Sesak nafas adalah situasi di mana individu sukar untuk bernafas, dan pengalaman psikologi yang berkaitan dengan situasi sesak nafas, walaupun tidak ada asas fisiologi pada keadaan sedemikian. Terdapat beberapa punca sesak nafas yang akan dihuraikan dalam artikel ini. Teruskan membaca!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.
Definisi
Apa itu sesak nafas ?
Wanita lebih cenderung untuk mengalami masalah ini berbanding lelaki. Keadaan ini biasanya berlaku pada orang yang sakit pada tahap kritikal atau yang mengalami kecederaan yang ketara.
Walau bagaimanapun, ia boleh ditangani dengan mengurangkan faktor risiko anda.
Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang punca sesak nafas dan cara atasinya.
Simptom
Apa simptom sesak nafas ?
Gejala-gejala gangguan pernafasan biasanya muncul antara satu hingga tiga hari selepas kecederaan atau trauma.
Simptom umum dan tanda gangguan pernafasan termasuk:
- Sukar bernafas
- Keletihan otot dan kelemahan seluruh badan
- Tekanan darah rendah
- Kulit atau kuku yang pucat
- Batuk kering
- Demam
- Sakit kepala
- Kadar nadi yang cepat
- Kekeliruan mental
Bila saya harus jumpa doktor?
Diagnosis awal dan rawatan boleh menghentikan simptom sukar bernafas daripada menjadi parah dan mencegah keadaan perubatan kecemasan lain, jadi berbincanglah dengan doktor anda secepat mungkin untuk mencegah keadaan ini daripada menjadi lebih serius.
Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom sesak nafas tapi oksigen normal yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda.
Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Jadi, adalah dinasihatkan untuk anda membincangkan dengan doktor tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.
Punca
Apa punca sesak nafas?
Punca sesak nafas yang utama adalah kerosakan pada saluran darah kecil di paru-paru anda.
Cecair dari saluran darah ini bocor ke dalam kantung udara di dalam paru-paru anda.
Di dalam kantung udara inilah di mana darah anda mendapatkan oksigen.
Apabila kantung udara ini terisi dengan cecair, ia akan menyebabkan kurangnya oksigen dan cecair akan menyerap masuk ke dalam darah anda.
Beberapa punca sesak nafas biasa yang boleh mengakibatkan kerosakan paru-paru ini termasuklah:
- Menyedut / menghidu bahan toksik, seperti bahan kimia, asap, dan muntah
- Mendapat jangkitan darah yang teruk
- Mendapat jangkitan paru-paru yang teruk, seperti radang paru-paru (pneumonia)
- Mendapatkan kecederaan pada dada atau kepala, seperti semasa kemalangan kereta atau bersukan lasak
- Terlebih dos pada sedatif atau antidepresan trisiklik
Faktor Risiko
Apa faktor risiko sesak nafas?
Punca sesak nafas biasanya adalah komplikasi kepada keadaan lain. Orang yang lebih cenderung untuk mendapat masalah sukar bernafas termasuklah:
- Orang dewasa berusia lebih 65 tahun
- Merokok
- Penyakit paru-paru kronik
- Sejarah alkoholisme
- Anxiety sesak nafas
Kesusahan pernafasan boleh menjadi lebih serius pada orang yang:
- Mempunyai kejutan toksik
- Lebih berumur tua
- Mempunyai kegagalan hati
- Mempunyai sejarah alkoholisme
Diagnosis dan Rawatan
Bagaimana pesakit penyakit ini didiagnosis?
Seorang doktor boleh mendiagnosis kesukaran bernafas dalam beberapa cara yang berbeza.
Tiada lagi ujian definitif untuk mendiagnosis keadaan ini.
Sekiranya doktor anda mengesyaki bahawa anda mengalami masalah pernafasan, dia mungkin akan mengambil tekanan darah, melakukan ujian fizikal, dan melakukan mana-mana yang berikut:
- Ujian darah
- Imbasan X-ray dada
- Imbasan CT
- Sapuan swab pada tekak dan hidung
- Elektrokardiogram
- Ekokardiogram
- Pemeriksaan saluran udara
Tekanan darah rendah dan kadar oksigen darah yang rendah dapat membantu doktor anda mengesyaki masalah pernafasan.
Elektrokardiogram dan ekokardiogram boleh digunakan untuk menyingkirkan masalah jantung.
Sekiranya imbasan X-ray atau CT kemudiannya mendedahkan kantung udara yang dipenuhi cecair di dalam paru-paru, maka diagnosis untuk masalah pernafasan boleh disahkan.
Biopsi paru-paru juga boleh dilakukan untuk mengesahkan punca sesak nafas.
Bagaimana pesakit penyakit ini dirawat?
Terdapat beberapa cara merawat nafas pendek untuk menyembuhkan punca sesak nafas, termasuklah:
- Sokongan oksigen ke dalam paru-paru
- Tekanan udara ke dalam paru-paru
- Tekanan akhir ekspiratori positif (positive end expiratiry pressure – PEEP)
- Pengurusan cecair
- Ubatan
- Rawatan pemulihan pulmonari atau rehabilitasi
Dalam masa yang sama, anda juga boleh dapatkan petua hilangkan sesak nafas daripada doktor untuk memperbaiki kualiti hidup di masa hadapan.