backup og meta

Cara Mengurangkan Pendedahan kepada Merkuri dalam Makanan Laut

Cara Mengurangkan Pendedahan kepada Merkuri dalam Makanan Laut

Pernahkah anda mendengar dakwaan bahawa merkuri dalam makanan laut berbahaya untuk kesihatan anda? Dakwaan ini menyebabkan ramai orang cuba untuk mengurangkan pendedahan kepada merkuri daripada makanan laut. Apakah tuntutan benar? Dan apa itusebenarnya merkuri? Artikel di bawah akan memberikan anda maklumat lanjut.

Adakah anda perlu mengelakkan merkuri yang terdapat dalam makanan laut?

Bagi kebanyakan orang, tahap merkuri yang terkandung dalam ikan dan kerang-kerangan bukanlah satu kebimbangan kesihatan memandangkan makanan laut secara umumnya adalah makanan yang sihat. Memakan jumlah makanan laut yang sesuai setiap hari boleh menyediakan anda dengan protein berkualiti tinggi dan nutrien dan mineral penting lain. Di samping itu, makanan laut adalah rendah lemak tepu dan tinggi asid lemak omega-3.

Walau bagaimanapun, mengambil terlalu banyak makanan laut boleh menyebabkan tahap merkuri yang tinggi dalam badan. Untuk janin, atau kanak-kanak, tahap merkuri yang tinggi boleh merosakkan otak dan sistem saraf.

Dalam kebimbangan mengenai merkuri yang terkandung dalam ikan, Food and Drug Administration (FDA) dan Environmental Protection Agency (EPA)  Amerika Syarikat menyarankan bakal ibu, wanita hamil, ibu menyusu, dan kanak-kanak harus mengehadkan pengambilan makanan laut mereka.

Bagaimana anda perlu menukar tabiat pemakanan anda untuk mengurangkan pendedahan kepada merkuri dalam makanan laut?

Anda boleh mengikuti nasihat di bawah untuk mengelakkan pengambilan atau pendedahan tinggi kepada merkuri dalam amalan pemakanan anda:

  • Jangan makan ikan jerung, ikan merah, ikan todak, ikan kembung kerana jenis ikan ini banyak mengandungi merkuri.
  • Jika anda suka makanan laut tetapi tidak mahu mengambil terlalu banyak merkuri, anda boleh memilih tuna dalam tin, ikan keli atau udang. Ini adalah makanan laut yang rendah merkuri.
  • Tuna putih lebih banyak merkuri berbanding tuna dalam tin, oleh itu berhati-hati apabila memilih jenis tuna.
  • Rujuk dengan penasihat tempatan tentang keselamatan ikan yang ditangkap oleh rakan-rakan atau keluarga daripada kawasan pantai tempatan anda seperti tasik atau sungai.

Secara umumnya, makanan laut bermanfaat untuk kesihatan anda. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang disarankan untuk mengelakkan pengambilan makanan yang mengandungi merkuri. Oleh itu, awasi keadaan kesihatan dan diet anda dan untuk sebarang komplikasi.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Avoiding Mercury in Fish – Topic Overview. http://www.webmd.com/food-recipes/tc/avoiding-mercury-in-fish-topic-overview#1 Accessed April 5, 2017

Avoid Eating These 11 Types of Fish to Reduce Your Exposure to Mercury. http://www.naturalnews.com/054475_fish_mercury_Food_Forensics.html Accessed April 5, 2017

How to Minimize Risks of Mercury. http://www.chicagotribune.com/news/chi-mercury-2-story-story.html Accessed April 5, 2017

 

Versi Terbaru

06/07/2022

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Rahsia Untuk Cepat Tambah Berat Badan, Amalkan 5 Jenis Makanan Sihat Ini!

Mengapa Orang Dewasa Perlu Minum Susu Tepung? Ini 4 Khasiatnya Ramai Orang Tak Tahu


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 06/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan