Tak Sabar Nak Berjemur Di Pantai Lepas PKP? Buat Wanita Hamil, Ini BAHAYA Yang Bakal Ibu Perlu Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Diterbitkan pada 05/06/2020 . 3 minit bacaan

Berkelah dan berjemur di pantai pastinya aktiviti kesukaan ramai individu. Namun, bagi wanita mengandung, wujud kesan bahaya yang perlu anda ketahui.

Bahaya berjemur di pantai

Hakikatnya, secara teknikal aktiviti berjemur di pantai adalah 1 perkara yang tidak disarankan oleh pakar kepada semua individu, terutamanya wanita mengandung.

Ini kerana terdedah kepada sinar UV matahari, meletakkan anda kepada risiko penuaan pramatang dan juga melanoma malignan (kanser kulit).

Beberapa kajian turut mengaitkan sinar UV dengan kekurangan asid folik.

Fungsi asid folik adalah untuk menghalang dan mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida dan ia sangat penting pada trimester pertama kehamilan

Bagi wanita mengandung, kulit anda menjadi sangat sensitif dan lebih mudah mengalami kepanasan serta chloasma – bintik gelap pada wajah semasa berbadan dua.

Banyak kebimbangan menyamakan tabiat berjemur di pantai dengan kaedah memerangkan kulit.

Kulit yang terdedah kepada cahaya matahari untuk tempoh yang lama semasa hamil boleh menyebabkan kegatalan, ruam panas atau masalah chloasma menjadi semakin teruk.

Pandangan pakar tentang isu ini

Menurut pakar daripada British Association of Dermatologists (BAD), Dr Sweta Rai menyatakan, tidak kira wanita mengandung mahupun mana-mana individu, aktiviti berjemur di pantai dengan berbaring di bawah sinar matahari tidak digalakkan. 

Malahan pakar penjagaan kulit semasa hamil juga tidak mengesyorkan aktiviti ini untuk dilakukan.

Dr Sweta menjelaskan, dalam tempoh kehamilan, tahi lalat anda boleh berubah disebabkan pengaruh hormon.

Semasa berjemur, anda akan mengalami keadaan yang dipanggil pendedahan cahaya matahari kronik rendah atau selaran matahari.

Masalah selaran matahari yang dialami boleh menyebabkan penuaan pada kulit serta meningkatkan risiko untuk mengalami kanser kulit bukan melanoma walaupun dalam jumlah peratusan yang kecil.

Selain itu, ibu-ibu yang sedang hamil biasanya akan mengalami kemerosotan sistem imun, keadaan ini sekali gus memungkinkan ibu mendapat masalah berkaitan pendedahan cahaya matahari.

wanita mengandung

Adakah berjemur di pantai berbahaya untuk kandungan?

Pakar menjelaskan, tidak terdapat kajian yang dapat membuktikan mengenai perkara tersebut.

Bagi Dr Sweta, saintis tidak mempunyai cara untuk mengetahui sama ada ia boleh memberikan kesan kepada bayi atau tidak. 

Walaupun kebanyakan pakar berpendapat bahawa ia tidak mungkin berlaku, tetapi masih tiada bukti untuk mengesahkannya.

Walau bagaimanapun, sebelum hamil, untuk melakukan aktiviti berjemur di pantai, anda akan berbaring menelentang.

Namun, posisi tidur seperti itu bagi wanita mengandung boleh menekan urat besar dalam perut yang dikenali sebagai inferior vena cava.

Jika keadaan itu berlaku, ia boleh mengurangkan aliran darah pergi balik ke jantung dan juga bekalan darah ke rahim.

Oleh sebab itu, posisi tidur wanita yang berbadan dua disarankan untuk mengiring ke sisi kiri berbanding menelentang.

Tip melindungi kulit bagi wanita mengandung

Sudah tentu anda tidak dapat menghindari diri daripada cahaya matahari 100% walaupun tidak berjemur di pantai, bukan?

Jadi sekurang-kurangnya, anda boleh mengurangkan kesan sampingan akibat terkena cahaya matahari dengan langkah-langkah berikut:

  • Memakai pelindung matahari SPF 30 atau lebih tinggi
  • Memakai pelindung matahari setiap 2 jam
  • Duduk di tempat teduh dan elakkan daripada terkena sinaran matahari secara terus
  • Hindari sinaran matahari pada waktu puncak, antara pukul 11 pagi hingga 3 petang

Kekal terhidrat

Berada di bawah sinaran matahari untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan dehidrasi. Pastinya ia 1 keadaan berbahaya buat wanita mengandung.

Air sangat penting bagi wanita yang sedang hamil kerana ia akan mengangkut nutrien dan vitamin untuk dibawa ke janin.

Dehidrasi juga boleh menyekat aliran darah ke rahim dan mengakibatkan gangguan kepada perkembangan bayi, sekali gus boleh menyebabkan kontraksi pramatang.

Jika anda tidak pasti sama ada badan mendapat cukup cecair atau tidak, perhatikan warna air kencing.

Air kencing normal sepatutnya berwarna kuning cair. Jika berwarna gelap, anda berisiko untuk mengalami dehidrasi dan perlu segera meminum air.

Sekiranya anda berdepan kesukaran untuk minum air kosong, anda boleh mencampurkan sedikit perahan lemon dan minumnya dengan ketulan ais.

bahaya-wanita-hamil-berjemur-di-pantai

Nikmati cahaya matahari secara sederhana

Sama seperti perkara lain dalam hidup yang perlu dinikmati secara bersederhana, begitu jugalah keadaannya dengan cahaya matahari. 

Tidak salah untuk anda menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan, tetapi jangan secara berlebihan.

Anda masih boleh berkelah bersama keluarga atau bersantai di tepi kolam. Namun pastikan anda menjaga aspek pengambilan cecair dan memakai pelindung matahari.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Bayi Menyusu Badan Pun Boleh Sembelit? Ini Mungkin Puncanya, Cepat Rawat Ye, Mama!

Mommies susah hati fikirkan punca bayi sembelit walaupun masih menyusu badan? Takpa, Hello Doktor ada cara mengatasi bayi sembelit yang boleh dicuba.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Tips Keibubapaan 11/06/2020 . 3 minit bacaan

Ada 7 Penyakit Yang Sering Dialami Kaum Adam, Beri Perhatian Awal Sebelum Terkena!

Bagaimana jika anda mengetahui masalah kesihatan yang cenderung untuk dialami diri? Buat kaum lelaki, ini risiko kesihatan patut diberikan perhatian!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 09/06/2020 . 3 minit bacaan

Nutrisi Dah Cukup Jika Ibu Hamil Makan Vitamin Pranatal, Betul Ke? Ini Yang Anda Patut Tahu

Ada mengatakan vitamin ibu mengandung penting jadikan badan bertenaga dan kuat. Adakah benar atau sekadar mitos yang menjadi kepercayaan wanita hamil?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 05/06/2020 . 3 minit bacaan

Ibu Hamil, Nak Mandi Pun Kena Berjaga-jaga Juga Tau, Ini 23 Benda PENTING Perlu Ambil Tahu

Membersihkan diri perbuatan dapat berikan keselesaan tetapi ada perkara perlu dititikberatkan oleh wanita hamil mandi. Ini 23 tip penjagaan ketika mandi.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 02/06/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

ibu hamil

Mak Buyung Gemar Bermekap? AWAS! Ada Kandungan BAHAYA Dalam Alat Solek PATUT Dihindari

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 26/06/2020 . 3 minit bacaan
minum air

Ibu, Cukup Tak Air Yang Anak Minum Setiap Hari? Ini Panduan Jumlah Air Yang Si Kecil Perlukan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 24/06/2020 . 3 minit bacaan
Hiperemesis gravidarum

Kerap Muntah Masa Hamil Sampai Hilang Berat? BAHAYA! 5 Cara Ini Boleh Bantu Atasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 22/06/2020 . 3 minit bacaan
komplikasi kehamilan

Ada 13 Komplikasi Semasa Mengandung, Paling Bahaya No 1, Jaga-jaga Ibu Hamil

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/06/2020 . 3 minit bacaan