Mengapakah Serat Bagus Untuk Sistem Penghadaman?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Serat adalah sejenis nutrien yang sangat diperlukan untuk fungsi sistem penghadaman manusia. Ia merupakan salah satu komponen polysaccharides yang melindungi saluran penghadaman. Kebanyakan serat digunakan oleh badan selepas proses fermentasi bakteria dalam usus besar berlaku. Sebenarnya, serat adalah nutrien unik yang tergolong dalam pelbagai kategori bahan kimia namun kesemuanya mempunyai satu fitur yang sama.

Apakah itu serat?

Serat adalah sejenis elemen yang terdapat dalam tumbuhan dan tidak dapat dihadam oleh badan anda. Disebabkan itu, ia diserap ke dalam perut, usus kecil dan usus besar seterusnya dikeluarkan oleh badan anda.

Anda boleh menemui serat di dalam sayur-sayuran, buah-buahan atau kekacang. Seperti yang diketahui umum, ia memang mempunyai keupayaan untuk mengatasi masalah sembelit. Selain itu, makanan yang mengandungi serat juga mendatangkan pelbagai manfaat kepada kesihatan termasuklah mengekalkan berat badan, mengurangkan risiko diabetes serta mengelakkan sindrom kardiovaskular daripada berlaku.

Apakah jenis-jenis serat?

Serat terbahagi kepada dua jenis iaitu boleh larut dan tidak boleh larut.

Serat boleh larut

Ini merupakan jenis serat yang boleh larut di dalam air. Ia mempunyai bentuk seakan-akan jel. Ia membantu mengurangkan kolesterol dalam darah dan menyeimbangkan kadar glukosa. Ia boleh ditemui dalam makanan seperti kekacang, epal, lobak, oat, barli dan buah-buahan sitrus.

Serat tidak boleh larut

Ini merupakan jenis serat yang tidak boleh larut dalam air. Ia membantu pergerakan sistem penghadaman anda. Ia boleh ditemui dalam makanan seperti kekacang, ubi kentang, kubis, gandum dan lain-lain.

Bagi mendapatkan manfaat serat sepenuhnya, pastikan anda makan pelbagai makanan yang tinggi serat.

Apakah manfaat yang dibawa serat?

  • Melancarkan pergerakan usus

Penyerapan serat yang tinggi boleh meningkatkan saiz najis dan melembutkannya. Ini dapat memudahkan najis untuk melalui usus dan mengurangkan risiko sembelit badan anda. Jika anda mempunyai masalah najis berair, serat boleh membantunya.

  • Memastikan kesihatan usus

Apabila anda mengambil serat, anda dapat mengurangkan risiko hemorrhoids dalam usus besar. Namun begitu, terdapat beberapa serat yang akan termentasi di dalam usus besar, lalu memainkan peranan penting untuk melawan penyakit dalam usus besar.

  • Mengurangkan kadar kolesterol

Serat akan mengurangkan ketumpatan lipoprotein yang terdapat dalam kolesterol. Jadi, ia sekaligus dapat membantu anda mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Serat boleh larut juga mempunyai manfaat terhadap kesihatan jantung. Ia membantu menyeimbangkan tekanan darah dan mengelakkan keradangan.

  • Mengurangkan kadar gula dalam darah

Individu yang mempunyai diabetes seharusnya mengambil serat kerana ia kan mengurangkan kandungan gula. Jika anda mengamalkan diet yang mengandungi serat tidak boleh larut, anda mampu mengelakkan diri dari dijangkiti diabetes jenis 2.

  • Mendapatkan berat badan yang ideal

Penyerapan serat bermakna ia memberikan anda tempoh yang lebih lama untuk makan selain mengurangkan kalori bagi makanan yang sama amaun. Ia juga mampu mengelakkan anda untuk mengelakkan kanser kolorektal.

Kebanyakan individu tidak mempunyai tabiat pengambilan serat yang baik. Diharapkan, artikel ini dapat menggalakkan anda untuk mengambil lebih serat dalam diet anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mac 1, 2019 | Kali terakhir kemaskini: November 27, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut