backup og meta

5 Tip Mengekalkan Kesihatan Sistem Penghadaman Semasa Berpuasa

5 Tip Mengekalkan Kesihatan Sistem Penghadaman Semasa Berpuasa

Apabila berpuasa, sangat penting untuk menjaga kesihatan sistem penghadaman. Ini adalah kerana penghadaman yang bermasalah akan menghalang aktiviti puasa, yang mana ia juga akan menjejaskan aktiviti sepanjang bulan Ramadan. Lalu, apakah cara atau tips untuk mengekalkan kesihatan sistem penghadaman sewaktu berpuasa?

Tip mendapatkan penghadaman yang sihat ketika berpuasa

1. Makan makanan berserat sewaktu sahur dan berbuka

Menurut Maria Adams, MS, MPH, RD, seorang ahli diet dari Marblehead di Amerika Syarikat, cara untuk memastikan penghadaman yang sihat ketika puasa adalah dengan mengambil makanan yang mengandungi serat. Mengambil makanan yang kaya serat seperti biji-bijian, sayur-sayuran, kacang polong, dan buah-buahan dapat memelihara pencernaan yang sihat.

Adams juga menambah, bahawa makanan yang kaya akan kandungan serat juga dapat membantu anda mencegah atau mengubati pelbagai keadaan penghadaman, seperti sembelit, buasir, dan radang usus besar. Selain itu, pengambulan makanan berserat yang banyak ketika berpuasa boleh membantu mencapai atau mengekalkan berat badan yang sihat dan ideal.

2. Kurangkan ambil makanan berlemak

Salah satu cara untuk mendapatkan penghadaman yang sihat ketika puasa adalah dengan mengehadkan pengambilan makanan berlemak ketika sahur dan berbuka. Secara umumnya, makanan berlemak cenderung untuk melambatkan proses penghadaman makanan, serta membuat anda lebih terdedah kepada sembelit.

Sebetulnya, makanan berlemak juga penting untuk badan menyimpan tenaga, tapi lebih baik diimbangi dengan makanan tinggi serat yang boleh menjadikan proses menghadam lemak dan makanan lain lebih mudah.

3. Minum air yang cukup, sebanyak 8 gelas sehari

Untuk mengekalkan sistem penghadaman yang sihat dan terhindar dari masalah, anda hanya perlu minum air yang cukup sebanyak 2 liter setiap hari, Sama seperti kurang makan makanan berserat, pengambilan air dalam jumlah sedikit boleh melambatkan sistem penghadaman anda. Salah satu contohnya adalah sukar atau keras saat buang air besar.

Memandangkan anda mempunyai waktu yang terhad untuk minum air di bulan Ramadan, anda boleh menghidrasi badan dengan minum 2 gelas air ketika sahur, 4 gelas air selepas solat tarawih, dan 2 gelas sebelum atau sesudah sahur. Dengan cara ini, anda akan tetap terhidrasi dan terhindar dari masalah pencernaan.

4. Makan makanan probiotik

Makanan atau minuman probiotik seperti yogurt atau kimchi, mengandungi bakteria baik yang bermanfaat bagi usus manusia. Bakteria baik ini, biasanya digunakan untuk mencegah dan mengurangkan masalah usus. Dengan makan makanan probiotik, anda boleh melancarkan masalah sembelit dan membuatkan makanan lebih cepat dihadam oleh tubuh. Pakar menyarankan untuk makan atau minum suplemen  probiotik saat puasa di waktu berbuka untuk menormalkan pergerakan usus besar anda.

5. Kurangkan dan elakkan stres

Salah satu kajian mengatakan bahawa stres boleh mempengaruhi kesihatan penghadaman anda, khususnya usus. Para penyelidik berpendapat bahawa stres boleh membuat usus meradang yang akan mengganggu sistem saraf parasimpatetik iaitu sistem yang berfungsi mengawal pergerakan usus.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tips for better digestive health http://www.everydayhealth.com/hs/healthy-eating/tips-for-better-digestive-health/  Diaskes pada 10 Juni 2017

Keeping your digestive tract healthy https://my.clevelandclinic.org/health/articles/keeping-your-digestive-tract-healthyDiaskes pada 10 Juni 2017

Tips to improve your digestive health http://www.doctoroz.com/slideshow/8-tips-improve-your-digestive-health?gallery=true&page=8Diaskes pada 10 Juni 2017

Versi Terbaru

13/05/2022

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Bila Waktu Yang Terbaik Untuk Makan Probiotik, Sebelum Atau Selepas Makan?

Bahaya Polisterin! Ketahui 5 Sebab Anda Perlu Elak Guna Bekas Polisterin Sekarang!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan