backup og meta

Nak Diet Tapi Nak Juga Makan Makanan Sedap? Cuba 9 Jenis Makanan Diet Ini!

Nak Diet Tapi Nak Juga Makan Makanan Sedap? Cuba 9 Jenis Makanan Diet Ini!

Kita sering membayangkan bahawa menu makanan diet itu selalunya jenis makanan yang kurang menyelerakan. Anda mahu jika kami kongsikan beberapa pilihan makanan diet sedap? Jika mahu, semak 9 jenis makanan di bawah ini.

9 jenis makanan diet sedap yang pasti anda suka

Tahukah anda, setiap jenis makanan yang kita ambil mempunyai jumlah kalori yang berbeza.

Malah, setiap jenis makanan ini mempunyai kesan yang berbeza terhadap rasa lapar anda, hormon dan juga jumlah kalori yang anda bakar.

Untuk mengetahui jenis makanan diet sedap yang boleh bantu kuruskan badan anda, sila lihat senarai makanan ini. 

#1. Telur

Nampak seperti makanan yang tidak seberapa, bukan?

Namun, telur merupakan antara jenis makanan yang bukan sahaja sedap, tetapi ia juga amat sesuai bagi mereka yang mahu mencari menu makanan diet.

Telur merupakan jenis makanan yang amat tinggi kandungan protein dan sedikit lemak. Malah, ia juga merupakan jenis makanan yang mengenyangkan.

Kuning telur mempunyai hampir keseluruhan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan jika anda sedang berdiet.

#2. Ikan salmon

Ikan salmon merupakan antara jenis ikan berlemak yang tinggi dengan kandungan lemak sihat.

Ia merupakan antara jenis makanan yang bukan sahaja menyihatkan tubuh badan, tetapi juga mengenyangkan.

Ia mengandungi jenis protein yang berkualiti tinggi selain lemak sihat dan nutrisi penting yang lain.

Secara umumnya, ikan atau sumber makanan laut lain amat tinggi dengan kandungan iodin yang sangat penting untuk tiroid berfungsi dengan baik.

#3. Dada ayam

makanan diet sedap

Dada ayam juga merupakan antara jenis makanan diet sedap yang sangat sesuai untuk mereka yang sedang berdiet.

Dada ayam merupakan bahagian ayam yang paling rendah kandungan lemak dan sangat tinggi dengan kandungan protein.

Kandungan protein yang tinggi sangat membantu anda untuk berasa kenyang dengan lebih lama.

Jika anda menggemari bahagian dada ayam, anda boleh memasaknya dengan pelbagai jenis hidangan menu makanan diet seperti dikukus atau dibuat sup. 

#4. Ikan tuna

Ikan tuna atau jenis-jenis ikan dalam keluarga yang sama merupakan antara jenis menu makanan diet yang berkualiti tinggi.

Ini kerana, jenis ikan ini merupakan jenis makanan yang tinggi kandungan protein tetapi rendah kalori.

Ini boleh membantu anda untuk terus membina otot badan tanpa menambahkan paras kalori ketika memakannya.

Pilihlah jenis tuna dalam tin bersama air, bukannya bersama minyak untuk mengurangkan kandungan kalori. 

#5. Buah avokado

Di Malaysia, buah avokado amat jarang dimakan disebabkan harganya yang agak mahal.

Namun, anda boleh mencubanya sekali-sekala memandangkan ia merupakan antara jenis buah yang sangat baik ketika berdiet.

Kebanyakan buah-buahan lain amat tinggi dengan karbohidrat, namun buah avokado pula amat tinggi dengan kandungan lemak sihat.

Lemak dalam buah avokado ini merupakan jenis lemak sihat yang sama yang terdapat pada minyak zaitun. Ia juga tinggi kandungan air, serat dan potasium. 

#6. Kekacang

makanan diet sedap

Kekacang merupakan pilihan snek atau menu makanan diet terbaik untuk mereka yang sedang menguruskan badan.

Ini kerana, kekacang mengandungi jumlah kandungan serat, protein dan juga lemak sihat yang agak seimbang.

Kajian menyatakan bahawa pengambilan kekacang dapat membantu meningkatkan kesihatan metabolik selain menggalakkan penurunan berat badan.

Namun, jangan sesekali mengambilnya melebihi had kerana ia juga tinggi kandungan lemak. 

#7. Yogurt

Yogurt juga termasuk dalam senarai makanan diet sedap yang boleh anda amalkan.

Ini kerana, yogurt mengandungi bakteria probiotik yang berfungsi meningkatkan tahap kesihatan usus anda.

Pilihlah jenis yogurt asli yang mengandungi kultur hidup yang aktif.

Selain itu, ambil jenis yogurt yang penuh krim kerana kajian menunjukkan ia mampu mengurangkan risiko obesiti dan juga diabetes jenis 2. 

#8. Bijirin penuh

Bijirin penuh sangat dikenali ramai sebagai antara jenis menu makanan diet.

Ini kerana, bijirin penuh tinggi dengan kandungan serat selain mengandungi kandungan protein yang agak banyak.

Antara jenis bijirin penuh yang boleh anda ambil adalah seperti oat dan juga beras perang.

Oat sangat tinggi dengan kandungan serat larut yang sangat membantu mengenyangkan perut dalam tempoh masa yang lama.

Cuba elakkan pengambilan bijirin yang telah diproses kerana ia hanya mengandungi sedikit nutrisi dan bukanlah pilihan yang sihat ketika berdiet.

#9. Sup

makanan diet sedap

Sup juga merupakan antara makanan diet sedap yang mudah disediakan.

Kajian ada menunjukkan bahawa, makanan yang dijadikan sup atau puri adalah lebih mengenyangkan berbanding makanan dalam bentuk yang masih utuh.

Ini akan menjadikan seseorang itu makan dengan kalori yang lebih sedikit.

Namun, pastikan anda tidak menambahkan bahan-bahan yang boleh meningkatkan jumlah lemak dalam sup tersebut seperti keju, krim atau santan kelapa.

Ini sekali gus boleh meningkatkan jumlah kalori sup tersebut.

Amalkan 9 jenis menu makanan diet ini

Jika anda masih tercari-cari makanan diet sedap yang boleh menurunkan berat badan anda, amalkan sembilan jenis makanan ini sahaja. Pasti berkesan!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rouhani, M. H., Rashidi-Pourfard, N., Salehi-Abargouei, A., Karimi, M., & Haghighatdoost, F. (2018). Effects of Egg Consumption on Blood Lipids: A Systematic Review and Meta-Analysis of Randomized Clinical Trials. Journal of the American College of Nutrition, 37(2), 99–110. https://doi.org/10.1080/07315724.2017.1366878

Kapil U. (2007). Health consequences of iodine deficiency. Sultan Qaboos University medical journal, 7(3), 267–272.

Westerterp-Plantenga M. S. (2008). Protein intake and energy balance. Regulatory peptides, 149(1-3), 67–69. https://doi.org/10.1016/j.regpep.2007.08.026

Rolls, B. J., Bell, E. A., & Thorwart, M. L. (1999). Water incorporated into a food but not served with a food decreases energy intake in lean women. The American journal of clinical nutrition, 70(4), 448–455. https://doi.org/10.1093/ajcn/70.4.448

Unlu, N. Z., Bohn, T., Clinton, S. K., & Schwartz, S. J. (2005). Carotenoid absorption from salad and salsa by humans is enhanced by the addition of avocado or avocado oil. The Journal of nutrition, 135(3), 431–436. https://doi.org/10.1093/jn/135.3.431

Mattes, R. D., Kris-Etherton, P. M., & Foster, G. D. (2008). Impact of peanuts and tree nuts on body weight and healthy weight loss in adults. The Journal of nutrition, 138(9), 1741S–1745S. https://doi.org/10.1093/jn/138.9.1741S

Beck, E. J., Tosh, S. M., Batterham, M. J., Tapsell, L. C., & Huang, X. F. (2009). Oat beta-glucan increases postprandial cholecystokinin levels, decreases insulin response and extends subjective satiety in overweight subjects. Molecular nutrition & food research, 53(10), 1343–1351. https://doi.org/10.1002/mnfr.200800343

Kratz, M., Baars, T. & Guyenet, S. The relationship between high-fat dairy consumption and obesity, cardiovascular, and metabolic disease. Eur J Nutr 52, 1–24 (2013). https://doi.org/10.1007/s00394-012-0418-1

Versi Terbaru

17/12/2021

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Ingin Jaga Jantung Anda? Gunakan Kaedah Polymeal, Amalkan Menu Diet Baik Untuk Jantung!

Nak Kurus Tapi Tak Tahu Mahu Makan Apa? Ini Dia Contoh Menu Diet 7 Hari!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/12/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan