dengan menggunakan alat bantuan pernafasan lazimnya inhaler untuk kehidupan yang lebih normal dan sihat.

Sekiranya ia berlaku kepada anda, berikut merupakan antara simptom-simptom yang wajar diperhatikan:

  • Kerap batuk dengan kronik
  • Sering rasa sesak nafas
  • Selalu rasa sesak dada
  • Bunyi berdehit, bersiul atau berderit ketika sedang bernafas
  • Sukar untuk tidur kerana batuk yang kronik

punca penyakit asma

Menurut statistik, dianggarkan kira-kira 300 juta individu di seluruh dunia menghidap penyakit berbahaya ini.

Jika anda adalah salah seorang daripadanya, sila teruskan pembacaan artikel ini untuk informasi lebih lanjut.

Apa punca penyakit asma?

Pakar masih belum dapat mengetahui punca penyakit asma yang utama namun ada beberapa faktor pencetus yang boleh menyebabkan atau membuat ia bertambah teruk iaitu:

  • Alergen dari habuk, debu, debunga tumbuhan, bulu binatang dan lain-lain
  • Perengsa seperti asap rokok, bahan kimia atau sebarang bentuk pencemaran udara
  • Jangkitan virus saluran nafas seperti selesema
  • Sulfit yang terdapat dalam makanan dan minuman tertentu
  • Ubatan tertentu seperti aspirin
  • Aktiviti fizikal termasuk senaman

Dalam pada itu, ia mungkin didalangi oleh beberapa faktor risiko seperti:

Bukan itu sahaja, turut dikatakan bahawa seks juga boleh jadi pencetus penyakit asma! Benarkah?

Benarkah seks juga boleh jadi punca penyakit asma?

Menurut kajian yang dijalankan oleh Asthma UK terhadap 544 individu yang menghidapi penyakit lelah atau semput ini, seks mungkin boleh jadi pencetusnya!

punca penyakit asma

Sebanyak 68% daripada jumlah ini mengatakan bahawa kondisi ini telah mengganggu kehidupan di kamar tidur mereka bersama pasangan.

Sekitar 46% daripada golongan ini pula mengatakan bahawa mereka sudah pasti akan berasa lebih yakin dengan seks jika tidak menghidapinya.

Seramai 73% pula menyatakan mereka berasa malu kerana terpaksa berhenti sekejap daripada adegan asmara untuk mengambil pam inhaler.

Berdasarkan angka-angka ini, dapatlah disimpulkan di sini bahawa seks mungkin boleh jadi pencetus asma dan mungkin membuat ia menjadi lebih teruk.

Jadi adalah wajar untuk mereka yang menghidapi kondisi ini lebih berwaspada ketika bersenggama agar tidak berlaku sebarang komplikasi yang tidak diingini ya?

Bagaimana merawat penyakit ini?

Buat masa ini, tiada sebarang rawatan khusus untuk merawat asma tetapi anda boleh menguruskan simptom-simptomnya dengan mengambil ubat dan mengubah gaya hidup anda.

Ini termasuklah mengambil ubatan, mengelak pencetus dan sentiasa pastikan bahawa kalian sering membawa inhaler ke mana sahaja anda pergi.

Dengan mengamalkan tip-tip ini, anda pasti boleh:

  • Bernafas dengan baik
  • Melakukan lebih banyak perkara yang anda ingin lakukan
  • Mempunyai simptom-simptom asma yang kurang kronik

Pun begitu, serangan asma boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja dan kadangkala kita sendiri tidak tahu cara untuk mengawalnya angkara rasa panik.

Jadi, apa yang perlu dilakukan sekiranya perkara sebegini terjadi kepada anda? Ikuti petua berikut:

punca penyakit asma

Ubah gaya hidup untuk elak episod serangan ia berulang!

Konklusinya, semput atau lelah adalah satu penyakit yang sangat berbahaya kerana ia boleh menyerang pada bila-bila masa sahaja.

Dalam pada itu, penderita juga mungkin kurang arif atau waspada terhadap punca penyakit asma yang boleh menjadi pencetusnya.

Oleh itu, sila pelajari  pencetus-pencetus dan segala faktor risiko penyakit ini supaya kalian dapat elak episod serangan asma berulang.

Bagi langkah keselamatan, sila maklumkan kepada ahli keluarga, sahabat handai atau teman pejabat kalian tentang kondisi yang dialami ini.

Ini bertujuan agar kalian dapat mengelakkan sebarang komplikasi berlaku terutamanya jika anda terlupa, terlepas atau kehabisan ubat sedut inhaler.

Akhir kata, sentiasa berjaga-jaga dengan situasi di sekeliling anda untuk meminimumkan risiko anda terkena serangan penyakit ini okay!

Kini anda telah mengetahui punca penyakit asma.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

When sex triggers your asthma symptoms. https://www.asthma.org.uk/advice/triggers/sex/. Accessed on October 8, 2020.

Asthma. https://www.lung.org/lung-health-diseases/lung-disease-lookup/asthma. Accessed on October 8, 2020.

Asthma. https://www.aaaai.org/Conditions-Treatments/asthma. Accessed on October 8, 2020.

Heavy Breathing: Asthma and Your Sex Life. https://www.winchesterhospital.org/health-library/article?id=14535. Accessed on October 8, 2020.

Impact of Asthma on the Sexual Functioning of Patients. A Case–Control Study. https://www.archbronconeumol.org/en-impact-asthma-on-sexual-functioning-articulo-S1579212917303440. Accessed on October 8, 2020.

Versi Terbaru

15/04/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Bahaya Buat Penghidap Asma, CEGAH Jangkitan COVID-19 Dengan 22 Langkah Ini

Keliru Dengan Simptom Asma Dan COVID-19, Remaja Ini Nyaris Maut


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/04/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan