backup og meta

5 Jenama Roti Yang Sering Menjadi Pilihan Rakyat Malaysia, No. 1 Jadi Rebutan Ramai!

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

5 Jenama Roti Yang Sering Menjadi Pilihan Rakyat Malaysia, No. 1 Jadi Rebutan Ramai!

Setiap kali singgah di pasar raya, pasti terdapat pelbagai jenama roti di Malaysia yang tersusun di rak-rak roti. Mungkin ada yang masih belum familiar dengan sesetengah brand roti yang dijual di pasaran dan manfaat nutrisinya buat kesihatan anda.

Jadi, teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui 5 jenama roti yang dijual di Malaysia yang akan kami senaraikan khas buat anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Bagaimana memilih roti yang baik untuk anda?

Selain nasi, roti seringkali menjadi pilihan sebagai makanan ruji bagi masyarakat di sesetengah buah negara sejak berabad-abad tahun lamanya. Malah, anda boleh mendapatkannya dengan mudah di mana-mana kedai runcit atau pasar raya .

Bukan sahaja mengenyangkan, roti juga merupakan hidangan yang sesuai dijadikan sarapan kerana ia mudah dibawa dan mudah disediakan berbanding dengan nasi.

Sebelum anda mengetahui jenama roti di Malaysia, adalah lebih baik untuk anda kenali jenis roti terlebih dahulu.

Berikut merupakan beberapa jenis roti yang boleh dijadikan panduan untuk anda memilih roti yang baik:

  • Roti gandum penuh (wholemeal bread) – Diperbuat daripada tepung gandum yang mengandungi 100% ekstrak bijian gandum
  • Roti putih (white bread) –  Diperbuat daripada tepung roti atau tepung pelbagai guna. Mengandungi tesktur yang halus dan lembut
  • Roti pelbagai bijirin (multigrain bread) – Diperbuat daripada pelbagai jenis tepung seperti tepung gandum penuh, tepung pelbagai guna dan tepung rai.

Jenama roti di Malaysia

Berikut merupakan 5 jenama roti di Malaysia yang mungkin anda belum tahu.

#1. Gardenia Toast’tem Pandan Kelapa

Sebut sahaja roti Gardenia, pasti semua orang mengenali jenama ini! Terbaharu, Gardenia memperkenalkan roti berperisa iaitu roti Gardenia Toast’tem Pandan Kelapa.

Yang menarik lagi, bungkusan roti berwarna hijau ini juga kena dengan temanya iaitu pandan dan kelapa! Bahkan, rotinya juga harum dengan aroma daun pandan yang menyelerakan dan juga berwarna hijau muda.

Tetapi awas! Roti berperisa pandan kelapa ini tidak sesuai buat mereka yang sedang berdiet ya? Ini kerana, roti ini mengandungi kandungan lemak dan Glycemic Index (GI) yang tinggi, serta kandungan serat yang rendah.

Jika anda sedang berdiet, pilihlah roti jenis Gardenia Wholemeal kerana ia kaya dengan serat serta rendah dengan kandungan lemak dan Glycemic Index (GI).

jenama roti di malaysia

#2. Massimo Seeded Multigrain with Barley

The Italian Baker Sdn. Bhd iaitu pengasas jenama Massimo telah memperkenalkan roti sandwic baharu iaitu Roti Benih Multigrain Dengan Barli (Seeded Multigrain with Barley) Massimo.

Roti artisan tersebut telah digabungkan dengan barli premium Kanada, flaxseed, biji chia, biji bunga matahari dan bijan hitam yang kaya dengan vitamin dan mineral.

Roti yang mengandungi barli ini sangat berkhasiat buat anda kerana ia kaya dengan serat dan tinggi dengan bahan antioksidan tokotrienol dan beta-glukan yang sekali gus dapat mengurangkan kolesterol anda.

Jadi, tunggu apa lagi? Pilihlah Massimo roti dibungkus dengan tiga warna bendera Itali ini (hijau, putih, merah) sekiranya anda menyukai barli!

#3. Roti Aman Jaya

Buat anda yang pertama kali mendengar jenama roti ini, roti Aman Jaya telah diusahakan secara turun temurun sejak tahun 1977.

Jenama roti di Malaysia ini juga istimewa kerana ia hanya menggunakan bahan-bahan segar dan terbaik untuk memastikan keaslian rasa resipi mereka yang turun-temurun.

Bagi yang beragama Islam, anda tidak perlu risau dengan kandungan bahan roti ini kerana ia dijamin halal dan mempunyai sijil pengesahan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Roti Aman Jaya turut menawarkan pelbagai roti berperisa menarik buat anda seperti roti krim roll, blueberry roll, coconut bun, red bean paste bun, dan kaya bun.

Jika anda ingin merasakan keaslian roti berkonsepkan tradisional ini, pilihlah jenama roti ini!

#4. Mighty White muffin Chocolate with Choco Chips

Mighty White juga merupakan salah satu jenama roti di Malaysia yang popular di negara ini. Jika anda penggemar coklat cip, anda boleh memilih mufin Chocolate With Choco Chips keluaran roti berjenama klasik ini!

Bukan sahaja memiliki tesktur roti yang lembut dan gebu, mufin ini turut dibanjiri dengan coklat cip yang sememangnya dapat memenuhi citarasa anda!

Tidak cukup dengan itu, ia juga senang dibawa ke mana-mana sahaja kerana saiz paketnya yang kecil. Walaupun tesktur mufin ini berwarna hitam gelap, anda tidak perlu risau kerana rasanya tidak begitu pahit.

#5. Maretti

Dengan memilih roti berjenama Maretti ini, anda tidak perlu bersusah payah lagi kerana ia mudah dibawa dan disimpan kerana saiz paketnya yang lebih kecil daripada bungkusan roti biasa.

Roti Maretti ini juga dikenali dengan ‘snek 2 dalam 1’ kerana ia diperisakan pada satu bahagian sahaja yang mempunyai dua rasa unik iaitu pedas dan berempah.

Lebih istimewa lagi, roti Maretti ini turut menawarkan pelbagai perisa yang lazat seperti Pizza, Mediterranean Vegetables, Roasted Garlic, Tomato, Garlic & Oregano dan Sour Cream & Onion.

Jika anda pengamal vegetarian, pilihlah jenama roti di Malaysia Maretti ini kerana ia bebas daripada pewarna tiruan dan bahan pengawet.

Konklusinya, jangka hayat roti kebiasaannya tidak lama dan bergantung pada tahap penyimpanannya.

Jadi, anda dinasihatkan untuk sentiasa menyemak tarikh luput roti sebelum membelinya secara dalam talian atau di kedai yang berdekatan dengan anda.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

An A-Z of breads from around the world. https://www.bhf.org.uk/informationsupport/heart-matters-magazine/nutrition/cooking-skills/dough/a-to-z-of-breads. Accessed on December 5th, 2023.

How 30 Types of Bread Are Made. https://howlongtocook.org/tips/how-30-types-bread-made. Accessed on December 5th, 2023.

Bread: A nutritious staple. https://www.eufic.org/en/healthy-living/article/bread-a-nutritious-staple. Accessed on December 5th, 2023.

How To Choose Healthier Bread. https://www.aarp.org/health/healthy-living/info-2021/healthy-bread-choices.html. Accessed on December 5th, 2023.

Bread That’s Really Good For You. https://www.consumerreports.org/bread/bread-that-is-really-good-for-you/. Accessed on December 5th, 2023.

Versi Terbaru

07/12/2023

Ditulis oleh Annes Nadia

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Badan Naik Lepas Raya, Cuba 7 Petua Kurus Ini, 'Confirm' Turun Berat Dalam 7 Hari!

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 07/12/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan