Kebanyakan individu menganggap bahawa cara untuk menaikkan berat badan dalam masa sebulan adalah dengan tidak bersenam dan makan dengan banyak.
Persoalannya, apakah langkah yang perlu diambil oleh mereka untuk memastikan ia dilakukan dengan betul?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkan di sini.
Bagaimana cara untuk menaikkan berat badan dalam masa 1 bulan?
Sebelum anda menukar sebarang jenis diet, pastikan anda merujuk kepada doktor terlebih dahulu untuk mengenal pasti punca berat badan anda kurang daripada normal.
Ada kemungkinan bahawa masalah tersebut tidak berpunca daripada pemakanan atau gaya hidup tetapi disebabkan oleh keadaan kesihatan yang anda alami.
Berikut merupakan keadaan kesihatan yang mungkin menyumbang kepada masalah berat badan kurang daripada normal:
- Hipertiroidisme atau kelenjar tiroid terlebih aktif.
- Kencing manis jenis 1 atau jenis 2.
- Penyakit seliak (keadaan kesihatan yang mempengaruhi keupayaan badan menyerap nutrien makanan).
- Kecelaruan tingkah laku pemakanan.
- Kecelaruan dismorfik badan.
Pemeriksaan dengan doktor boleh mengesahkan jika anda menghidap keadaan kesihatan di atas.
Doktor juga mungkin akan merujuk anda kepada pakar pemakanan bagi membantu membuat jadual pemakanan untuk tambah berat badan.
Cara lain menaikkan berat badan
Fokus pada kualiti bukan kuantiti
Proses menaikkan berat bukan hanya melibatkan pengambilan makanan pada kuantiti yang banyak sahaja.
Ia juga melibatkan proses pemilihan makanan yang betul supaya berat anda tidak meningkat secara berlebihan atau tidak sihat.
Anda mungkin beranggapan bahawa untuk naikkan berat, anda perlu menaikkan selera makan dan mengambil makanan penuh lemak.
Walau bagaimanapun, proses menaikkan berat badan secara tidak sihat boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti:
- Masalah kardiovaskular.
- Kolesterol tinggi.
- Tekanan darah tinggi.
- Kencing manis.
Makanan sihat untuk naikkan berat badan
Anda perlu memberikan prioriti kepada makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran serta mengambil makanan yang kaya dengan protein seperti ikan.
Protein sangat penting memandangkan ia boleh membantu anda untuk membina otot.
- Karbohidrat. Karbohidrat bagus untuk mereka yang ingin naikkan berat badan. Cuba elak diet rendah karbohidrat memandangkan ia tidak begitu efektif bagi mereka yang ingin menaikkan berat.
- Susu. Susu adalah antara makanan terbaik yang anda boleh tambah masuk dalam pemakanan anda. Ia mengandungi lemak, kalsium, vitamin D dan protein yang diperlukan oleh badan. Susu boleh membantu anda meningkatkan berat badan. Malah, jurulatih kecergasan sering menyarankan susu kepada mereka yang ingin menambah berat badan.
- Minyak sihat. Minyak zaitun dan minyak kanola sangat bagus untuk mereka yang ingin menaikkan berat badan. Pengambilan kekacang, buah avokado dan mentega kacang turut boleh membantu.
Jika anda tidak suka minum susu, anda boleh mengambil bahan tenusu lain seperti yogurt, mentega dan keju.
Kalau anda ingin mengambil makanan ringan, ambil pada kuantiti sederhana.
Matlamat kita di sini adalah untuk menyeimbangi kenaikan berat badan dan mengoptimumkan tahap kesihatan secara menyeluruh.
Senaman
Ini cara menaikkan berat badan yang paling utama selain mengamalkan susu tambah berat badan di farmasi dan ubat tambah berat badan di farmasi.
Berbeza dengan apa yang kebanyakan individu fikirkan, proses naikkan berat badan bukan sahaja melibatkan penambahan lemak badan.
Otot juga merupakan komponen utama dalam mengawal keseimbangan berat.
Otot lebih tumpat jika dibandingkan dengan lemak. Oleh itu, jangan anggap dengan tidak bersenam anda boleh senang-senang naik berat badan.
Maka, anda perlu memfokuskan kepada pembinaan otot untuk kekal sihat sambil memastikan berat badan terkawal.
Anda digalakkan untuk bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari atau 150 minit setiap minggu.
Terdapat beberapa cara pantas untuk anda tambah berat badan, ia seperti di bawah:
- Jumpa doktor untuk tahu punca anda sukar naik berat badan
- Pengambilan makanan yang sihat
- Pengamalan senaman dengan kerap
- Ubah gaya hidup secara keseluruhan
Ubah gaya hidup
Salah satu daripada tip berkesan untuk menambah berat badan dalam masa sebulan adalah memastikan kadar kenaikan itu konsisten.
Anda tidak digalakkan untuk menaikkan berat badan secara mengejut dalam tempoh masa yang singkat.
Ia berikutan badan anda mungkin tidak biasa dengan perubahan ketara yang dialami.
Matlamat proses menaikkan berat ini adalah untuk menjadi lebih sihat dan cergas. Ia bukan sekadar nombor di atas skala penimbang semata-mata.
Perubahan gaya hidup yang anda amalkan perlulah realistik untuk jangka masa panjang. Ia bukan semata-mata anda ingin menambah berat badan dalam masa sebulan dua sahaja.
Ia perlu melibatkan fasa kawalan bagi menaikkan berat badan pada nilai yang sihat.
[embed-health-tool-bmr]