backup og meta

Ini 7 Resipi Bento Sihat Untuk Seminggu, Siap Dalam 20 Minit Sahaja!

Ini 7 Resipi Bento Sihat Untuk Seminggu, Siap Dalam 20 Minit Sahaja!

Jika anda biasa dengan makanan Jepun, anda pasti pernah mendengar konsep makanan bento atau bento box. Bento bukan sahaja comel dan menarik, tetapi ia juga mudah dibuat dan menyihatkan. Untuk resipi bento makanan sihat, anda boleh lihat contoh bento makanan sihat yang kami sediakan di bawah ini.

Cukup untuk seminggu hari anda!

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Apa itu bento?

Perkataan “bento” merujuk kepada kaedah penyediaan makanan cara Jepun.

Ia juga merujuk kepada sejenis kotak atau bekas khas yang digunakan untuk meletakkan makanan yang boleh dibawa ke mana-mana untuk dimakan apabila perlu.

Kotak bento biasanya dibawa ke sekolah atau ke tempat kerja. Namun, ia juga dibawa sewaktu dalam sesuatu kembara, perjalanan atau perkelahan.

Konsepnya sama sahaja dengan konsep membawa bekal dari rumah yang masyarakat Malaysia amalkan, namun hidangannya lebih ringkas dengan rupa yang lebih menarik.

Kebiasaannya, dalam satu bekas bento, akan diisi dengan nasi sebagai sumber karbohidrat dan beberapa hidangan sampingan lain.

Antara hidangan sampingan lain yang biasa diletakkan dalam kotak bento klasik ialah telur, sosej, ikan panggang, lauk bergoreng lain dan juga sayur-sayuran.

Ia juga tidak terhad kepada jenis makanan berat sahaja. Ada juga bento yang hanya diisi dengan buah-buahan dan juga makanan pencuci mulut yang lain.

7 resipi bento makanan sihat untuk seminggu

Kami sediakan tujuh contoh bento makanan sihat ini agar anda boleh memvariasikan hidangan anda dalam seminggu.

Resipi-resipi ini juga boleh disediakan dalam masa kurang 20 minit sahaja.

#1. Bento Clean-eating

Bento ini bukan sahaja menarik untuk kanak-kanak tetapi juga orang dewasa. Bahan yang diperlukan ialah:

  • ¼ cawan buah bluberi
  • Setengah biji epal yang dihiris
  • 2 keping keju Cheddar yang dihiris nipis
  • 2 sudu besar Hummus atau sari kacang kuda
  • 8 keping biskut bijirin penuh

Pastikan setiap komponen ini diasingkan mengikut plot kotak bento untuk mengelakkan kerosakan pada tekstur makanan.

#2. Bento Turkey & Cheese

bento makanan sihat

Kedengaran agak menarik bukan? Ya, ini kerana ia mempunyai dua komponen protein iaitu kepingan daging ayam belanda dan juga keju.

Bahan-bahannya ialah:

Sapukan mayones pada roti. Kemudian lapiskan dengan kepingan daging ayam belanda, keju dan juga sayur salad.

Gulung roti dengan kemas. Kemudian, potong memanjang kepada lima potongan kecil. Masukkan ke dalam bekas bento.

Setelah itu, masukkan juga komponen bento yang lain iaitu buah bluberi, batang saderi, dan sos untuk sandwic. 

#3. Bento Protein Bistro

Contoh bento makanan sihat yang ini pula kaya dengan sumber protein. Bahan-bahan yang diperlukan untuk bento ini ialah:

  • 1 biji telur rebus
  • Setengah cawan kacang edamame yang telah dimasak (belum dikupas)
  • 1 setengah sudu minyak zaitun
  • ¼ cawan ikan tuna dalam tin (dibuang airnya)
  • 2 potong roti sandwic
  • 4 biji tomato ceri
  • Hirisan lemon

Hidangan bento ini lengkap dengan sumber karbohidrat, protein, mineral dan vitamin yang pastinya sesuai dengan diet anda.

#4. Bento Mediterranean

bento makanan sihat

Bagi anda yang menginginkan kelainan selera dalam penyediaan hidangan bento, anda boleh mencuba resipi bento Mediterranean ini.

Bahan-bahannya ialah:

  • 4 cawan kacang kuda dalam tin (dibuang airnya)
  • ¼ cawan timun yang telah dipotong dadu
  • ¼ cawan tomato yang dipotong dadu
  • 1 sudu besar keju Parmesan atau keju Feta yang diramas-ramas 
  • 1 sudu besar daun ketumbar yang dicincang kasar
  • Setengah sudu minyak zaitun
  • 1 sudu cuka

Gaul rata kesemua bahan di atas agar menjadi seperti salad. Kemudian, masukkan ke dalam satu bahagian kotak bento.

Untuk bahagian yang lain, letakkan dada ayam yang telah dipanggang, satu cawan buah anggur dan satu keping roti pita bijirin penuh.

#5. Bento Taco Salad

Bento makanan sihat ini pula pasti digemari oleh anak anda kerana ia kelihatan menarik untuk dimakan.

Bahan-bahan untuk menyediakan bento Taco Salad ini adalah seperti berikut:

  • Setengah cawan daun salad yang telah dipotong kasar
  • 5 sudu besar daging lembu cincang yang telah dimasak
  • 2 sudu besar keju Cheddar yang telah diparut
  • Setengah cawan tomato yang dipotong dadu

Gaulkan kesemuanya dan masukkan ke dalam satu bahagian bekas bento.

Kemudian, masukkan campuran hirisan buah anggur, tembikai susu dan juga kiwi ke dalam bahagian yang lain.

Jangan lupa untuk masukkan bersama enam keping keropok tortilla ke dalam kotak bento.

#6. Bento Vegan Bistro

bento makanan sihat

Bento ini pula amat sesuai dibawa ketika berkelah atau ke pejabat sebagai snek. Bahan-bahannya ialah:

  • ¼ cawan Hummus
  • Satu keping roti pita dipotong kepada empat bahagian
  • Setengah batang timun Jepun dipotong memanjang
  • ¼ lada benggala dihiris nipis

Sejukkan seketika di dalam peti ais untuk rasa yang lebih enak.

#7. Bento Rainbow

Contoh bento makanan sihat ini juga sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana ia bukan sahaja menarik, tetapi juga menyihatkan.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

  • Setengah cawan yogurt biasa tanpa perisa
  • Satu sudu besar jem bluberi
  • Satu sudu besar jem strawberi
  • Bluberi
  • Strawberi
  • Keju Mozarella
  • Epal (dihiris)
  • Avokado (dilenyek)

Masukkan yogurt ke dalam satu bahagian bekas bento dan letakkan jem di atasnya.

Kemudian, letakkan bahagian bento yang lain dengan campuran buah bluberi dan strawberi, potongan keju Mozarella, hirisan buah epal dan juga buah avokado yang telah dilenyek. 

Selamat mencuba!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

What Is Bento?. https://web-japan.org/kidsweb/virtual/bento/bento01.html. Accessed on August 12, 2022. 

Mango And Fresh Fall Salad Bento Box. https://www.mango.org/recipes/mango-and-fresh-fall-salad-bento-box/. Accessed on August 12, 2022.

Bento for Beginners, 60 recipes for easy bento box lunches. https://japanese-food.org/2020/02/04/released-today-bento-for-beginners-60-recipes-for-easy-bento-box-lunches/. Accessed on August 12, 2022.

Bento-making 101. https://www.nichibei.org/2022/07/bento-making-101/. Accessed on August 12, 2022.

Low-Carb Bento Box. https://blueberry.org/recipes/low-carb-bento-box/. Accessed on August 12, 2022.

Versi Terbaru

07/12/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

2 Resipi Lempeng @ Peknga Kelapa Ini Buat Anda Teringat Kampung, Rasa Macam Nenek Masak

3 Resipi Sandwich Telur Mudah, Sedap & Sihat, Jom Cuba!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan