backup og meta

Terus Mandi Lepas Makan? NANTI DULU! Ini 5 Perkara Patut Anda Elak Ketika Perut Penuh

Terus Mandi Lepas Makan? NANTI DULU! Ini 5 Perkara Patut Anda Elak Ketika Perut Penuh

Ada beberapa perkara yang perlu anda elak semasa perut kenyang, antaranya seperti mandi selepas makan. Tapi kenapa? Ikuti penjelasan dalam perkongsian artikel ini.

Tabiat mandi selepas makan

Dengan kekangan masa dan pelbagai tugasan perlu dilakukan, tanpa disedari anda sering melakukan tabiat yang tidak sihat. Contohnya seperti gemar mandi sejurus selepas makan.

Anda mungkin berasa ia 1 perbuatan yang tidak mendatangkan sebarang masalah. Malangnya, tabiat tersebut boleh memberikan kesan kepada kesihatan anda.

Sekiranya anda berasa penat dan kelesuan sejak kebelakangan ini tetapi tidak mengetahui apa puncanya, mungkin sudah tiba masa untuk menyemak tabiat mandi anda.

Mandi selepas makan tindakan yang tidak digalakkan

Perbuatan mandi sejurus selepas pengambilan sesuatu makanan terutamanya hidangan berat dianggap sebagai 1 idea yang tidak baik.

Ini kerana ia boleh mengurangkan kadar peredaran darah.

Apabila anda tidak mempunyai peredaran darah yang baik, proses pencernaan akan menjadi perlahan dan merosot. 

Bayangkan jika makanan yang anda makan tidak melalui proses pencernaan, apa yang akan berlaku?

Secara mudahnya, ia boleh menyebabkan gangguan pada sistem usus, sembelit serta boleh menyebabkan wujudnya masalah kesihatan.

Pandangan perubatan Ayurveda

Perubatan Ayurveda adalah 1 sistem penyembuhan holistik tertua di dunia. Ia berkembang lebih dari 3,000 tahun dahulu di India.

Berdasarkan sistem perubatan ini, unsur api di dalam badan bertanggungjawab untuk pencernaan selepas makan.

Jika anda terus mandi selepas pengambilan hidangan makanan, tenaga yang sepatutnya melakukan proses pencernaan perlu dialihkan ke kulit bagi mengekalkan suhu badan.

Ini yang menyebabkan mengapa sistem perubatan kuno ini tidak menyarankan anda untuk mandi sejurus selepas makan. 

Jika sistem kitaran semula jadi badan ini terganggu, ia berisiko untuk mewujudkan penyakit, ketidakselesaan dan masalah berkaitan kesihatan.

elakkan semasa kenyang

Bagaimana pula pandangan dari sudut sains?

Tidak ada kajian moden untuk mengesahkan mengenai teori ini, iaitu kepercayaan bahawa peredaran darah meningkatkan sistem pencernaan dan organ badan lain. 

Umumnya, jika anda mandi selepas makan, fungsi semula jadi badan akan terganggu dan badan perlu bekerja lebih keras untuk mengekalkan suhu standard kerana anda menyejukkannya dari luar.

Kesannya, tenaga yang sepatutnya digunakan untuk memecahkan makanan di dalam perut perlu dipindahkan ke kulit bagi menjaga suhu badan.

Ia akan melambatkan kadar pencernaan dan mewujudkan ketidakselesaan.

Tempoh yang sesuai untuk mandi selepas makan

Terdapat pelbagai pandangan mengenai perkara ini.

Berdasarkan sains moden serta kepercayaan lama, anda disyorkan untuk menunggu sekurang-kurangnya antara tempoh 35 hingga 45 minit sebelum anda mandi.

Manakala perubatan Ayurveda menyarankan untuk anda mandi hanya dalam tempoh 2 jam selepas pengambilan hidangan makanan. 

Ia terutamanya jika anda tidak yakin dengan sistem metabolisme atau berapa cepat sistem pencernaan anda berfungsi.

Pengambilan hidangan ringan dan bersaiz kecil juga dikatakan dapat membantu melancarkan sistem pencernaan.

Perbuatan yang harus elak semasa kenyang

Selain daripada mandi selepas makan, apa lagi perkara harus elak semasa kenyang?

Sebenarnya terdapat beberapa tabiat lain yang tidak digalakkan untuk dilakukan selepas makan, antaranya:

Merokok

Ada yang mengatakan, merokok selepas makan adalah sama seperti menghisap 10 batang rokok. 

Tidak kiralah sama ada ia benar atau tidak, sememangnya merokok memberikan kesan buruk kepada badan dan anda sepatutnya tidak merokok walau dalam apa juga keadaan dan masa. 

Jika boleh, cubalah belajar untuk berhenti merokok. Banyak manfaat kesihatan yang boleh anda perolehi.

Buah-buahan

Kita selalu dihidangkan buah-buahan selepas pengambilan makanan berat, bukan? Tetapi hakikatnya amalan itu bukanlah 1 tabiat yang baik.

Setiap makanan akan melalui proses pencernaan yang berbeza.

Anda disarankan untuk memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum hidangan makanan lain kerana ia mudah dicerna.

Sebaiknya makanlah 1 atau 2 jam sebelum hidangan makanan berat.

Buah tidak akan dapat dicerna dengan baik jika anda mengambilnya sejurus selepas makan.

Minuman teh

Daun teh bersifat asid dan boleh menjejaskan proses pencernaan. 

Jika anda mengambil hidangan protein, asid daripada teh akan mengganggu kandungan protein dan menjadikan ia sukar untuk dicernakan. 

Meminum teh sejurus selepas makan juga akan menjejaskan proses penyerapan zat besi oleh badan.

Sebaiknya, hindari minuman teh 1 jam sebelum dan selepas hidangan makanan, okay?

Tidur

Biasanya apabila perut sudah kenyang, mata akan mula mengantuk, bukan? Ia selalu dijadikan amalan terutamanya pada waktu hujung minggu.

Tetapi hakikatnya amalan tidur sejurus selepas makan akan mengakibatkan makanan tidak dapat dicerna dan mungkin akan menyebabkan ketidakselesaan.

elakkan-mandi-selepas-makan

Untuk manfaat kesihatan

Tabiat mandi selepas makan adalah sesuatu yang sering dilakukan oleh kebanyakan daripada kita.

Ini terutamanya jika hidangan tersebut membuatkan anda berpeluh. Kita berasa ini 1 perkara normal tetapi hakikatnya ia adalah sebaliknya. 

Sekiranya anda kerap lesu, sembelit atau mengalami masalah tidur, mungkin kini anda tahu puncanya.

Pastikan anda mengambil makanan yang seimbang dan makan mengikut masa. Berikan peluang untuk perut dan usus menjalankan fungsi pencernaannya dengan betul.

Menghindari tabiat atau amalan yang tidak baik pastinya akan dapat memberikan manfaat kepada kesihatan anda secara keseluruhan. 

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://parenting.firstcry.com/articles/magazine-why-should-you-avoid-taking-bath-right-after-eating-food// Accessed on May 12, 2020

https://www.healthxchange.sg/food-nutrition/food-tips/things-shouldnt-do-after-meal/ Accessed on May 12, 2020

https://timesofindia.indiatimes.com/life-style/health-fitness/health-news/the-real-reason-why-you-should-never-take-a-bath-after-eating/photostory/71184151.cms?picid=71184175 / Accessed on May 12, 2020

Versi Terbaru

26/05/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Ibu Hamil, ELAK Ambil 4 Makanan Ini, Ia Boleh Memberi Kesan Buruk Pada Kandungan!

Elakkan 7 Makanan Ini Atau Anda Akan Berjaga Sampai Pagi!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 26/05/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan