Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Meal Prep Untuk Pemula: Cara Jimat Masa, Duit & Kekal Sihat
Anda tercari-cari resepi makanan yang sesuai untuk pemula dalam meal prep? Di sini ada solusinya! Gaya hidup yang sibuk sering membuatkan kita memilih makanan segera yang kurang berkhasiat. Di sinilah meal prep menjadi solusi praktikal, terutamanya untuk anda yang ingin mula makan lebih sihat tanpa perlu menghabiskan banyak masa di dapur setiap hari.
Dengan menyediakan makanan lebih awal, anda bukan sahaja dapat menjimatkan masa dan wang, malah lebih mudah mengawal nutrisi serta saiz hidangan.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, klik di sini.
Apakah itu meal prep ?
Meal preparation atau meal prep melibatkan penyediaan keseluruhan hidangan atau hidangan lebih awal daripada jadual dan selalunya dalam kuantiti yang banyak.
Anda boleh menyediakan utama hidangan pada satu masa.
Proses penyediaan dan memasak akan dilakukan lebih awal dan hidangan akan dibahagikan mengikut yang ditentukan.
Ada makanan disediakan untuk tujuan kemudian harian, minggu dan bulanan.
Ia selalunya disimpan di dalam bekas kedap udara dan disimpan di dalam peti sejuk beku atau chiller sehingga sedia untuk dimakan.
4 manfaat sediakan meal prep
1. Penyediaan resepi makanan dapat menjimatkan masa
Bekalan meal prep yang akan disimpan di dalam peti sejuk beku.
Sedar tak sedar, dengan sediakan makanan di rumah dapat menjimatkan masa anda. Bekalan yang dimasak dapat dijadikan bekalan di tempat kerja mahupun di rumah.
Daripada anda tergesa-gesa untuk memasak setiap pagi, apa salahnya sediakan makanan simple di hujung minggu.
Makanan di kedai pula tidak diketahui nutrisi dan bahan yang digunakan. Lebih selamat, buat sendiri saja.
4. Bantu kawal diri untuk tidak membeli makanan sembarangan
Ya, kadang-kala apabila anda sudah mempunyai bekalan, anda akan membuat keputusan yang lebih logik di mana tidak memerlukan makanan dari kedai kerana ia sudah mencukupi.
Ini akan mengajar anda untuk tidak bertindak secara impulsif.
Makanan simple yang sesuai disediakan sebagai meal prep.
Bahan-bahan:
Sedikit garam
1 ekor ayam, potong kepada bahagian yang anda suka
Serbuk kunyit
1 tangkai daun kari
1/2 mangkuk air asam jawa
3-4 sudu besar sos cili
1 biji bawang besar, potong bulat
Anggaran 1 keping gula melaka
2 sudu besar sos tiram
Bahan untuk dikisar halus:
2 biji bawang besar
2 inci halia
6-8 biji bawang merah
8-10 ulas bawang putih
2 batang serai, hiris nipis
15-20 biji cili kering, buang biji dan rebus
Cara memasak:
Bersihkan ayam dan gaul bersama serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Dalam minyak yang sama, tumis daun kari kemudian diikuti bahan kisar halus bersama sehingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa kemudian diikuti ayam goreng tadi.
Masukkan sos sili, sos tiram dan gula melaka. Masukkan gula melaka sedikit demi sedikit dan cuba rasa manisnya mengikut selera anda. Tambah sedikit air jika kuah sambal terlalu kering. Teruskan masak selama 5-10 minit. Perasakan dengan garam secukup rasa.
Sebelum angkat, masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Kacau seketika.
Meal prep bermula daripada resepi makanan, membeli barangan untuk menyediakan makanan dengan baik.
Perkara ini sememangnya digalakkan untuk anda makan mengikut diet yang lebih sihat berbanding mereka yang membeli dan menyediakan makanan tanpa perancangan.
Kalkulator BMR
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
What is Meal Prepping?. https://cpdonline.co.uk/knowledge-base/food-hygiene/meal-prepping/ . Diakses 23 Disember 2025
8 Scientific Benefits of Meal Prepping . https://www.everydayhealth.com/diet-nutrition/scientific-benefits-of-meal-prepping/ . Diakses 23 Disember 2025
Ayam Masak Merah Sedap . https://resepichenom.com/resepi/ayam-masak-merah-sedap . Diakses 23 Disember 2025
Ayam Pad Kra Pao & Teh Ais Thai
https://resepichenom.com/resepi/ayam-pad-kra-pao-teh-ais-thai . Diakses 23 Disember 2025
Resipi Pasta Spiral Goreng Yang Ringkas, Sedap & Menyelerakan https://www.rasa.my/resipi-pasta-spiral-goreng-yang-ringkas-sedap-menyelerakan/ . Diakses 23 Disember 2025
Versi Terbaru
09/09/2026
Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor