Apabila anda mula berasa gatal di kerongkong atau hidung anda mula berair, adakah sudah terlambat untuk mengurangkan risiko mendapat selesema atau flu? Tidak sama sekali! Ada beberapa petua hilangkan selsema yang boleh diikuti.
Berikut adalah 6 makanan meningkatkan imun terbaik yang boleh anda jadikan petua hilangkan selsema atau cara hilangkan selsema secara tradisional!
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.
Sup ayam
Kenapa orang yang selesema sering dinasihatkan untuk makan sup ayam?
Sebatian ini melonggarkan rembesan mukus sehingga dapat mengurangkan hidung tersumbat, rasa tidak selesa pada dada dan tekak.
Penambahan mi dan sayur-sayuran akan meningkatkan daya penyembuh sup kerana karbohidrat akan membantu meningkatkan tahap tenaga anda.
Sementara sayuran akan meningkatkan tahap nutrien dalam sup, yang juga meningkatkan sistem imun tubuh yang sedang berjuang.
Bawang putih
Sedikit bawang putih boleh menambah selera anda. Ciri-ciri antioksidan yang kuat pada bawang putih didapati bersifat antiviral sehingga berfungsi membantu mencegah selesema dan memendekkan tempohnya.
Sebatian berminyaknya, allicin (yang memberikan bawang putih bau tersendiri) berfungsi melawan selesema.
Bagaimanapun, anda tidak perlu makan bawang putih dalam bentuk semulajadi untuk melihat manfaatnya.
Suplemen bawang putih seperti serbuk, minyak dan ekstraknya juga mempunyai kuasa penyembuhan yang sama.
Petua hilangkan selsema: Madu
Jika anda mempunyai kenangan bersama nenek anda yang mengajar anda menghisap madu apabila mengalami sakit tekak, anda pasti gembira mengetahui bahawa dia benar-benar tahu apa yang dilakukannya.
Kajian kini menunjukkan bahawa menelan madu dapat mengurangkan batuk dengan melapisi tekak dan meredakan kerengsaan.
Dan pada kenyataannya, madu lebih berkesan daripada ubat batuk. Bagaimanapun, jangan lupa bahawa kanak-kanak di bawah 12 bulan tidak boleh makan madu kerana risiko botulisme pada bayi.
Petua hilangkan selsema: Teh
Orang Cina telah bersumpah dengan sifat penyembuhannya selama beratus-ratus tahun. Kini, kajian menunjukkan bahawa teh mengandungi antioksidan yang boleh meningkatkan sistem imun yang lemah.
Ini disebabkan teh hijau dan hitam kaya dengan antioksidan, termasuk antioksidan L-theanine.
Penyelidik Cardiff University juga mendapati bahawa minuman panas boleh mengurangkan bersin, sakit tekak, menggigil, dan keletihan.
Jangan lupa bahawa teh mengandungi kafein. Sekiranya anda ingin memberikannya kepada anak-anak, berikan “ubat teh” – satu cawan sehari adalah mencukupi dan mereka akan merasai manfaatnya.
Ini merupakan antara petua hilangkan selsema yang paling berkesan.
Jus sayur-sayuran
Jika anda bosan memakan sayur-sayuran sepanjang masa semasa selesema, sebaliknya tukarkan kepada jus.
Walaupun pakar masih tidak dapat bersetuju sama ada pengambilan dos vitamin C yang tinggi akan mempunyai sebarang kesan yang ketara terhadap simptom selesema dan flu, beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C sebenarnya boleh antara kaedah tradisional hilangkan selsema dan hidung tersumbat.
Ini akan memberikan anda vitamin C melalui makanan sebenar dan bukan sebagai suplemen, jadi isi makanan anda dengan makanan kaya vitamin C seperti:
- strawberi
- oren
- tomato
- brokoli
Petua hilangkan selsema: Daging tanpa lemak
Daging tanpa lemak adalah bahagian penting dalam diet yang sihat untuk selesema dan flu.
Bukan sahaja membekalkan sumber zat besi yang mudah diserap oleh badan, ia juga mengandungi bekalan zink yang baik dan mineral lain yang melawan jangkitan.
Oleh itu, jika anda berasa sedikit selesema, makan sekeping daging merah, ayam (sup ayam), ikan atau kerang-kerangan untuk membantu anda melawannya.
Jadi, usah anda terlalu fokus kepada punca kenapa kena selsema atau kenapa selalu hidung tersumbat. Sebaliknya, berikan tumpuan kepada cara untuk pulihkan kondisi ini segera!
[embed-health-tool-bmr]