backup og meta

Bahaya Makan Tiram Mentah! Sebelum 'Ngap', Ambil Tahu Cara Makan Oyster Yang Selamat!

Bahaya Makan Tiram Mentah! Sebelum 'Ngap', Ambil Tahu Cara Makan Oyster Yang Selamat!

Tiram mentah nampak menyelerakan! Kalau dimakan segar bersama perahan limau, sedap betul kan! Tidak dinafikan, ramai orang yang suka makan tiram atau kerang mentah rentetan video-video viral yang tersebar di laman sosial.

Tetapi, kadang-kadang kita boleh nampak tiram yang dimakan dalam video-video yang viral itu kembung dan berwarna hitam! Eww… Betul ke selamat tu?

Kepada mereka yang suka makan tiram yang mentah, ketahuilah bahawa ia boleh mendatangkan keracunan makanan. Kerang dan tiram mengandungi banyak bakteria dan juga virus yang berbahaya.

Tiram mengandungi sejenis bakteria yang dikenali sebagai Vibrio vulnificus. Di Amerika Syarikat, dianggarkan sebanyak 80,000 individu mengalami sakit perut dan cirit-birit, manakala 100 orang pula meninggal dunia setiap tahun disebabkan bakteria ini.

Jadi, adakah kerang dan tiram yang tidak dimasak selamat untuk dimakan? Mari kita sama-sama ketahui fakta mengenai tiram dalam artikel di bawah.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Mengapa tiram mentah berbahaya terhadap kesihatan?

Apa yang perlu anda tahu

  1. Tiram mentah atau tidak dimasak dengan betul boleh membuatkan anda sakit.
  2. Tiram mentah yang mengandungi bakteria Vibrio sama rasanya seperti tiram biasa.
  3. Masak tiram dengan betul boleh menghapuskan semua bakteria berbahaya yang terkandung di dalamnya.

Apabila seseorang makan tiram yang mengandungi bakteria Vibrio, mereka akan mengalami sejenis penyakit yang dikenali sebagai vibriosis.

Tiram makan dengan cara menapis air di sekelilingnya. Ini akan menyebabkan bakteria tersebut berkumpul dan membiak di dalam tiram. Ada 12 jenis bakteria Vibrio yang boleh didapati dalam garam dan air di sekeliling hidupan laut ini.

Satu-satunya cara untuk memastikan tiram selamat untuk dimakan adalah memasaknya dengan sempurna.

Tetapi, ada ke cara untuk tentukan sama ada tiram selamat dimakan atau tidak? Jawapannya, tidak boleh!

Tiram atau kerang mentah yang mengandungi bakteria Vibrio tidak nampak dengan mata kasar, tidak mempunyai bau atau rasa berbeza dengan tiram yang segar! Haa, takut kan!

Mitos dan fakta mengenai tiram mentah

tiram mentah

Sebenarnya ada banyak salah faham terhadap tiram atau kerang mentah. Ada yang kata, kedua-dua makanan ini paling sihat dimakan secara mentah. Walau bagaimanapun, tanggapan ini mungkin tidak benar!

Mitos: Makan tiram dengan sos pedas boleh membunuh bakteria

Ramai orang yang percaya sos yang pedas boleh membunuh bakteria. Namun, kenyataan ini sebenarnya tidak benar!

Tidak ada cara lain untuk bunuh bakteria dalam tiram atau kerang selain memasaknya.

Sama jugalah dengan mencicah tiram dengan kicap atau alkohol. Kesemua cara ini hanya akan membuatkan tiram rasa lebih sedap namun ia tidak dapat membuatkan tiram tersebut selamat dimakan.

Fakta: Tiram kaya dengan protein

tiram mentah

Benar, tiram sangat kaya dengan protein. Setiap 100g tiram mengandungi 9g protein.

Menurut informasi yang disediakan oleh USDA, 85 gram tiram mempunyai:

  • Kalori: 69
  • Lemak: 2g
  • Natrium: 90mg
  • Karbohidrat: 4.2g
  • Serat: 0g
  • Protein: 8g

Ia juga mempunyai makronutrien yang penting untuk membina otot dan membantu pengurangan berat badan.

Mitos: Tiram mentah boleh bangkitkan nafsu lelaki

Orang kata, tiram merupakan afrodisiak yang sangat kuat. Ia mampu membangkitkan syahwat kaum Adam.

Namun, sama seperti kenyataan di atas, ini hanyalah mitos semata-mata.

Walau bagaimanapun, tiram kaya dengan zink, sejenis bahan yang dapat meningkatkan penghasilan testosteron dalam kalangan kaum Adam.

Bukan itu sahaja, tiram juga dapat menguatkan sistem imun badan, merawat demam dan juga jangkitan saluran pernafasan. Ia juga mungkin dapat mempercepatkan pemulihan luka.

Zink juga sangat bermanfaat untuk wanita berusia 40 tahun ke atas. Apabila umur kaum Hawa semakin lanjut, mereka memerlukan lebih banyak zink dalam makanan untuk mencegah degenerasi makula.

Baca juga:

Fakta: Tiram mempunyai kalori yang rendah

Saiz tiram berbeza-beza mengikut lokasi. Namun, walau dari manapun asalnya, semua tiram mempunyai kalori yang rendah.

6 tiram yang bersaiz sederhana (mentah atau dimasak) mempunyai kurang daripada 50 kalori. Sebab itulah, orang selalu makan 12 tiram sekali duduk.

Walaupun digoreng, 6 tiram bersaiz sederhana hanya mempunyai sekitar 175 kalori.

Cara makan tiram mentah dengan selamat

tiram mentah

Kukus merupakan cara yang paling selamat untuk menghapuskan segala bakteria yang terperangkap di dalam tiram yang mentah.

Elak menggunakan lemak tidak sihat seperti mentega, majerin atau krim. Cuba masak dengan minyak zaitun atau tomato kerana dua-dua bahan ini dapat membuatkan rasa tiram lebih sedap.

Hanya makan kerang atau tiram yang terbuka selepas dimasak. Buang semua tiram yang tidak terbuka sepenuhnya. Selain itu, jangan simpan kerang atau tiram lama-lama, makan secepat mungkin!

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Cook high risk foods safely. https://www.brighton-hove.gov.uk/business-and-trade/food-safety/cook-high-risk-foods-safely/eat-oysters-safely. Accessed on September 27, 2022.
  2. Effect of gelatin on gelation properties of oyster (Crassostrea gigas) protein. https://pubag.nal.usda.gov/catalog/7659337. Accessed on September 27, 2022.
  3. Oysters and Vibriosis. https://www.cdc.gov/foodsafety/communication/oysters-and-vibriosis.html. Accessed on September 27, 2022.
  4. Raw Oyster Myths. https://www.fda.gov/food/health-educators/raw-oyster-myths. Accessed on September 27, 2022.
  5. The Many Reasons to Love Oysters — Even If You Hate Them. https://health.clevelandclinic.org/7-reasons-to-love-oysters-even-if-you-hate-them/. Accessed on September 27, 2022.

Versi Terbaru

25/10/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Manfaat Makan Tiram Untuk Tingkatkan Kemampuan Seksual

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 25/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan