backup og meta

4 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Menurunkan Berat Badan

4 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Menurunkan Berat Badan

Mendapatkan berat yang ideal adalah impian semua orang. Bukan sahaja memberikan penampilan yang baik dan keyakinan diri, ia turut baik untuk kesihatan badan secara am. Cara yang terbaik untuk mendapatkan berat badan yang ideal dan sihat adalah dengan mencegahnya dari awal.

Namun, tidak semua orang mampu melakukan sedemikian atas pelbagai faktor. Jangan risau, anda masih ada peluang dan ruang untuk mengembalikan semula berat yang sihat.

Sebelum anda memulakan program menurunkan berat anda, ketahui 5 perkara ini dahulu.

1. Diet adalah kunci utama

Ini adalah hakikat yang harus ditelan oleh semua orang yang ingin menurunkan berat. Sudah tentu senaman juga memainkan peranan yang penting tapi selagi mana anda masih ambil dua pinggan nasi lemak setiap pagi, anda tidak akan ke mana-mana.

2. Jangan sekadar melakukan senaman kardio

Senaman kardio kebiasaannya menjadi pilihan utama dalam menurunkan berat badan. Ia mudah dilakukan walaupun di dalam rumah menggunakan treadmill. Anda harus pelbagaikan bentuk senaman anda.

Cuba juga angkat berat, tekan tekan tubi atau squat.

3. Kuatkan semangat

Sangat penting untuk anda kekal bersemangat sehingga ke akhirnya. Dapatkan kumpulan sokongan, sebaiknya mereka yang sama-sama ingin menurunkan berat badan sebagai motivasi untuk anda terus komited.

4. Sediakan diri anda

Proses ini akan memakan masa yang lama, mungkin sehingga bertahun-tahun. Jadi, ia perlukan perancangan yang baik. Jangan terus mulakan tanpa persediaan yang rapi dan ilmu yang cukup. Anda pasti akan tersungkur di tengah-tengah perjalanan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis dan rawatan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

7 Things You Need To Know About Losing Weight. Dimuat turun daripada https://skinnyexpress.com/7-things-you-need-to-know-about-losing-weight.

Versi Terbaru

29/09/2021

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Kira Kalori Makanan Untuk Turunkan Berat Badan? Cuba Lakukan Tip Mudah Ini!

5 Fakta Dan Mitos Mengenai Makanan Yang Boleh Tambah Berat Badan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 29/09/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan