backup og meta

Kenali Apa Itu Diet Khusus, Ada 5 Jenis Diet Paling Banyak Diamalkan Di Seluruh Dunia!

Kenali Apa Itu Diet Khusus, Ada 5 Jenis Diet Paling Banyak Diamalkan Di Seluruh Dunia!

Apa itu diet Mediterranean? Bagaimana pula dengan diet DASH? Kita sering mendengar mengenai jenis jenis diet, termasuklah nama-nama diet seperti yang dinyatakan ini.

Namun, tahukah anda ia adalah antara jenis diet khas atau diet khusus? Apakah jenis diet khusus yang popular dan apakah manfaatnya?

Ikuti penerangannya di bawah ini.

Apa itu diet khusus?

Diet khas atau diet khusus ialah makanan yang tidak boleh dipilih secara bebas daripada pilihan utama yang ada.

Ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti alergi, intoleransi atau keperluan perubatan lain.

Ia juga diamalkan disebabkan faktor keperluan agama dan juga budaya sesuatu kaum. Diet khusus juga disebut sebagai diet terapeutik.

Diet khusus boleh dikatakan sebagai rancangan makan yang mengawal pengambilan makanan atau nutrien tertentu.

Ia adalah sebahagian daripada rawatan keadaan perubatan dan biasanya ditentukan oleh doktor dan dirancang oleh pakar pemakanan.

Diet khusus juga merupakan pengubahsuaian daripada jenis diet biasa. 

Jenis jenis diet khusus

Diet khusus bukanlah hanya melibatkan satu jenis diet sahaja.

Terdapat beberapa jenis diet khusus yang ada pada masa sekarang.

Kami berikan kepada anda lima jenis diet yang paling banyak diamalkan di seluruh dunia.

#1. Diet vegetarian atau vegan

Apa itu diet vegetarian? Diet vegetarian melarang kita daripada mengambil makanan berasaskan haiwan seperti daging, ikan dan juga ayam.

Ramai individu mengamalkan diet vegetarian disebabkan faktor agama atau peribadi.

Ada juga yang mengamalkan diet vegan ini disebabkan isu-isu yang berkaitan dengan etika yang dipegang seperti hak-hak haiwan.

Ada juga kelompok yang mengamalkan pemakanan vegetarian disebabkan alasan alam sekitar.

Ini kerana pengeluaran ternakan akan meningkatkan pelepasan gas rumah hijau, sekali gus menyumbang kepada perubahan iklim.

Terdapat pelbagai jenis diet vegan yang diamalkan.

Ada yang tidak mengambil segala bentuk sumber makanan berasaskan haiwan.

Ada juga yang memberikan pengecualian terhadap jenis makanan tertentu seperti telur dan susu.

#2. Apa itu diet DASH?

apa itu diet

Diet DASH merupakan singkatan bagi Dietary Approaches to Stop Hypertension atau pendekatan diet untuk menghentikan hipertensi.

Apa itu Diet DASH ialah satu pelan diet yang sihat yang dirancang untuk membantu merawat atau mencegah tekanan darah tinggi.

Diet DASH merangkumi makanan yang kaya dengan kalium, kalsium dan magnesium.

Nutrien ini membantu mengawal tekanan darah dalam tubuh anda.

Diet ini mengehadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam, lemak tepu dan gula tambahan.

Kajian menunjukkan bahawa diet DASH dapat menurunkan tekanan darah dalam masa dua minggu.

Diet ini juga dapat menurunkan kadar kolesterol jahat dalam darah.

Tekanan darah tinggi dan tahap kolesterol jahat yang tinggi adalah dua faktor risiko utama penyakit jantung dan strok.

#3. Diet Mediterranean

Diet Mediterranean merupakan jenis diet yang berasaskan kepada makanan tradisional penduduk di negara-negara seperti Itali dan Greece pada tahun 1960.

Para penyelidik menyatakan bahawa penduduk di negara ini sangat sihat jika dibandingkan dengan penduduk Amerika Syarikat.

Penduduk di wilayah ini juga mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat penyakit yang berkaitan dengan gaya hidup.

Diet Mediterranean ini berbeza-beza mengikut negara dan wilayah, oleh itu ia mempunyai pelbagai jenis bahan makanan di dalamnya.

Namun, secara umumnya, ia tinggi dengan kandungan sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, legum, bijirin, biji-bijian, ikan, dan lemak tidak tepu seperti minyak zaitun.

Diet ini juga mengambil hidangan daging dan produk tenusu, namun dengan kadar yang amat rendah. 

#4. Apa itu diet BRAT?

Diet BRAT ialah singkatan bagi pisang (banana), beras (rice), saus epal (applesauce), dan roti bakar (toast).

Sebelum ini, pakar pediatrik akan mengesyorkan diet BRAT untuk merawat masalah dan gangguan perut dalam kalangan kanak-kanak.

Ini kerana, mereka berpendapat bahawa makanan yang ringan dan mudah dicerna ini dapat meredakan gejala masalah perut dan mengurangkan jumlah najis yang dihasilkan.

Pengambilan makanan jenis ini selepas mengalami mual, muntah, dan cirit-birit dapat membantu anda berasa lega dengan lebih cepat.

Walaupun diet BRAT dapat membantu melegakan sakit perut untuk jangka masa yang pendek, namun ada risikonya juga.

Ini kerana ia merupakan diet rendah serat, protein, dan lemak dan tidak sesuai diamalkan untuk jangka waktu yang panjang. 

#5. Diet Whole30

apa itu diet

Mungkin ada yang tidak pernah mendengar mengenai diet jenis ini.

Walaupun kurang dikenali, namun ia adalah antara jenis diet yang banyak diamalkan.

Diet Whole30 adalah program makan secara bersih selama sebulan yang menjanjikan pelbagai manfaat kesihatan dan juga emosi.

Diet Whole30 memberikan tumpuan kepada idea bahawa kumpulan makanan tertentu boleh mempengaruhi kesihatan dan kecergasan tubuh secara negatif.

Bagi yang mengamalkan diet jenis ini, mereka perlu mengurangkan pengambilan minuman atau makanan beralkohol, gula, biji-bijian, kekacang, produk tenusu dan bahan makanan tambahan daripada diet mereka selama 30 hari. 

Tip untuk kuruskan badan

Selain daripada jenis diet tertentu, anda juga perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk menurunkan berat badan.

Antara tip atau petua mudah yang boleh anda ikuti seperti:

  • Kurangkan pengambilan sumber karbohidrat yang diproses
  • Seimbangkan pengambilan sumber protein, buah-buahan dan juga sayuran
  • Kerap bersenam dan bersukan agar tubuh sentiasa aktif

[embed-health-tool-bmi]

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.nutritioned.org/types-of-diets.html

https://www.cdss.ca.gov/agedblinddisabled/res/VPTC2/9%20Food%20Nutrition%20and%20Preparation/Types_of_Therapeutic_Diets.pdf

https://www.eyalliance.org.uk/sites/default/files/cft-early-years-special-diets-factsheet-final.pdf

https://www.stmaryshealthcaresystem.org/health-and-wellness/nutrition/special-diets

BRAT Diet: Recovering From an Upset Stomach

https://www.nhs.uk/live-well/eat-well/what-is-a-mediterranean-diet/

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/dash-diet/art-20048456

Versi Terbaru

12/11/2021

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Diet Mediterranean Tingkatkan Prestasi Senaman dengan Pantas! Boleh Cuba Lepas Ni

Apa Keistimewaan Diet Mediterranean Sehingga Dinobatkan Pola Pemakanan Terbaik?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 12/11/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan