Adakah anda inginkan perubahan gaya hidup baru di tahun 2022 ini? Cubalah jenis diet terbaik tahun lepas (diet Mediterranean)!
Untuk tahun keempat berturut-turut, diet Mediterranean terus dinobatkan sebagai diet keseluruhan terbaik, menurut ranking tahunan US News & World Report.
Daripada 40 jenis diet yang ada, diet ini berjaya menempah tempat pertama! Ia terbukti secara ilmiah membantu mencegah pelbagai penyakit kronik.
Diet ini turut menekankan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, dan biji-bijian, termasuk mengurangkan susu dan daging.
Ingin tahu dengan lebih lanjut? Jom baca!
Jenis diet terbaik, Mediterranean: Apa yang menjadikannya paling baik?
Diet paling sihat di dunia, diet Mediterranean banyak mengetengahkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, biji-bijian, kekacang dan minyak zaitun.
Tambahan itu, diet ini turut menekankan pengamalan lemak dan ikan yang sihat berbanding daging merah.
Penyelidikan menunjukkan manfaat mengikuti pola makan gaya Mediterranean dapat menyumbang kepada:
- Penurunan berat badan yang lebih baik
- Kawalan tahap glukosa darah (gula) yang lebih baik
- Mengurangkan risiko kemurungan
- Penurunan tahap keradangan
- Faktor risiko serangan jantung
- Strok
- Penyakit Alzheimer
Antara yang tidak jauh ketinggalan adalah diet DASH, merupakan pendekatan untuk menghentikan hipertensi, dan diet Flexitarian, yang mendorong untuk menjadi vegetarian tetapi cukup fleksibel untuk membenarkan pengamal memakan burger.
Apa persamaan semua diet ini? Mereka menekankan untuk mengurangkan pengambilan makanan diproses, dan memfokuskan makanan dilengkapi buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, dan biji-bijian.
Diet Dukin dan Keto, yang menekankan pengambilan makanan berprotein tinggi atau tinggi lemak dengan kadar karbohidrat secara minimum, menyusul pada peringkat terakhir dan kedua terakhir.
Pola-pola pemakanan tersebut dinilai buruk oleh pakar kerana mereka didapati sangat ketat, sukar diikuti, dan menyingkirkan keseluruhan kumpulan makanan, yang tidak digalakkan oleh garis panduan diet.
Dalam proses menilai sesuatu diet, panel pakar penyakit jantung dan diabetes, pemakanan, diet, psikologi makanan dan obesiti mengkaji penyelidikan daripada sumber jurnal perubatan, laporan kerajaan dan lain-lain.
Kenali makanan asas jenis diet terbaik, diet Mediterranean
- Amalkan pengambilan: Sayuran, buah-buahan, kekacang, biji-bijian, kentang, roti, herba, rempah, ikan, makanan laut dan extra virgin olive oil
- Makan secara sederhana: Poultry, telur, keju dan yogurt
- Makan kadangkala sahaja: Daging merah
- Jangan makan: Minuman manis bergula, gula tambahan, daging proses, refined grains, refined oils dan makanan diproses lain
6 kebaikan diet Mediterranean
#1 Kesihatan jantung
Menurut American Heart Association (AHA), diet Mediterranean dapat membantu anda mencapai pola pemakanan sihat yang membantu melawan penyakit kardiovaskular dan mengurangkan risiko-risikonya.
#2 Menguruskan diabetes
Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Diabetes Care, mendakwa dengan mengikuti diet Mediterranean, ia bantu meningkatkan kognisi pada pesakit dengan diabetes jenis 2.
Menurut kajian yang diketuai Dr. Josiemer Mattei, Penolong Profesor Pemakanan, Jabatan Pemakanan Universiti Harvard, diet ini mempromosikan sumber antioksidan, vitamin, dan asid lemak tak jenuh yang berupaya meningkatkan kesihatan neurovaskular serta mengurangkan tekanan oksidatif, metabolit, dan keradangan kronik.
#3 Jenis diet terbaik ini boleh meningkatkan kesihatan usus
Beberapa kajian turut membuktikan diet ini bermanfaat untuk kesihatan usus secara keseluruhan.
Menurut kajian yang dibentangkan di UEG Week Barcelona 2019, makanan Mediterranean menawarkan sifat anti radang yang membantu bakteria usus sihat berkembang.
#4 Menggalakkan kesihatan otak
Tahukah anda, diet yang penuh dengan elemen buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang amat menyihatkan untuk otak?
Satu kajian, yang diterbitkan dalam jurnal Neurology, mendapati jenis diet terbaik ini membantu anda memperoleh ‘usia’ otak yang lebih muda dengan melambatkan proses penurunan kognitif!
#5 Mencegah kanser payudara
Kanser payudara menjadi salah satu kebimbangan utama dalam kalangan wanita di seluruh dunia.
Berita baik buat kaum Hawa, barah ini dapat dikurangkan dengan diet Mediterranean, menurut sebuah kajian diterbitkan dalam jurnal JAMA Internal Medicine.
Dalam penelitian tersebut, kesan bermanfaat daripada diet Mediterranean yang dilengkapi dengan extra virgin olive oil bertindak sebagai faktor pencegahan utama kanser payudara.
#6 Pengurangan berat
Diet Mediterranean juga boleh membantu mereka yang sedang bergelut dalam menurunkan berat badan.
Kajian dalam jurnal Systematic Review of the Mediterranean Diet for Long-Term Weight Loss membuktikan, mereka yang berlebihan berat badan atau mengalami kegemukan berjaya menurunkan lebih banyak berat badan dengan mengamalkan diet Mediterranean berbanding diet rendah lemak.
Kumpulan jenis diet terbaik ini dikatakan mencapai hasil yang sama dengan peserta diet berat badan yang lain.
Memulakan jenis diet terbaik, Mediterranean…
Ingin menjadikan diet Mediterranean sebagai salah satu goals anda tahun ini? Mari ikuti panduan diet berikut!
Panduan ini memberikan maklumat lengkap berkenaan jenis makanan diperlukan untuk mewujudkan diet sihat dan seimbang serta jumlah pengambilan daripada setiap kumpulan makanan:
- Makan sekurang-kurangnya 5 porsi pelbagai buahan dan sayuran setiap hari
- Jadikan asas makanan bersumberkan makanan berkanji seperti kentang, roti, nasi atau pasta. Pilih versi bijirin penuh ya!
- Sertakan sumber protein seperti kekacang, ikan, telur, daging rendah lemak (sekali-sekala) dan makanan berprotein yang lain
- Bersederhana dengan makanan berasaskan tenusu atau alternatif tenusu (seperti minuman soya) dan pilih pilihan rendah lemak serta rendah gula
- Pilih sapuan dan minyak unsaturated, makan dalam jumlah kecil
- Minum 6 hingga 8 gelas air sehari
- Jika ingin mengambil minuman dan makanan tinggi lemak atau gula, pastikan untuk kekal dalam jumlah kecil
Anda tidak perlu mencapai keseimbangan ini dengan setiap hidangan, tapi cuba lakukannya dengan betul sama ada sekali sehari atau bahkan seminggu sekali, mengikut keselesaan okey!
[embed-health-tool-bmr]