backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Endokarditis

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 23/06/2021

Endokarditis

Endokarditis merupakan jangkitan endokardium. Ia melibatkan jangkitan kuman pada jantung. Jangkitan ini juga dikenali sebagai infeksi endokarditis (IE), endokarditis bakteria (BE), endokarditis berjangkit dan endokarditis fungus.

Definisi

Apakah kebarangkalian jangkitan kuman pada jantung?

Jangkitan kuman pada jantung amat jarang untuk berlaku. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Ketahui simptom-simptomnya

Apakah simptom-simptom endokarditis?

Simptom dan tanda jangkitan kuman pada jantung yang biasa berlaku adalah:

  • Gejala selesema, seperti demam dan menggigil
  • Heart murmur, bunyi degupan jantung abnormal melibatkan pengaliran darah yang cepat melalui hati
  • Keletihan
  • Kesakitan sendi dan otot
  • Berpeluh pada waktu malam
  • Sesak nafas
  • Kesakitan dada apabila anda bernafas
  • Bengkak pada kaki, atau abdomen
  • Endokarditis juga boleh menyebabkan simptom yang jarang berlaku, termasuklah:

    • Kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan
    • Kencing berdarah, sama ada dapat dilihat oleh anda atau hanya dapat dikesan oleh doktor apabila ujian urin dilakukan di bawah mikroskop
    • Keradangan pada limfa anda, yang merupakan organ pada abdomen yang berfungsi untuk melawan jangkitan di bawah rusuk pada bahagian sebelah kiri badan
    • Bintik-bintik merah pada tapak kaki atau tangan anda
    • Bintik-bintik kecil pada saluran darah yang pecah di bawah kuku, mata putih, bahagian dada, lelangit mulut dan bahagian dalam pipi
    • Bintik atau gumpalan yang menyakitkan, berwarna merah atau ungu pada jari tangan atau kaki mahupun kedua-duanya

    Ketahui puncanya

    Apa yang mengakibatkan endokarditis?

    jangkitan kuman pada jantung

    Jangkitan kuman pada jantung berlaku apabila bakteria memasuki aliran darah, merebak ke jantung anda dan melekat pada injap jantung yang tidak normal atau tisu jantung yang rosak.

    Sesetengah jenis bakteria merupakan punca utama kebanyakan jangkitan endokarditis. Tetapi kulat atau mikroorganisma lain juga mungkin boleh menjadi punca jangkitan.

    Biasanya, sistem imun memusnahkan bakteria berbahaya yang memasuki aliran darah anda. Walaupun bakteria berjaya menyusup masuk ke bahagian hati, ia mungkin sekadar melalui bahagian tersebut tanpa menyebabkan jangkitan.

    Walau bagaimanapun, bakteria yang hidup di dalam mulut, tekak atau bahagian badan yang lain, seperti kulit atau usus, kadang kala boleh menyebabkan jangkitan yang serius seperti endokarditis di bawah keadaan yang tertentu.

    Bakteria boleh dengan mudah melekat pada lapisan jantung anda (endokardium), jika permukaan lapisannya kasar.

    Anda juga lebih cenderung untuk mengembangkan endokarditis jika anda mempunyai injap jantung rosak atau berpenyakit.

    Walau bagaimanapun, jangkitan kuman pada jantung juga boleh berlaku kepada individu yang sihat.

    Ketahui faktor risiko

    Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko endokarditis?

    Terdapat banyak faktor risiko untuk jangkitan kuman pada jantung, seperti:

    • Injap jantung buatan. Kuman adalah lebih cenderung untuk melekat pada injap jantung tiruan (prostetik) berbanding dengan injap jantung biasa
    • Kecacatan jantung kongenital. Sekiranya anda dilahirkan dengan beberapa jenis kecacatan pada jantung, seperti dengupan jantung yang tidak teratur atau injap jantung yang tidak normal, jantung anda mungkin lebih mudah terdedah kepada jangkitan
    • Sejarah endokarditis. Endokarditis boleh merosakkan tisu dan injap jantung, meningkatkan risiko jangkitan jantung masa depan
    • Injap jantung yang rosak. Keadaan perubatan tertentu, seperti demam reumatik atau jangkitan, boleh merosakkan atau menyebabkan parut pada satu atau lebih injap jantung anda. Ini boleh menjadikan ia lebih mudah mendapat endokarditis
    • Sejarah penggunaan dadah secara intravena (IV). individu yang mengambil dadah haram dengan menyuntikkannya mempunyai risiko endokarditis yang lebih besar. Jarum yang digunakan untuk menyuntik dadah boleh tercemar dengan bakteria penyebab endokarditis

    Diagnosis & rawatan

    Maklumat yang diberikan ini bukan pengganti kepada sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    jangkitan kuman pada jantung

    Bagaimana ia didiagnosis?

    Doktor boleh mengesyaki endokarditis berdasarkan sejarah perubatan, tanda-tanda dan simptom yang anda alami serta hasil ujian dilakukan. Diagnosis endokarditis biasanya berdasarkan pada beberapa faktor dan bukan daripada hasil satu ujian positif atau simptom.

    Doktor boleh menyarankan beberapa ujian untuk membantu mendapatkan diagnosis positif, termasuk:

    • Ujian darah. Ujian darah digunakan untuk mengenal pasti bakteria atau kulat dalam saluran darah dan ia merupakan ujian yang paling penting yang akan dilakukan oleh doktor. 
    • Echocardiogram menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan imej jantung anda semasa berdegup. Ujian ini sering digunakan untuk memeriksa tanda-tanda jangkitan. 
    • Electrocardiogram (ECG). Walaupun ECG tidak digunakan secara khusus untuk mendiagnosis endokarditis, ia boleh menunjukkan kepada doktor anda jika terdapat sesuatu yang mempengaruhi aktiviti elektrik jantung anda.
    • Sinar-X (X-ray) dada. Imej yang terhasil akan membantu doktor melihat keadaan paru-paru dan jantung anda. 
    • Pemeriksaan tomografi berkomputer (CT) atau pengimejan resonans magnetik (MRI). Anda mungkin memerlukan imbasan CT (CT-Scan) atau imbasan MRI pada otak, dada atau bahagian badan yang lain jika doktor anda fikir jangkitan telah merebak ke bahagian tersebut

    Bagaimana endokarditis dirawat?

    Banyak kes jangkitan endokarditis ini berjaya dirawat dengan antibiotik. Namun, ada masanya pembedahan mungkin diperlukan untuk memperbaiki injap jantung yang rosak dan membersihkan sebarang tanda jangkitan yang tersisa.

    Antibiotik

    Jika anda mempunyai endokarditis, doktor anda mungkin mengesyorkan dos antibiotik intravena (IV) yang tinggi di hospital.

    Doktor akan menggunakan ujian darah untuk membantu mengenal pasti organisma yang menyebabkan jangkitan anda. Berdasarkan keputusan ujian darah anda, doktor akan memilih antibiotik yang paling sesuai atau gabungan antibiotik untuk melawan jangkitan.

    Pembedahan

    Jika jangkitan merosakkan injap jantung, anda mungkin mengalami komplikasi untuk tempoh yang panjang selepas rawatan. Kadang kala pembedahan diperlukan untuk merawat jangkitan berterusan atau menggantikan injap yang rosak.

    Ada masanya pembedahan juga diperlukan untuk merawat endokarditis yang disebabkan oleh jangkitan kulat.

    Bergantung pada keadaan anda, doktor mungkin mengesyorkan sama ada membaiki injap yang rosak anda atau menggantikannya dengan injap tiruan yang diperbuat daripada haiwan atau tisu jantung manusia (injap tisu biologi) atau bahan buatan manusia (injap mekanik).

    Perubahan gaya hidup & kaedah pengubatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh diambil?

    jangkitan kuman pada jantung

    Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi endokarditis:

    • Ketahui tanda dan simptom endokarditis. Sila berjumpa doktor dengan segera jika anda mengalami tanda-tanda atau simptom, terutamanya demam yang berlanjutan, keletihan yang tidak dapat dijelaskan, sebarang jenis jangkitan kulit, luka terbuka atau luka yang tidak sembuh dengan sebaiknya
    • Berikan perhatian khusus kepada kesihatan pergigian anda – berus dan flos gigi serta gusi dengan kerap. Dapatkan pemeriksaan pergigian secara teratur
    • Elakkan prosedur yang boleh menyebabkan jangkitan kulit, seperti menindik badan atau tatu

    Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor untuk mendapatkan penyelesaian terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 23/06/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan