backup og meta

Bolehkah Pesakit dengan Stoma Berpuasa?

Bolehkah Pesakit dengan Stoma Berpuasa?

Stoma mungkin perkataan yang jarang anda dengari, tapi bagi pesakit tertentu, pemakaian beg stoma merupakan keperluan harian mereka untuk membantu sistem pencernaan. Pesakit ini menjalani pembedahan yang mengeluarkan sebahagian saluran makanan ke permukaan kulit bagi mengalih aliran kumbahan.

Apa itu Stoma

Stoma adalah perkataan Yunani yang bermaksud ‘mulut’ atau ‘pembukaan’. Pembedahan stoma menghasilkan pembukaan kecil pada permukaan perut yang dibentuk melalui pembedahan untuk mengalihkan aliran najis dan / atau air kencing.

Dianggarkan lebih daripada 13,500 orang menjalani pembedahan stoma setiap tahun dan keadaan utama yang memerlukan pembedahan stoma ialah kanser kolorektal, kanser pundi kencing, kolitis ulseratif dan penyakit Crohn.

Stoma kelihatan seperti muncung kecil, warna merah jambu yang pekat sama dengan bahagian dalam mulut. Bahan sisa keluar dari stoma dan dikumpulkan dalam beg stoma. Jenis beg yang digunakan bergantung kepada jenis stoma.

Colostomy – daripada kolon (usus besar): menggunakan beg tertutup atau beg yang boleh disalirkan

Ileostomy – daripada ileum (usus kecil): beg boleh disalirkan

Urostomy – daripada buah pinggang dan mengeluarkan air kencing: beg Urostomy

Bagi sesetengah pesakit kolostomi atau ileostomi, stoma mungkin bersifat sementara yang membolehkan usus sembuh sebelum stoma diterbalikkan ke dalam badan. Tempoh masa sebelum pembalikan berbeza tetapi kebanyakan selepas tiga bulan.

Bolehkah Pesakit yang Memakai Stoma Berpuasa?

Pesakit yang memakai stoma mungkin berasa was-was melaksanakan ibadah disebabkan keadaan mereka yang sentiasa memakai beg stoma yang menjadi saluran keluar najis.

Dari segi hukum agama, fatwa yang dikeluarkan Jawatan Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam pada tahun 2007 sendiri sudah mengesahkan bahawa pesakit stoma boleh melaksanakan solat dengan beg stoma asal sahaja najis tidak terkeluar dari beg stoma dan mengenai pakaian. Mereka dianggap mengalami masalah darurat dan tidak dianggap sebagai menanggung najis. Oleh itu, mereka tidak perlu mengosongkan atau membersihkan beg stoma setiap kali berwudhu’ atau menunaikan solat.

Dari segi kesihatan pula, kajian pada terhadap kualiti hidup dan status nutrisi pesakit memakai stoma yang berpuasa mendapati bahawa Puasa Ramadan tidak menjejaskan kualiti hidup mereka. Kajian yang dilakukan ke atas pesakit kanser yang perlu memakai stoma ini mendapati, berpuasa mungkin menurunkan tahap prealbumin (protein) dalam darah tetapi tidak menjejaskan status nutrisi pesakit dengan ketara. Kebanyakan pesakit yang memilih untuk berpuasa juga menyatakan mereka akan berasa sedih jika tidak diizinkan berpuasa. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa walaupun puasa mungkin menurunkan kadar prealbumin, mereka yang mempunyai stoma dan status pemakanan yang baik boleh menentukan sendiri sama ada mahu berpuasa atau tidak.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

http://www.clinimed.co.uk/Stoma-Care/Stoma-Types.aspx. Accessed May 15, 2018.

Zakaria, Andee Dzulkarnaen. PRINSIP DAN PENJAGAAN STOMA. Accessed May 15, 2018. http://www.academia.edu/31607878/PRINSIP_DAN_PENJAGAAN_STOMA.
Altuntas, Yunus E., Fazli C. Gezen, Turgut Sahoniz, Metin Kement, Halime Aydin, Fatma Sahin, Nuri Okkabaz, and Mustafa Oncel. “Ramadan Fasting in Patients with a Stoma: A Prospective Study of Quality of Life and Nutritional Status.” Ostomy/Wound Management 59, no. 5 (May 2013): 26–32.

Versi Terbaru

12/05/2022

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Hati, Organ Yang Penting Untuk Tubuh Badan! Apa Fungsi Dan Cara Jaga?

Ini 5 Tip Berkesan Untuk Merawat Simptom Radang Hati!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 12/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan