backup og meta

Asidosis

Definisi

Apakah itu asidosis?

Asidosis adalah suatu keadaan apabila terlalu banyak asid dalam cecair badan. Asidosis berlaku apabila buah pinggang dan paru-paru anda tidak boleh mengekalkan pH badan yang seimbang. Banyak proses tubuh badan menghasilkan asid. Dua jenis asidosis adalah metabolik dan pernafasan.

Keasidan darah anda diukur dengan menentukan pHnya. Bilangan pH yang lebih rendah bermaksud darah anda lebih asid, sementara bilangan pH yang lebih tinggi bermaksud darah anda lebih alkali. Walaupun seolah-olah sedikit, perbezaan dalam nombor ini boleh menjadi serius. Asidosis boleh membawa kepada pelbagai isu kesihatan dan ia boleh mengancam nyawa.

Apakah kebarangkalian asidosis?

Asidosis merupakan perkara yang sangat biasa berlaku. Ia boleh terjadi kepada pesakit pelbagai umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor-faktor risikonya. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom

Apakah simptom-simptom bagi asidosis?

Kedua-dua asidosis pernafasan dan metabolik berkongsi banyak simptom. Walau bagaimanapun, simptom asidosis adalah pelbagai berdasarkan kepada puncanya.

Beberapa simptom biasa bagi asidosis pernafasan termasuk yang berikut:

  • Kelesuan
  • Mudah penat
  • Kekeliruan
  • Sesak nafas
  • Mengantuk
  • Sakit kepala

Beberapa simptom biasa bagi asidosis metabolik termasuk yang berikut:

  • Pernafasan yang cepat dan cetek
  • Kekeliruan
  • Kelesuan
  • Sakit kepala
  • Mengantuk
  • Kurang selera
  • Jaundis
  • Kadar jantung meningkat
  • Pernafasan berbau buahan, satu tanda asidosis diabetik (ketoasidosis)

Terdapat beberapa simptom lagi yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan terhadap sesuatu simptom, sila merujuk dengan doktor anda.

Bilakah saya harus berjumpa doktor?

Sekiranya anda mengalami sebarang tanda atau simptom seperti yang dinyatakan di atas mahupun sebarang soalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh badan seseorang bertindak secara berbeza. Langkah yang terbaik adalah anda berbincang dengan doktor tentang apa yang terbaik bagi situasi anda.

Punca

Apakah yang mengakibatkan asidosis?

Asidosis pernafasan berlaku apabila terlalu banyak CO2 terkumpul dalam badan. Biasanya paru-paru akan menyingkirkan CO2 semasa anda bernafas. Walau bagaimanapun, kadangkala badan anda tidak dapat menyingkirkan CO2 yang cukup. Hal ini boleh berlaku disebabkan oleh:

  • Penyakit pernafasan kronik, seperti asma
  • Kecederaan pada dada
  • Obesiti, yang membuatkan pernafasan menjadi sukar
  • Salah guna sedatif
  • Alkohol berlebihan
  • Kelemahan otot pada dada
  • Masalah dengan sistem saraf
  • Cacat struktur dada

Asidosis metabolik bermula dalam buah pinggang berbanding paru-paru. Ia berlaku apabila ia tidak dapat menyingkirkan asid yang cukup atau apabila ia menyingkirkan terlalu banyak alkali. Terdapat tiga bentuk utama asidosis metabolik:

    • Diabetes asidosis berlaku pada penghidap diabetes yang tidak dikawal. Jika badan anda tidak mempunyai insulin yang cukup, keton akan terkumpul dalam badan anda dan mengasidkan darah anda
    • Asidosis hiperkloremik terhasil daripada kehilangan natrium bikarbonat. Alkali ini membantu mengekalkan darah neutral. Kedua-dua cirit-birit dan muntah boleh menyebabkan asidosis jenis ini
    • Asidosis laktik berlaku apabila terdapat terlalu banyak asid laktik di dalam badan anda. Banyak perkara boleh menyebabkan pembentukan asid laktik. Hal ini termasuklah penggunaan alkohol kronik, kegagalan jantung, kanser, sawan, kegagalan hati, kekurangan oksigen dalam tempoh yang lama dan gula dalam darah rendah. Senaman yang berpanjangan juga boleh menyebabkan pembentukan asid laktik

Faktor risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko asidosis?

Terdapat banyak faktor risiko bagi asidosis, seperti:

  • Diet tinggi-lemak yang rendah karbohidrat
  • Kegagalan buah pinggang
  • Obesiti
  • Dihidrasi
  • Keracunan aspirin atau methanol
  • Diabetes

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah asidosis didiagnosis?

Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal dan bertanya tentang simptom anda.

Ujian makmal yang boleh diminta termasuk:

  • Analisis gas dalam darah arteri
  • Ujian elektrolit, seperti sebagai panel metabolik asas bagi mengesahkan asidosis dan menunjukkan sama ada ia asidosis metabolik atau pernafasan

Sekiranya anda didiagnos dengan asidosis pernafasan, doktor akan memeriksa kesihatan paru-paru anda. Hal ini melibatkan X-ray dada atau ujian fungsi pulmonari.

Jika asidosis metabolik disyaki, anda mungkin perlu memberikan sampel air kencing. Doktor akan memeriksa pH untuk melihat jika anda menyingkirkan asid dan alkali dengan baik. Ujian tambahan mungkin diperlukan bagi menentukan punca asidosis anda.

Bagaimanakah asidosis dirawat?

Doktor biasanya perlu untuk mengetahui punca asidosis anda bagi menentukan cara merawatnya. Walau bagaimanapun, sesetengah rawatan boleh digunakan untuk sebarang jenis asidosis. Sebagai contoh, doktor akan memberikan anda natrium bikarbonat (soda penaik) bagi meningkatkan pH darah anda. Hal ini boleh dilakukan sama ada melalui mulut atau tetesan intravena (IV). Rawatan untuk jenis asidosis lain boleh melibatkan merawat punca mereka.

Asidosis Metabolik

Rawatan bagi keadaan ini biasanya dicipta untuk membantu paru-paru anda. Sebagai contoh, anda mungkin diberikan ubat untuk meluaskan saluran pernafasan anda. Anda juga diberikan oksigen atau peranti tekanan salur udara positif berterusan (CPAP). Peranti CPAP ini boleh membantu anda bernafas jika anda mempunyai salur pernafasan tersumbat atau otot lemah.

Asidosis Metabolik

Jenis asidosis metabolik yang spesifik, masing-masing mempunyai rawatan mereka sendiri. Orang yang mengalami asidosis hiperkloremik diberikan oral natrium bikarbonat. Asidosis daripada kegagalan buah pinggang mungkin dirawat dengan natrium citrat. Penghidap diabetes dengan ketoasidosis menerima cecair IV dan insulin bagi menyeimbangkan pH mereka. Rawatan asidosis laktik termasuk bikarbonat tambahan, cecair IV, oksigen atau antibiotik, bergantung pada puncanya.

Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas asidosis?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi Asidosis:

  • Mengambil sedatif seperti yang dinasihatkan dan jangan pernah campurkannya dengan alkohol
  • Berhenti merokok. Merokok boleh merosakkan paru-paru anda dan membuatkan pernafasan kurang berkesan
  • Mengekalkan berat yang sihat. Obesiti boleh menyukarkan anda untuk bernafas.
  • Kekal hidrasi. Minum banyak air dan cecair lain
  • Pastikan diabetes anda terkawal. Sekiranya anda mengurus gula dalam darah anda dengan baik, anda boleh mengelakkan ketoasidosis
  • Berhenti minum alkohol. Peminum kronik boleh meningkatkan pengumpulan asid laktik

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Acidosis. 

http://www.healthline.com/health/acidosis?m=2#overview1. Accessed 17 Apr 2017.

 

Acidosis. 

https://medlineplus.gov/ency/article/001181.htm. Accessed 17 Apr 2017.

 

Acidosis. 

https://www.msdmanuals.com/en-sg/home/hormonal-and-metabolic-disorders/acid-base-balance/acidosis, Accessed 17 Apr 2017.

 

Versi Terbaru

27/11/2019

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

9 Kriteria Yang Dilihat Dalam Ujian Air Mani, Apa Persediaan Yang Perlu Saya Buat?

Minyak Ikan, Jangan Sekadar Ambil Suplemen. Kena Tahu Dari Mana Ia Dihasilkan!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan