backup og meta

Anak Batuk Tak Berhenti? Ibu, Cuba 12 Cara Hilangkan Batuk Budak Ini!

Anak Batuk Tak Berhenti? Ibu, Cuba 12 Cara Hilangkan Batuk Budak Ini!

Mencari petua hilangkan batuk yang dialami oleh kanak-kanak ada kalanya boleh mendatangkan kebingungan. Apatah lagi jika anak sukar makan ubat. Jangan bimbang, ada 12 cara hilangkan batuk budak yang boleh ibu cuba. Pasti berkesan!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Merawat batuk

Batuk boleh terjadi secara sengaja atau sebagai sebahagian daripada refleks. Walaupun batuk boleh menjadi tanda penyakit serius, namun selalunya ia akan pulih dengan sendiri tanpa memerlukan perhatian perubatan.

Jika seseorang batuk dengan kerap, ia boleh menjadi sebagai satu tanda penyakit. Lazimnya, batuk terjadi disebabkan oleh penyakit berjangkit, seperti selesema biasa, tetapi terdapat juga punca-punca yang tidak berjangkit.

Terdapat tiga fasa untuk batuk:

  • Penyedutan (pernafasan)
  • Peningkatan tekanan di tekak dan paru-paru dengan kord vokal ditutup
  • Pelepasan udara apabila kord vokal terbuka, memberikan batuk ciri-ciri bunyinya yang tersendiri

12 cara hilangkan batuk budak

Jika anak tidak mahu makan ubat, pastinya usaha untuk merawat batuk akan bertambah sukar. Tetapi ibu usah bimbang. Terdapat 12 langkah yang boleh ibu cuba sebagai petua hilangkan batuk kahak budak dengan remedi yang mudah.

ubat batuk budak
6 petua melegakan batuk kanak-kanak.

1. Madu, petua hilangkan batuk kahak paling popular

Madu lebah kaya dengan nutrien dan antimikrobial. Madu ialah bahan ajaib yang digunakan untuk pelbagai tujuan perubatan. Ia secara saintifiknya terbukti berkesan merawat batuk.

Dalam satu kajian 2007, madu diklasifikasikan sebagai ramuan dan petua hilangkan batuk kahak yang berkesan dalam 100 kes batuk dalam kalangan kanak-kanak.

Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, campurkan madu dengan jus lemon atau air halia untuk menambahkan dos vitamin C, minyak pati dan antioksidan.

Namun begitu, ibu bapa diingatkan untuk tidak menggunakan petua hilangkan batuk kahak ini buat bayi yang berusia 12 bulan ke bawah kerana madu mengandungi botulinum spores – sejenis bakteria yang bertanggungjawab terhadap kes keracunan makanan dalam kalangan kanak-kanak.

2. Ubat titis hidung sebagai petua hilangkan batuk yang berkesan

Ubat titis hidung diperlukan untuk memudahkan anak anda menghembus mukus atau hingus yang tersekat di dalam hidung mereka. Anda boleh membelinya di farmasi atau hanya membuatnya di rumah.

Caranya, campurkan air, garam yang tidak beriodin serta serbuk penaik. Namun begitu, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum menggunakan ubat titis hidung buatan sendiri ini bagi mengelakkan sebarang komplikasi yang lain.

3. Wap air, antara cara hilangkan batuk budak

Rawatan wap air boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah memanaskan air yang telah dicampur dengan balsem yang disarankan oleh doktor.

Caranya, hanya tempatkan muka anak anda dekat dengan wap air yang keluar daripada campuran balsem dan air tadi, serta biarkan mereka menghidunya.

Jika anda mahukan cara yang lebih mudah, hanya sapukan balsem pada dada dan leher mereka.

4. Cara hilangkan batuk budak dengan pelembap udara

cara hilangkan batuk budak
Kebaikan pelembap udara.

Batuk boleh terjadi disebabkan oleh cuaca dan juga udara yang tercemar. Pelembap udara boleh menyediakan udara panas dan beruap untuk membantu melegakan batuk anak anda.

Jika anda tidak mempunyai pelembap kabut hangat, anda boleh curahkan air panas di dalam tab mandian dan duduk bersama anak anda di hadapan pancuran air panas selama 15 minit. 

5. Petua hilangkan batuk anak dengan air

Jika anak anda mendapat demam selesema, berikannya minum banyak air untuk membantu menipiskan mukus, kemudian memulihkan masalah hidung berair serta melegakan sakit tekak mereka.

Pakar mempercayai bahawa pengambilan air yang lebih banyak akan merendahkan suhu badan kanak-kanak selain melembutkan mukus atau hingus yang tersekat di dalam tekak mereka yang sebenarnya merupakan punca utama batuk itu berlaku.

6. Posisikan kepala di kedudukan yang tinggi

Sekiranya anak anda berusia lebih daripada 1 tahun, letakkan beberapa bantal di belakangnya, bahu dan kepala agar dia dapat tidur dalam kedudukan yang sedikit tegak, membolehkan pernafasan lebih mudah.

Untuk bayi, letakkan bantal di bawah tilam katilnya untuk menaikkan kawasan di mana dia meletakkan kepalanya.

Cara hilangkan batuk budak #7. Stimkan ruang bilik

Jadikan bilik mandi anda sebagai bilik stim, seperti yang disyorkan oleh William Sears, M.D., Pakar Kanak-kanak dan Pengarang The Baby Book serta berpuluh-puluh buku penjagaan kanak-kanak yang lain.

Wap membantu melegakan kesakitan dada dan hidung, menjadikannya lebih mudah untuk kanak-kanak untuk batuk.

8. Modus tertentu

Modus seperti terapi pertuturan, latihan pernafasan, teknik penindasan batuk, dan kaunseling pesakit telah diuji dalam pengurusan batuk kronik.

Kajian sistematik melaporkan bahawa kajian intervensi tersebut menunjukkan keparahan dan kekerapan batuk yang bertambah baik.

9. Berkumur, antara cara hilangkan batuk budak

Air hangat, masin – adalah merupakan cara hilangkan batuk pada waktu malam yang diuji sebelum ini dan diakui oleh pakar.

Apa yang perlu dilakukan: Campurkan satu sudu teh garam dalam secawan air suam dan minta anak anda untuk berkumur dengan menggunakannya.

10. Bersihkan bilik anak anda

Sekiranya batuk anak anda kering dan berbunyi serak, ia boleh disebabkan oleh asma atau alahan.

Cuba keluarkan seberapa banyak kerengsaan yang anda boleh dari rumah anda dan tempat tidur serta jangan merokok di rumah atau di mana-mana ruangan berhampiran anak anda.

cara merawat batuk budak
Pastikan kebersihan terpelihara antara cara menghilangkan penyakit asma.

11. Keluar bersiar-siar

Sekiranya anak anda mempunyai croup, jangkitan yang dicetuskan oleh batuk yang kuat, anda mungkin mahu membawanya ke luar (selepas anda membawanya ke pakar pediatrik). Udara malam yang sejuk adalah remedi yang telah diuji untuk batuk “meletus”.

12. Cara hilangkan batuk budak dengan makan nanas

Bromelain adalah enzim yang berasal dari nanas. Ia paling banyak terdapat di bahagian teras buah nanas.

Bromelain mempunyai ciri-ciri antiradang dan mucolytic, yang bermaksud bahawa ia boleh memecahkan mukus dan mengeluarkannya dari badan.

Sekiranya petua hilangkan batuk di atas ini tidak membawa perubahan, bawalah anak untuk mendapatkan pemeriksaan doktor bagi pilihan rawatan lebih berkesan.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Cough, https://www.mayoclinic.org/symptoms/cough/basics/causes/sym-20050846, Accessed Aug 12 2021.
  2. Coughs: Meds or Home Remedies?, https://www.seattlechildrens.org/conditions/a-z/coughs-meds-or-home-remedies/, Accessed Aug 12 2021.
  3. Coughs and Colds: Medicines or Home Remedies?, https://www.healthychildren.org/English/health-issues/conditions/chest-lungs/Pages/Coughs-and-Colds-Medicines-or-Home-Remedies.aspx, Accessed Aug 12 2021.
  4. Coughs & Colds: Medicines or Home Remedies?, https://www.childrenscolorado.org/conditions-and-advice/parenting/parenting-articles/home-remedies-for-cough-in-kids/, Accessed Aug 12 2021.
  5. Cough. https://www.healthdirect.gov.au/cough. Accessed Feb 17, 2022.

Versi Terbaru

01/04/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Hingus Banyak Buat Baby Susah Bernafas, Ibu Ikut 4 Cara Ini Hilangkan Selesema Bayi

Batuk Anak Bunyi 'Pelik'? Mama, Ia Mungkin Sebab Penyakit Kroup!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 01/04/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan