backup og meta

Rawatan Penyakit Parkinson

Penyakit Parkinson berlaku apabila sel-sel saraf tertentu dalam otak mempunyai masalah. Pesakit Parkinson mempunyai masalah dengan pergerakan mereka. Jika anda didiagnosis dengan penyakit Parkinson, jangan berasa bimbang kerana terdapat banyak rawatan berguna membolehkan anda menjalani kehidupan dengan sepenuhnya. Rawatan sampingan dan perubahan gaya hidup boleh membantu pesakit mengatasi penyakit Parkinson dengan lebih mudah di samping kesan sampingan yang paling minimum.

Perubahan Gaya Hidup

Pemakanan sihat Mengikuti diet tertentu yang sihat boleh membantu pesakit meringankan beberapa gejala penyakit Parkinson seperti sembelit. Diet yang sesuai untuk penyakit harus kaya dengan serat, cecair, dan nutrien seperti asid lemak omega 3. Sesetengah makanan yang disyorkan ialah buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, kekacang, ikan, daging tanpa lemak.

Bersenam dan terapi fizikal. Penyakit Parkinson memberi kesan kepada keseimbangan tubuh  anda, menyebabkan pesakit sukar untuk bergerak, terutamanya berjalan. Senaman boleh menyumbang kepada peningkatan keseimbangan anda. Berjalan, berenang, menari, bermain aerobik air, dan regangan adalah beberapa bentuk senaman yang perlu anda cuba.

Ubah suai aktiviti harian dan perabot rumah. Pesakit Parkinson mempunyai masalah dengan aktiviti harian seperti berpakaian, makan, dan mandi. Anda dinasihatkan untuk bertanya kepada  ahli terapi tentang beberapa teknik membuat kehidupan harian anda lebih mudah. Ubah atau sususn semula beberapa perabot di rumah anda supaya anda boleh berpaut dan bersandar kepada sesuatu sewaktu bergerak.

Rawatan untuk masalah psikologi

Kemurungan. Mereka yang mempunyai penyakit Parkinson biasanya mengalami perasaan kesedihan dan kemurungan. Anda sentiasa boleh meminta bantuan daripada keluarga dan rakan-rakan. Jika keadaan menjadi lebih teruk, anda perlu menghubungi atau berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan rawatan profesional seperti bercakap dengan ahli psikologi dan mengambil beberapa jenis ubat.

Demensia. Keadaan ini biasanya berlaku di peringkat akhir penyakit Parkinson. Demensia menyebabkan kekeliruan dan kehilangan ingatan. Jika anda berasa keliru dan sukar  berfikir dengan jelas atau mengingati perkara, hubungi doktor anda secepat yang mungkin. Dementia dalam penyakit Parkinson boleh dirawat dengan ubat-ubatan.

Rawatan untuk masalah motor

Masalah motor adalah halangan utama yang menghalang pesakit Parkinson daripada hidup kehidupan yang selesa.

  • Tangan menggigil adalah salah satu masalah yang paling biasa. Pesakit boleh meletakkan beban yang kecil di tangan mereka untuk membantu mengurangkan gigilan tangan sambil meningkatkan kawalan badan.
  • Untuk meningkatkan kualiti percakapan, yang merupakan satu lagi masalah penyakit Parkinson, pesakit perlu mendapatkan bantuan profesional daripada pakar terapi pertuturan atau ahli patologi pertuturan-bahasa.
  • Untuk masalah seksual, ubat dan senaman yang disyorkan oleh doktor boleh membantu.
  • Adalah sangat penting bagi pesakit untuk mengelakkan jatuh, terutamanya pada peringkat-peringkat akhir. Lakukan U-turn dan bukannya memusingkan badan daripada kaki anda. Memastikan beban berat badan dibahagikan sama rata antara dua kaki juga tip yang berguna.

Pada peringkat awal, penyakit Parkinson tidak menyebabkan banyak masalah kepada kehidupan anda; Walau bagaimanapun, penyakit ini menjadi lebih buruk dan lebih teruk dari masa ke masa. Selain ubat-ubatan dan pembedahan, rawatan sampingan boleh membantu pesakit menguruskan penyakit ini dan menjalani kehidupan sepenuhnya.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Parkinson’s Disease – Topic Overview. http://www.webmd.com/parkinsons-disease/tc/parkinsons-disease-topic-overview#1. Accessed April 26, 2017.

Parkinson’s Disease – Home Treatment. http://www.webmd.com/parkinsons-disease/tc/parkinsons-disease-home-treatment. Accessed April 26, 2017.

Lifestyle and home remedies. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/parkinsons-disease/basics/lifestyle-home-remedies/con-20028488. Accessed April 26, 2017.

Versi Terbaru

18/04/2018

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Helma Hassan


Artikel Berkaitan

Bukan Kemalangan Saja, Tapi Kepala Terhantuk Akibat Terjatuh Juga Boleh Bawa Maut!

MENGEJUTKAN! Ada Diet Khas Yang Boleh Mencegah Sawan, Tapi Berkesankah?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 18/04/2018

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan