Kita semua sukakan gula. Tanpanya, makanan dan minuman akan jadi serba tidak kena. Gula ada di hampir setiap hidangan kita. Tetapi sebenarnya adakah gula membahayakan kesihatan kita? Mengapa anda perlu kurangkan gula semasa Ramadan?
Seperti mana-mana jenis makanan, selagi mana ia dalam julat yang sederhana, ia tidak akan membahayakan kesihatan. Apabila terlebih, pelbagai masalah boleh berlaku. Kita perlu faham bahawa gula bukan hanya sekadar gula serbuk yang kita gunakan untuk membuat air atau penambah rasa masakan, tetapi gula juga ada terdapat di dalam makanan seperti sos cili, susu pekat manis (sudah tentu!), kek, yogurt atau air berkabonat. Malah, gula adalah kandungan utama di dalam sos cili. Patut la sedap sangat sos itu.