Bagi anda yang menginginkan kelainan selera dalam penyediaan hidangan bento, anda boleh mencuba resipi bento Mediterranean ini.
Bahan-bahannya ialah:
- 4 cawan kacang kuda dalam tin (dibuang airnya)
- ¼ cawan timun yang telah dipotong dadu
- ¼ cawan tomato yang dipotong dadu
- 1 sudu besar keju Parmesan atau keju Feta yang diramas-ramas
- 1 sudu besar daun ketumbar yang dicincang kasar
- Setengah sudu minyak zaitun
- 1 sudu cuka
Gaul rata kesemua bahan di atas agar menjadi seperti salad. Kemudian, masukkan ke dalam satu bahagian kotak bento.
Untuk bahagian yang lain, letakkan dada ayam yang telah dipanggang, satu cawan buah anggur dan satu keping roti pita bijirin penuh.
#5. Bento Taco Salad
Bento makanan sihat ini pula pasti digemari oleh anak anda kerana ia kelihatan menarik untuk dimakan.
Bahan-bahan untuk menyediakan bento Taco Salad ini adalah seperti berikut:
- Setengah cawan daun salad yang telah dipotong kasar
- 5 sudu besar daging lembu cincang yang telah dimasak
- 2 sudu besar keju Cheddar yang telah diparut
- Setengah cawan tomato yang dipotong dadu
Gaulkan kesemuanya dan masukkan ke dalam satu bahagian bekas bento.
Kemudian, masukkan campuran hirisan buah anggur, tembikai susu dan juga kiwi ke dalam bahagian yang lain.
Jangan lupa untuk masukkan bersama enam keping keropok tortilla ke dalam kotak bento.
#6. Bento Vegan Bistro

Bento ini pula amat sesuai dibawa ketika berkelah atau ke pejabat sebagai snek. Bahan-bahannya ialah:
- ¼ cawan Hummus
- Satu keping roti pita dipotong kepada empat bahagian
- Setengah batang timun Jepun dipotong memanjang
- ¼ lada benggala dihiris nipis
Sejukkan seketika di dalam peti ais untuk rasa yang lebih enak.
#7. Bento Rainbow
Contoh bento makanan sihat ini juga sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana ia bukan sahaja menarik, tetapi juga menyihatkan.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
- Setengah cawan yogurt biasa tanpa perisa
- Satu sudu besar jem bluberi
- Satu sudu besar jem strawberi
- Bluberi
- Strawberi
- Keju Mozarella
- Epal (dihiris)
- Avokado (dilenyek)
Masukkan yogurt ke dalam satu bahagian bekas bento dan letakkan jem di atasnya.
Kemudian, letakkan bahagian bento yang lain dengan campuran buah bluberi dan strawberi, potongan keju Mozarella, hirisan buah epal dan juga buah avokado yang telah dilenyek.
Selamat mencuba!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen