brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

10 Jenis Salad Hijau Bagus Untuk Kesihatan, Terutama Pada Kulit & Rambut?

Apabila anda sedang memikirkan sayuran salad hijau, jenis Iceberg atau Caesar mungkin selalu menjadi pilihan dalam fikiran. Sebenarnya, ada banyak lagi jenis sayur ini dan kesemuanya boleh membawa banyak manfaat pada kesihatan tubuh badan kita semua!

10 Jenis Salad Hijau Bagus Untuk Kesihatan, Terutama Pada Kulit & Rambut?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Variasi jenis dan manfaat daun salad hijau

Jangan terkejut jika kami kata ada ratusan jenis sayuran ini yang ternyata sangat sihat termasuk:

  • Arugula – Mempunyai rasa lada yang pedas selain kaya dengan antioksidan sekali gus mampu melindungi atau membaiki kerosakan sel pada tubuh badan. Kandungan glucosinolates juga mampu membantu melawan sel kanser.
  • Bok Choy – Memiliki tekstur dan rasa yang rangup, ia turut kaya dengan antioksidan serta vitamin C yang mampu melawan radikal bebas, menghasilkan kolagen, melambatkan gejala penuaan seperti kedutan, kerutan serta garis-garis halus.
  • Butterhead – Memiliki zat besi yang paling tinggi berbanding lain, ia mampu melindungi organ mata anda daripada degenarasi makula, keadaan yang boleh menyebabkan kehilangan penglihatan separa selain bagus untuk anggota badan lain.
  • Caesar – Mengandungi bahan utama iaitu salad hijau romaine, ia kaya dengan kalsium yang penting untuk tulang, otot, neuron dan darah. Vitamin C juga tinggi di dalam sayuran ini lantas membekalkan antioksidan untuk menguatkan sistem imun.

salad hijau

  • Endive – Mempunyai kandungan tinggi serat, kalsium, kalium dan vitamin khususnya A, C dan E namun rendah natrium, gula dan lemak. Ia juga mengandungi inulin dan karbohidrat yang mampu melancarkan sistem penghadaman.
  • Escarole – Mempunyai rasa yang agak pahit namun tinggi dengan vitamin, mineral, serat serta folat selain kurang kalori dan hampir tidak mengandungi sebarang lemak atau karbohidrat yang boleh menjadi punca kegemukan.
  • Frisee – Memiliki rasa yang pahit namun tinggi vitamin A, K , C sera mineral termasuk fosforus, kalium dan serat yang bagus untuk tubuh badan secara umum.
  • Iceberg – Memiliki rasa dan tekstur yang sangat segar. Ia sarat dengan vitamin K yang bagus untuk darah dan vitamin A yang bagus untuk mata sekali gus mampu meningkatkan sistem penglihatan dalam cahaya rendah dan menyelesaikan masalah rabun malam.
  • Savoy – Mempunyai daun yang berkedut namun bermanfaat untuk kulit, rambut dan mata. Juga dikenali sebagai bayam, ia kaya dengan vitamin B dan vitamin penting lain termasuk A, E, K dan C yang mampu membantu merawat pelbagai kondisi pada kulit.
  • Watercress – Mengandungi antioksidan terutama karotenoid, ia selalu dikaitkan dengan penurunan risiko masalah tekanan darah, serangan jantung dan strok.

Adakah pengambilan setiap hari itu bagus?

salad hijau

Sangat terkenal terutama dalam kalangan golongan pengamal diet vegetarian, sayuran ini biasa ada di dalam menu seharian. Namun, adakah pengambilan pada setiap hari itu bagus?

Hakikatnya, memang benar bahawa sayuran ini boleh membawa banyak manfaat kesihatan kepada tubuh badan namun ia mungkin tidak mampu memberi semua keperluan nutrisi anda!

Maka, adalah amat penting untuk individu tetap cuba mengamalkan diet yang sihat lagi seimbang.

Benarkah daun salad hijau baik untuk kulit?

Khusus untuk kulit, nutrien sayuran ini mampu memberi banyak manfaat terhadap organ terbesar tubuh badan ini kerana ia mengandungi pelbagai jenis nutrien yang individu sangat perlukan.

Nutrien sayuran ini boleh mengurangkan lingkarap gelap di bawah mata, mengurangkan kedutan dan kerutan di wajah, menjadikan kulit lebih licin selain menjadi pelindung matahari semula jadi.

Alasannya, daun salad hijau ini tinggi dengan kandungan air, minyak, serat serta kolagen semula jadi yang sekali gus boleh membawa banyak manfaat kepada kulit serta tubuh badan secara umum.

Benarkah daun salad hijau baik untuk rambut?

Rambut juga boleh mendapat manfaat daripada sayuran hijau ini yang sangat kaya dengan sumber zat besi. Sebenarnya, kekurangan zat ini adalah antara punca keguguran rambut yang utama.

Ini kerana kurangnya zat besi di kulit kepala akan mengurangkan jumlah oksigen dan nutrien yang sampai ke akar serta folikel rambut. Kesannya, rambut anda mudah gugur dan susah tumbuh.

Maka dengan itu, pengambilan sayuran-sayuran termasuk salad mampu menambahkan kuantiti zat besi yang ada di kulit kepala sekali guse menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih sihat.

Selain kulit dan rambut, ia boleh membawa banyak lagi manfaat pada kesihatan tubuh badan anda.

Jadi, adalah sangat bagus jika anda sudah mula memasukkan salad ke dalam menu diet seharian.

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 2 jam lalu